09 October 2016

KELULUT

ASSALAMUALAIKUM...


Cerita dalam draft

Kalau dulu masa kat KL, banyak tengok haiwan pun, burung gagak, bangun pagi jenguk tingkap ada burung gagak, tengah tunggu bas,  sekali sekala ada beberapa ekor burung gagak sedang menarik - narik sesuatu bangkai yang telah kering di jalan.. Erkkk rasa macam nak muntah ada masa tu, maklumlah kan gagak ni haiwan pengotor sikit.kiranya pandang kat mana - mana pun tengok burung gagak jer,huu  burung lain ada, burung merpati. Itu dunia KL, now i'm back to my hometown. 

Kat kampung, Rumah wani kat sini dalam hutan sikit, walaupun sudah ada projek perumahan yang sedang dibina sebelah sana, tapi hutan kat tengah - tengah ni tak terusik, kiranya hutan ni diapit, oleh kawasan rumah wani dan projek perumahan sana, tak boleh nak bayang sekiranya hutan kat tengah ni ditebang tanpa kasih sayang. Tapi syukurlah buat masa sekarang kehijauan masih terpelihara

Wani sebenarnya nak tunjuk kalian rupa kelulut ni, ada tak kenal dengan rupa kelulut ke, zaman kanak - kanak wani ada sebatang pokok rambutan berhampiran dengan rumah nenek ada sarang kelulut, sarang kelulut tu dalam batang rambutan, masa tu tak tahu kelulut boleh buat madu, biasanya wani dan kawan sekampung suka kacau sarang kelulut ni haa,, zaman budak - budak suka nak buat jahat :D


Sejak jiran sebelah ada kebun kelulut, selalu lah nampak kelulut dan rakan - rakan terbang masuk kat tingkap dapur ,biasanya waktu pagi, kalau dah buka tingkap tu, mesti lah ada yang bertandang masuk rumah,hiiii.. Dan selalu kelulut ni suka kat botol budu yang diletak berhampiran tingkap, budu memang ada manis walaupun masin, wani ada letak botol budu kat situ tak tahulah budu pun menjadi makanan kesukaan kelulut.. haaa, tak sempat pulak nak ambil gambar apa yang dibawa kat kakinya tu, kat situlah dia simpan sementara ' makanan ' letak kat kaki sebelum terbang pulang ke sarang, kadang - kadang wani tengok berat sangat dah nak terbang, disebabkan beban yang berat di kaki. Macam seronok pulak tengok habitat mereka, 

Kalau cuaca mendung tak panas, maka ramai lah sekumpulan kelulut ni terbang halaman belakang rumah wani ada pokok hutan tengah berbunga sekarang, nampak lah dari jauh walaupun tepi tingkap dapur wajah - wajah kehitaman. Hiiii..

Rasanya kalau kawasan rumah tak berhutan susah sikit nak bela kelulut sebab mereka kena ada tempat nak cari makan, wani pun agak risau kawasan kampung wani kalau naik kereta dan lalu ke depan sikit dah banyak dah pembangunan perumahan sedang dibangunkan ,,ataupun nampak papan tanda maknanya kawasan tersebut tak lama lagi akan naik tiang - tiang konkrit.. 10 tahun akan datang tak tahu lah macam mana agaknya kampung wani ni... haih dilema orang yang sukakan kehijauan kampung.
Komen
6 Komen

6 comments:

ayunie ramli said...

Waaa buat madu kelulut :)

Warisan Petani said...

Sekarang dh ramai orang mengusahakan ternakan kelulut sebabnya madu kelulut paling berkualiti.

Keluluk Kelate make budu Mek.
Kelulut JDT makan tempe.

Wani Sukarno said...

@Warisan Petani haaaa, ikut negeri masing - masing

Wani Sukarno said...

@ayunie ramli. tapi x berapa makan .. nampak lain macam jer hiii

Reen Johari said...

Terbayang jap kelulut bawa makanan kat kaki dia.. Aih comel. Hihihi

Gee Lion said...

Tak pernah tahu pulak nama binatang ni kelulut T_T
Saya ingatkan selama nih kelulut tu nama produk utk madu..
Rupanya kelulut membuat madu..

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign