15 July 2011

AYAM KAMPUNG GORENG MASAK MERAH MASAM MANIS

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........



Alhamdulillah, sejak 2 malam lepas hujan lebat mencurah-curah .. syukur sangat-sangat... apa nak mulakan entry blog ni no idea pulak haha... macam ni la kalau dah kekurangan idea hehe....baru-baru ini wani ada masakkan ayam kampung special request dari abah.... ingat nak goreng macam tu je sebab abah wani memang suka goreng je ayam kampung ni ,, tapi dia cakap cuba buat masak merah masam manis... mesti sedap ni... ayam masak merah ni biasanya dihidangkan kalau hari majlis yang besar macam perkahwinan tu ooo.. memang sedaplah ayam masak merah sebab sos salutan dia tu memang dah serap masuk kat dalam .. wani masih ingat lagi semasa kenduri kahwin aunty baru-baru ni, ayam masak merah yang dimasak memang banyak langkahnya barulah keluar title ayam masak merah.. sebab tukang masak ni memang pandai ... sedap pulak tu dia masak.. ..dari langkah perap ayam, rebus ayam lepas tu goreng pulak ayam tu lepas tu barulah masakkan sos dia tu .. haaaa banyak langkah kan ....duhhh penat memang penat .. Tapi yang wani buat ni ringkas ala-ala malas ... tapi sedap... .hehe


abah dah kata sedap maka sedap lah tu tak payah dok sorok2 haaaaa tukang jong makan ada tak apalah ...  ^^... walaupun ayam kampung ni isinya agak liat sikit kalau kita pandai masak biar didih lama sikit .. akan masuklah sos dia tu dalam isi ayam tu barulah rasa masam manis... kan.. hari ni pun masak lagi .. stok ayam kampung banyak dalam peti ais tu .. penduduknya dah la tak ramai... wani cuba la buat versi ayam kampung masak merah sendiri.. kalau guna ayam normal pun tak apa juga.. ibu pun kata dah sedap dah ni memang dah bersalut dengan ayam sos dia tu .. serap sampai kat dalam....Bahan-bahan yang nak dimasak pun simple je tak susah-susah tapi dah sedap rasanya .. makan dengan nasi panas2 wahhh memang terbaik la ni ...tapi sebelum tu resepi ni wani tak bagi detail la ya untuk bahan-bahan kisar tu sebab wani dah buat sambal tumis segera boleh check SINI ,bagi sesiapa yang ingin mencuba sambal tumis segera ni.. kalau resepi2 yang memerlukan tumisan memang wani dah buat siap2 tumisan segera ni simpan dalam peti , so senang nak masak tak lah mangambil masa yang terlalu lama... jimat masa.. kalau tak percaya cubalah...  wani nak masukkan resepinya kat sini ya. 

AYAM KAMPUNG GORENG MASAK MERAH MASAM MANIS
RECIPE: MY OWN RECIPE



BAHAN-BAHAN
600 gm ayam kampung ( anggaran 1/2 kg )
3 sudu besar tumis segera ( penuh bumbung )
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
bawang kuning yang dipotong 1/2 labu
1/4 cawan air
gula secukup rasa
 sedikit minyak untuk menumis.

CARA-CARA
1. ayam kampung dilumurkan dengan garam kunyit dan kemudian digoreng
2. panaskan kuali masukkan  sedikit minyak untuk menumis dan tumiskan tumisan segera sehingga nampak kelihatan bersinar
3. masukkan sos tomato, sos cili dan gula kemudian gaul rata barulah masukkan air dan bawang besar yang telah dipotong.
4. bila dah nampak mendidih terus masukkan ayam kampung yang telah digoreng tadi dan gaul rata,, adjustlah nak kepekatan tahap mana,, kalau wani biarkan lama sikit biar kuah tu betul-betul bersalut dengan ayam.

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign