24 October 2016

KERUTUK AYAM KAMPUNG NOXXA

ASSALAMUALAIKUM...




Agak lama wani tak post pasal resepi kan, dah lama dalam draft sebenarnya tapi sikit - sikit menaip, lepas tu save mereput la dalam draft dulu hiii.. oklah nak berkongsi resepi hari ini. 

Kalau sebut ayam pencen atau ayam kampung, dah terlintas dalam kepala nak masak ayam macam ni sudah tentu ambil masa yang agak lama sebab dagingnya yang liat. Jangan tertukar ya ayam pencen atau ayam kampung, ayam pencen tu ayam telur tapi dah pencen, ayam kampung tu kalau bahasa inggeris nya " free range chicken " sebab kita bela lepas, bukan bela kurungan macam ayam telur, sebab itu kalau orang yang suka makan ayam kampung, orang akan cakap ayam kampung lagi sedap dari ayam telur tu, kan,, tapi sebenarnya wani bukan peminat ayam kampung, jujurnya wani tak makan haaa, dah pecah tembelang.

Ya memang wani tak makan walaupun ada bela ayam kampung kat rumah, bonda wani suka bela - bela ayam ni. Dah zaman dia kecil lagi main bela ayam. Sampai sekarang pun masih bela ayam. 

Sekarang ni wani nak tunjuk panduan nak masak ayam kampung ni guna noxxa, ayam kampung ni ayam sendiri, dah tua sangat dah bapak ayam sampai taji pun dah panjang, berjalan pun dah macam askar, haaa sebab nak elak taji yang panjang, memang menghiburkan kami sekeluarga bila tengok bapak ayam tu berjalan, ok dah ..dah..  bahan - bahan semua kat gambar atas tak ada kat situ gambar santan, ubi kentang dan ayam. Semua bahan kat atas wani ada guna homemade ibu sambal,

Kalau nak guna resepi yang lebih kurang macam kat bawah, cuma kerutuk bagi wani bila ada campuran rempah ketumbar, jintan manis dan jintan putih lagi naik rasa kerutuk.biasanya kalau ayam pencen dalam 40 minit dah masak, disebabkan ayam ni dah terlalu tua kena lanjutkan masa dalam 50 minit, periuk noxxa had masa sampai 60 minit, bukan senang nak rebus ayam kampung..dalam gambar tu dalam 40 minit

Segala yang wani post resepi guna periuk noxxa di sini boleh lah buat sebagai panduan, tak semestinya 100% nak ikut semua,, lain orang lain cara kan. Yang penting berpuas hati dengan masakan kita. dalam resepi kat bawah ni banyak wani tak letak ..







KERUTUK AYAM KAMPUNG NOXXA
SUMBER: DAPUR KAK YAH

BAHAN - BAHAN 
Seekor ayam kampung
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
2 inci lengkuas diketuk
4 sudu besar rempah kerutuk
Sebatang serai diketuk
1 sudu besar cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
1 sudu teh lada hitam (biji)
Beberapa  kuntum  bunga cengkih
Sehelai daun pandan ( tak letak )
Sekeping gula melaka(boleh dikurangkan)
1 sudu besar asam jawa(ini yang ada biji-bijinya kalau beli yang adabi punya kena kuranglah sedikit dan boleh juga ditukar kepada 2 keping asam gelugur)
Selabu bawang besar (dibelah dua) ( tak letak ) 
2 biji kentang
Sebiji lada hijau ( tak letak )
4 cawan santan 
2 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis

CARA - CARA
1. Ayam kampung dipotong mengikut kesukaan dan dibersihkan..
2. Bawang merah, putih dan halia diblender,
3. Panaskan minyak dan tumislah bahan blender tadi.  Apabila naik bau, masukkan cili giling dan dikacau seketika.  Masukkan pula rempah kasar seperti kulit kayu manis, pelaga hindi, lada hitam, bunga cengkih dan bunga lawang.
4. Masukkan rempah kari kerutuk dan masukkan sedikit air.  Kacau seketika dan masukkan juga lengkuas dan serai yang telah diketuk dan dipecah-pecahkan  Apabila kita nampak bahan-bahan ini sudah pecah minyak masuklah ayam dan sedikit air.Kacau dan tutup tudung periuk. 

5. Kacau dan pastikan  jangan sampai hangit.(kalau nak guna periuk tekanan ) lagi bagus tapi pastikan air dimasukkan mencukupi untuk mengelak hangit).  
6. Apabila ayam kita  sudah empuk masukkan air asam jawa, gula melaka. garam dan santan.  Bila sudah sekali mendidih masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua dan masukkan juga lada hijau sekali. 
7.  Masukkan juga kerisik kelapa tadi.  Biarkan kuah kita pekat dan naik minyaknya.Rasalah manis masinnya dan tambahlah gula kalau mahu.  
8. Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang telah dipotong dua dan apabila layu bolehlah diangkat kari kerutuk kita.

CARA GUNA DENGAN PERIUK NOXXA

1. Tekan stir fry dan tekan on, tuang sedikit minyak, nampak panas boleh tumis rempah 4 sekawan dan lada hitam
2. Masukkan cili giling dan kacau sebati, masukkan pula rempah kerutuk, kacau sekejap dan masukkan sedikit air, bila masuk air ni ia untuk  memastikan rempah masak sekata dan tumis pun naik minyak
3. Masukkan lengkuas dan serai yang telah diketuk. Kacau sehingga kesemua bahan pecah minyak
4. Masukkan ayam kacau rata dan masukkan sedikit air dan air asam jawa, biar ia tenggelam sikit. Masukkan gula melaka.Tutup periuk dengan tudung
5. Tekan high pressure selama 40 ke 50 minit dan tekan on 
6. Pastikan putar tombol ke pressure.selepas bunyi beep tekan off dan lepaskan wap ke steam sehingga habis baru buka tudung periuk
7. Masukkan ubi kentang, tenggelamkan ke dalam kuah dan tutup periuk, tekan high pressure selama 3 minit dan tekan on. Lepas bunyi beep buat kaedah macam nombor 6 untuk lepaskan wap
8. Masukkan santan dan kerisik, tekan stir fry dan tekan on biarkan mendidih , kalau nak bagi pekat kuah ,kena didih lama sikit
9. Tekan off, boleh lah untuk dihidangkan 

NOTA
1. Kalau rasa nak lagi sedap, sangai ketumbar, jintan manis dan jintan putih dan tumbuk halus, masa nak menumis lepas letak serbuk kerutuk semua tu boleh letak segala bahan yang disangai tadi, kacau kesemua bahan sehingga mesra dan wangi serta naik minyak

2. Rebus kentang tu nampak jer sekejap nanti bila nak stir fry nak bagi pekat kuah, proses memasak masih ada lagi.buat cara macam ni tak nak bagi kentang tu terlalu masak sangat kalau tak... nanti lembik.










Komen
4 Komen

4 comments:

Nurul Syarfiqa said...

mcm sedap je...

tq utk resepi.. kut2 nanti boleh suruh mak masak.. hee.

Reen Johari said...

Ayam tua.. Sedap! Terasa lama pula tak makan ayam tua..

Atie Yusof said...

woww... sedapnya Wani masak... kak ada juga Noxxa ni , tapi tulah mood nak masaknya kurang... hehe.. nti nak salin resepi wani ni..tq ya share :)

ayunie ramli said...

Teringin pulak nk ade noxxa ni. Buat ns goreng bleh tk?

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign