10 November 2016

BUBUR LAMBUK NOXXA (MUDAH DAN SEDAP)

ASSALAMUALAIKUM.....


rasa musim bubur lambuk dah habis ni... biasalah entri dalam draft tertangguh.. taip sikit-sikit... baru siap.. yang mana dah boleh rasa nak publish.. boleh publish..

wani buat sekali jer dalam periuk noxxa.. setelah sekian lama, ini kali kedua buat balik. hiii.. rasa lama tak makan bubur lambuk.. sebelum ada noxxa ni tak pernah terasa nak buat sebab dah tahu memang payah la sikit nak rebus beras tu ambil masa lama.. main kacau selalu kat dapur .. memang tak terbuat la jawabnya... kali ini nak kongsi resepi bubur lambuk, senang jer nak buatnya ..walaupun ambil jugak resepi dari orang sebab macam - macam resepi.. last wani berkenan dengan resepi ni sebab ada kelainan letak halba..

resepi dah banyak tolak tambah hii.. faham - faham lah tolak tambah tu ..ada tolak bahan,ada tambah bahan lain . kat bawah ni panduan guna periuk noxxa.. beras tu wani tambah ..taklah guna segenggam sebab macam sikit.. jadi pandai - pandailah nak tambah.. air dan santan pun sama.. nak pekat macam mana.. pandai - pandai lah .. tak susah pun buat benda ni ..semua noxxa yang buat ..

biasa bubur lambuk kat kelantan ni memang ada letak pucuk midin ,,jadi wani suka hati la tambah pucuk midin tu ..sedappp sebab dah terbiasa makan macam tu..resepi asal tak letak ya..

gambar dah banyak ni ..tengok lah step by step ..bila terlebih rajin hiii







BUBUR LAMBUK NOXXA ( MUDAH DAN SEDAP ) 
SUMBER : MAMAQAIREEN

BAHAN - BAHAN

200gram Daging (potong kecil2) 
Sedikit Udang Kering (ditumbuk sehingga hancur) tak letak 
Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2) tak letak
3 ulas Bawang Merah (hiris) 
2 ulas Bawang Putih (hiris) 
2cm Halia (hiris) 
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga) 
1/2 sudu teh Lada Hitam 
2 batang serai yang diketuk
Sedikit Halba 
Santan 1/2 cawan 
Lobak merah yang didadu ikut suka
Daun pucuk midin ikut suka
1 kiub stok daging 
Garam secukup rasa. 
1 genggam Beras seeloknya rendam terlebih dahulu

* tulisan yang berwarna merah adalah bahan tambahan sendiri 


CARA - CARA

1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula lada hitan, halba dan 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga) 
2) Bila dah garing sikit, tumis pula udang kering dan daging. Kalau macam kering sangat, letak air sikit..pastu sambung tulis semula. Kacau2 sikit pastu masukkan lobak masin. Jangan risau..bila lobak masin ni dah masak, dia tak masin. yang bestnye anda akan rasa kenyal2 sikit. 
3) Bila semua dah sebati dan dah masak, periuk tersebut bolehlah di penuhkan dengan air. Saya letak air 1/2 periuk dulu..saya masak macam masak nasi biasa, lepas tu bila dah nak kering saya tambah air lagi, pastu nak kering saya tambah air lagi (rajin sangat kan..kekekeke). Ohh ye lupa pula, jangan lupa masukkan beras juga..karang tak jadi pula bubur lambuk sedap ni tau 
4) Bila bubur dah hampir masak, last sekali masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5minit, pastu bolehlah tutup api. 
5) Siaplah Homemade Bubur Lambuk Sedap Dan Mudah. Mudah je kan? Selamat mencuba

CARA GUNA PERIUK NOXXA

1. Tekan stir fry, letak minyak sikit untuk menumis, dah nampak panas boleh letak kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan halba,  tumis sekejap, kemudian letak bawang merah, bawang putih,  halia dan serai. Kacau sampai naik bau
2. Dah garing sikit, boleh masukkan daging. Kacau sekejap biar sebati dan masukkan beras.offkan stir fry
3. Masukkan santan dan stok daging. kacau sebati bersama beras
4. Masukkan lada hitam kasar dan lobak merah. Kacau sekejap untuk sebati
5. Tudung periuk noxxa dan tekan high pressure selama 30 minit dan putar tombol ke pressure
6. Selepas bunyi beep, putar tombol ke steam sehingga wap habis keluar baru boleh buka tudung.  kalau terasa nak tambah air boleh tambah. 
7. Masukkan daun pucuk midin, tekan stir fry. Biarkan mendidih sekejap nak bagi sayur layu boleh offkan stir fry.tambah garam secukup rasa
8. Sedia untuk dihidangkan. Tabur bawang goreng sedap !

NOTA

walaupun guna periuk noxxa, beras seeloknya direndam terlebih dahulu,, nak bagi beras tu cepat lembut bila direbus ,,kalau nak lagi cantik simpan semalaman dalam peti,, buat macam ni beras kembang cantik.. 

kenapa masa dalam 30 minit HP ? puas hati beras tu kembang dalam 30 minit sebab pernah buat bawah pada masa tu ..tak berapa nak cantik kembang


Komen
6 Komen

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak hari itu nak buat tapi tak jadi sebab ada hal tetamu dtg nak bagi makan bubur aje macam tak sesuai pulak.

Kakak suka kalau yg banyak sayuran:)

Unni Anje said...

mcm best pulak periuk ni!!

E'in said...

bagusnye periuk noxxa nie..

Warisan Petani said...

Belum beli2 lagi periuk noxxa ni.

Siqah Hussin said...

Bubur lambuk makan masa puasa je. Bagus nampak periuk noxxa ni. Para isteri pasti gemar :)

ayunie ramli said...

Mek tk prnah try bbur lambuk. Bbur biasa mkn pulak. Hr ni nk try buat paprik belut entah jd ke tidak --'

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign