09 September 2016

HOMEMADE EKSTRAK PANDAN

ASSALAMUALAIKUM...

makin lama makin suka kalau buat sesuatu from the scratch macam homemade ekstrak pandan ni, sebelum ni memang wani tak tahu pun macam mana cara yang betul nak buat homemade ekstrak daun pandan, setakat blend halus tapi letak air banyak, rupanya kena guna daun pandan yang banyak untuk menghasilkan ekstrak pandan ni ya, nasib baik kat rumah ada ladang daun pandan hiii.. 

Gambar kat atas tu pandan yang dah diekstrakkan, nampak hijau pekat tu kan. Yang jernih tu air lapisan atas. Selepas simpan semalaman akan nampak 2 lapisan.  Wani nak tunjuk langkah demi langkah. Bulan puasa lepas pun dah buat sebab senang nak simpan buat kuih - muih yang nak guna daun pandan ni lagipun perasa asli ya tak ada langsung bahan kimia. Inilah yang kita nak dan seeloknya nak guna air ni guna air bertapis atau masak, lagipun ekstrak pandan ni nak simpan lama dalam peti

Rujuk gambar di bawah





Rujuk gambar dibawah. Ini air daun pandan yang telah diblend halus, masih warna hijau tua pekat. Dalam beberapa jam akan nampak macam satu lapisan bergenang kat bawah yang tulah klorofil pandan, tapi air masih keruh sebab tak semua turun lagi, lepas tu simpan lah semalaman dalam peti nak bagi dapatkan lapisan hijau tua pekat seperti gambar yang terakhir. Senang je kan, cubalah buat



HOMEMADE EKSTRAK PANDAN

BAHAN-BAHAN

18 helai daun pandan
2 1/2 cawan air bertapis atau air masak

CARA-CARA

1.daun pandan dibasuh bersih dan dipotong kasar atau halus .. ikut macam mana suka. kalau macam wani potong macam gambar kat atas.kasar-kasar sikit nampak.kalau nak lagi cepat halusnya semasa tengah blend, potonglah halus daun pandan
2. masukkan daun pandan yang dipotong ke dalam blender dan masukkan air
3. blend sehingga halus
4. tuangkan ke dalam penapis dan perah keluar air daun pandan tadi
5. kemudian, tuangkan ke dalam bekas lain, masa ni air daun pandan hijau tua pekat, simpan dalam peti semalaman
6.lepas semalaman baru nampak ada 2 lapisan terjadi yang atas jernih yang bawah hijau tua pekat, klorofil hijau tu dah turun menjadi lapisan bawah,yang tu lah kita nak guna
7. ambil bekas lain, tuangkan dengan berhati-hati untuk bahagian yang jernih, jangan buang air ni ya dah bau macam esen pandan boleh buat nak ganti air biasa nak masukkan ke dalam adunan tepung nak buat kuih macam onde-onde ke, apam ke,kuih ketayap ke rugi kalau buang
8. akhirnya ekstrak daun pandan yang berwarna hijau tua dah dapat, boleh simpan dalam peti, sesuai kalau buat untuk kek chiffon dan juga kuih -muih lain yang berasaskan daun pandan

NOTA
1. tempoh penyimpanan ekstrak pandan ni paling lama wani simpan dalam masa sebulan, bau masih ok tak ada masalah 

2. nak buat ekstrak pandan, daun pandan kena banyak dan sukatan untuk air sikit, sebab kita nak ambil pati tu. macam wani ni dah terbiasa buat.  kalau pandai nak buat anggaran sendiri pun tak apa,,tapi jangan terlampau banyak air nanti tak jadi pula

3. simpan semalaman dalam peti dah nampak dah 2 lapisan terjadi, tapi  kalau nak lama sikit simpan 2 malam lagi jernih sikit air lapisan atas tu


Komen
5 Komen

5 comments:

aRz MoHa said...

jadi guna yang paling bawah la...yang atas buang?

bagus satu ilmu baru mengenai ekstrak daun pandan

Wani Sukarno said...

kalau tak buang lagi bagus boleh ganti air nak adun tepung ,,bau macam esen pandan dah ni

Mas said...

mak sy dlu2 buat kuih sllu guna ni..nice2!

ayunie ramli said...

Rindu nk buat onde onde.

Gee Lion said...

i love the smell.. wangi.. ^_^

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign