SAMBAL TUMIS SEGERA

ASSALAMUALAIKUM…………..

Pagi – pagi lagi bila buka tingkap, burung dah berkicau-kicauan. Wani suka dengar kicauan burung tu… tenang dan nyaman je ..lagipun udara pagi sejuk dan bila tengok pohon-pohon keliling rumah ni tenang je fikiran .. hijau je dari pandangan mata ..sambil memuji kebesaran Allah. Tanda yang maha Esa ini wujud .. tengok apa yang ada di bumi dan di langit kita sudah tahu setiap apa yang dijadikan itu ada Penciptanya.. kalau dulu seawal 7:00 pagi wani turun dari rumah dah nampak sekumpulan burung mungkin macam spesis bangau terbang di udara. Cantik pulak tu cara burung tu terbang tersusun je. Hehe  Dulu selalu la nampak ..sekarang ni dah tak nampak dah burung tu… kalau petang hampir pukul 7 petang tu burung-burung tu dah mula pulang ke sarang masing-masing. Emm mungkin ada musimnya kot….

Ok kali ini wani nak berkongsi satu resepi iaitu SAMBAL TUMIS SEGERA.resepi ni ibu wani yang cipta hehe so baik wani catat sebelum wani lupa.. sambal tumis segera je .. so senang je nak buat sambal ikan bilis ke, sambal sotong ke dan aneka jenis sambal  lah.. ambil beberapa sudu yang dah siap tumisan ni .. tak payahlah tiap kali nak buat sambal ikan bilis , nak blender itu nak blender ni tambah2 lagi kalau ada kekangan masa… nak masak benda simple je …tapi jadi lambat sebab nak mesin tu nak mesin ini  kan hehe..wani baru je masak ayam pedas masam manis guna tumis segera ni ^^.  so kalau tumisan ni, kita berbalik kepada yang basic… iaitu ada bawang merah kalau nak guna bawang merah yang besar tu ok, wani guna yang itu ya.. bawang putih dan lada kering .. kan senang ..blender banyak2 terus.ok tumisan ni dia tahan lama tau tapi kena simpan dalam peti sejuk la nak guna ambil lepas guna simpan balik la ya.. jangan letak kat suhu bilik. Tapi kena hati-hati bila dah guna tumisan ni,, nak tambah garam tu kena beringat2 la sebab tumisan ni dah ada garam . Wani tak cakap lada kering berapa tangkai sebab lada kering ni dia banyak jenis ada yang besar ada yang kecil, mungkin ada di antara kalian semua terbeli lada kering yang berbeza. Ok let’s we share what’s the recipe..

SAMBAL TUMIS SEGERA
PREPARED BY: WANI 
SOURCE: MY MUM'S RECIPE



Bahan A
lada kering sebanyak RM 1.50

Bahan B
-         6 labu bawang besar merah
-         2 labu bawang putih

Bahan C
 Garam halus 2 sudu besar ( bukan bumbung ya )

Cara- cara.
  1. Cili kering direndam air panas lebih kurang 2 jam atau direbus lagi cepat, angkat dan toskan
  2. kisarkan cili kering menggunakan blender ( boleh letak sedikit minyak dan air bagi memudahkan pergerakan apabila dikisar nanti)
  3. bahan B dikisar semuanya ( jangan masukkan terlalu banyak air di dalam blender nanti takut cair )
  4. satukan bahan A & B yang telah dikisar dan kemudiannya masakkannya di atas kuali
  5. panaskan minyak terlebih dahulu dan masukkan bahan yang dikisar tadi dan kacau. Bila dah separuh masak tu masukkan garam halus
  6. masak sehingga sambal tumis itu kelihatan bersinar
  7. sejukkan dan boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk 

Post a Comment

Previous Post Next Post