TIPS MUDAH UNTUK MENYIMPAN JUS LEMON

ASSALAMUALAIKUM

tips mudah untuk menyimpan jus lemon

lemon tergolong dalam kumpulan "citrus family". walaupun banyak lagi jenis - jenis limau  yang lain contohnya limau kasturi dan limau nipis, lemon bagi wani rasanya sangat masam kalau nak banding dengan buah limau yang dalam kategori masam. lemon biasanya banyak digunakan dalam masakan dan kek,

Wani memang peminat lemon, banyak nak sebenarnya explore tentang lemon,  selalu suka bake kek lemon, wangi semerbak bau lemon. biasanya kalau terbeli banyak dalam paket. kadang- kadang sampai tak tahu nak buat apa. lemon ni kalau makin lama dalam peti makin ia jadi kecut kan. lagi lama simpan, lemon boleh jadi buruk dan sangat rugi kalau tak perah awal- awal jus lemon.

jadi kena ada plan nak buat apa dengan lemon kalau nak beli. tapi selalunya, bila dah rasa macam tak tahu nak buat apa kadang- kadang wani biarkan macam tu, sampai nampak nak kecut, barulah terkial - kial fikir nak buat apa dengan lemon. huu.. jadi, nak selamatkan lemon tu daripada nampak membazir, hanya dapat perah jus lemon sahaja.

ini tips paling mudah wani simpan, simpan dalam peti beku, kalau nak tahan bulan-bulan. ada setengah tips simpan dalam tray nak buat ais tu kan. tapi wani simpan masukkan sekali dalam bekas besar hii. tak muat ruang kalau nak buat simpan dalam tray kecik tu. kalau nak guna, ia cair sekejap, ambil yang nak guna, lepas tu simpan balik dalam peti beku..

yang pentingnya, lemon tu jangan terlebih simpan dalam bentuk buah lama-lama nanti buruk, ambil cara lain, perah jus lemon awal- awal dan simpan dalam peti beku untuk kegunaan lain. baru lah tak membazir.

ok.selamat mencuba cara yang paling senang, yang penting rajin :)

5 Comments

  1. erm... menariknya letak dlm tpt beku... tak terpikir lak saya... nice sharing

    ReplyDelete
  2. Samalah.. Beli lemon sampai jd kecut duk simpan dlm peti sejuk. Lepas nih boleh praktikkan cara wani ni pula

    ReplyDelete
  3. Suka juga lemon nie tapi tak boleh ambil selalu.. Nice tips..

    ReplyDelete
  4. Bab lemon memang Sofea excited lebih sikit hihi tq share ��

    Salam kenal saya <a href="https://diarysafiyah.com/pengedar-shaklee-brem-mall-kepong-dipercayai/> Sofea </a> :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post