DAPATKAN HALAL MOONCAKE

ASSALAMUALAIKUM..

Seperti yang telah dijanjikan untuk entri hari tu di  SINI.. wani nak buat food review untuk halal mooncake product... ada sesiapa yang tak pernah makan kuih bulan atau tak pernah tengok kuih bulan, takkan kita duduk satu bumbung Malaysia pun tak kenal lagi kot. Kalau pernah tengok tapi tak pernah merasa lagi tu tahan sikit, cuma kalau nak beli memang kita diganggu rasa was - was kan, ya lah kuih bulan tu kuih orang cina. Lama orang ingat asal kuih orang cina tak boleh makan ,, salah persepsi tu, kalau ikut penggunaan kesemua bahan yang halal toyyiban, maka kuih tu halal dimakan lah. 

Mid autumn festival dah lepas sambut bulan lepas, kuih bulan ni wani order bulan lepas, ikutkan masa tu chinese bakers ramai ambil tempahan, sebab nak bagi kuih ni dekat saudara - mara terdekat, sahabat - sahabat dan sama - sama menyambut perayaan kuih bulan, makan sama - sama satu meja sambil menikmati chinese tea, wahh,, sungguh indah hubungan kekeluargaan macam ni kan

Ini kali pertama wani merasa homemade kuih bulan dari air tangan Puan Nurhaslinda Chua. Beliau seorang cina muslim, sebab itu wani tak rasa was- was bila nak order kuih bulan dengan beliau. Teruja tengok kuih bulan beliau sebab sungguh cantik kejadiannya, ditambah dengan warna kilauan keemasan memang tak sabar nak potong. Pilihan wani untuk filling kat dalam tu red bean dan green bean pandan,ambil 2 biji setiap filling.  ada pelbagai pilihan untuk filling yang letak egg yolk pun ada tapi mahal sikit, telur itik kan mahal. Kuih bulan ni sedap menepati citarasa..


Kalau nak order dengan beliau boleh lah pergi kat facebook beliau ya search nama Nor Haslinda. Wani nak bagi link kat sini, entah kenapa link broken. tempahan untuk bulan 10 akan dibuka walaupun musimnya dah habis. Disebabkan permintaan yang tinggi order akan dibuka semula, katanya pertengahan bulan 10 sebab nak ambil stok bahan yang dah habis dulu..selalu lah tengok cek facebook beliau takut terlepas pandang, buat lah setting " see first ".

Baru selalu nampak update kat sana, kalau tak buat macam tu wani tak jamin kalian dapat ya, ramai sangat orang tempah ni, memang high popular demand... masa wani nak order dulu pun ada limit masa, nasib baik sampai pukul 9 malam, sebab beliau ada wassap, kalau nak order tunggu diupdate kan status di facebook, nasib baik lah lepas maghrib nak online sekejap, dalam setengah jam lagi nak tamat masa, tu pun dah berpuluh - puluh komen,kalau tak melepas lah . kempunan lah kalau bulan 10 buka order balik, wani order bulan 8, bulan 10 baru sampai huuu, sabarlah menunggu. Kena sabar sebab beliau buat seorang diri tak gaji staff.

Semoga bisnes beliau maju, dan wani merangkap orang yang dah makan nak mempromosikan sikit produk beliau, hiii. Apa salahnya doa - doakan sesama muslim. tak lama lagi, Puan Linda akan keluarkan menu produk baru insyaAllah halal Bak Kwa.. kalau nak tahu masa perayaan kuih bulan yang lepas, ada artikel beliau dalam surat khabar China Press dalam bahasa cina, alhamdulillah kuih bulan sekarang diterima masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, dah boleh jadi kuih satu Malaysia.semoga lebih banyak lagi produk - produk makanan cina muslim yang patut diketengahkan kepada umum. itu sahaja lah entri untuk food review hari ini.


4 Comments

  1. mek tag wani :)

    http://ajussix.blogspot.my/2016/10/october-bloglist-segment-by-fatinamdzfr.html

    nanti mek komen sat lg na pasal entry ni

    ReplyDelete
  2. Trliurr :) pernah mkn dlu skali pastuh trus rase mooncake ni sedap. Tp nk cr yg chinese muslim mmg susah. Kira ntung dh ni ;)

    ReplyDelete
  3. Waaah teringin nk rsa.. Nnti la klo berkesemptn huhuhu

    ReplyDelete
  4. oooo menarik.. teringin juga nak makan mooncake ni tapi belum jumpa lagi yg halal... boleh la nnti tgk2..
    eh mcm template baru eh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post