CHOCOHOLIC

ASSALAMUALAIKUM...


banyaknya gambar dalam draft, upload sahaja menaip nya tidak, bukan tak nak menaip kalau nak menulis tu lagi malas kan hii inikan menaip pun tak jugak padahal taip kat keyboard jer bukannya pegang pen pun.. orang lain pun mesti ada kes macam wani ni,, upload gambar jer menaipnya tidak haaa..dengarlah celoteh wani ya ..daripada blog kosong tanpa cerita..

sebut sahaja coklat, mesti semua orang cakap coklat tu melambangkan kasih sayang lah , cinta lah , persahabatan lah, kegemukan lah hiiii.. ehh.. ada kaitan ke dengan gemuk sebab makan coklat nih :D..nanti ada orang mengamuk kan.. tak kisah apa orang kata tapi memang wani peminat coklat.. tak semua juga coklat yang wani makan

 dulu, coklat pilihan wani adalah Van Houten.. bagi wani coklat jenama tersebut dah mewah penuh rasa coklat.. dan yang paling wani suka coklat dengan badam ataupun cashew nuts ,,kalau ada campuran dengan kismis tu tak berapa suka. tapi hairan jugak.. jenama coklat Van Houten ni tak ada masuk iklan tv lah.. kan.. tak ada kan.. packaging pun dah bertukar banyak kali ... tak macam dulu dah..  lepas tu beralih kepada coklat Cadbury..bagi wani coklat Cadbury kurang "kick" sikit nak banding dengan Van Houten tapi coklat jenama ni masuk tv ..siap kontroversi macam-macam dah kan.. coklat pun ada kontroversi.. sampai kan nak bersih balik nama ..iklan pun dah alih jadi versi keagamaan.. coklat punya pasal hiii.


sekarang beralih pulak kepada coklat Vochelle.. coklat ni lebih kurang rasa macam Van Houten..harga pun lebih kurang macam coklat Van Houten. kalian semua mesti ada jenis coklat yang suka kan. macam wani yang paling wani suka kalau ada "dark chocolate" itu memang didahulukan daripada yang "milk chocolate" .. setakat yang wani tengok jenama Vochelle ni ada keluaran empat jenis perasa terbaru, yang ni dalam packaging, senang kalau nak makan sebab ia dah dibulatkan.dah kumpul 4 koleksi .. ada perasa orange, green tea, mint dan cranberries. 

dalam 4 jenis tu perasa oren, green tea dan mint paling sedap,, green tea yang kalian patut cuba sebab "rare" sangat .. cranberries tak berapa sedap ..sebab cranberries kering ni ia dikepalkan dan disalut dengan coklat.. rasa macam cranberries tu manis sikit,, wani dah la tak berapa suka benda yang manis-manis.. bajet macam tak makan benda manis haaa.. tapi itulah nak cakap tak berapa dengan tekak orang kata hiii

yang perasa mint pun sedap rasa macam berangin jer dalam tekak. itulah nak cerita .. yang macam gambar atas tu, baru dapat tahu yang coklat whittaker's baru masuk outlet Mydin,, itu yang pelik tiba-tiba kenapa coklat ni tiba-tiba ada atas rak.. harga boleh tahan,, nak kata mampu milik pun,,berat 200gm pun harga dah nak hampir RM 22 .. kalau barang baking kat Kelantan pun, orang dari luar Kelantan pun datang dah cakap barang baking kat Kelantan mahal.. tak macam negeri lain... wani pun tak tahu kenapa tu.. kadang-kadang ada betul jugak ,, wani perasan barang baking kat luar tu murah sikit nak banding Kelantan.. hii.. tak boleh nak cakap apa..




Bercakap panjang pasal coklat ni . Pesanan dari penaja, kononnya.. :D. Kalian suka coklat apa, dah bermacam - macam dah brand sekarang. Orang kata makan coklat berikan ketenangan, terpulanglah kepada individu.. Kalau chocoholic macam wani ni lebih daripada ketenangan dah makan pun hiii.. Oklah esok dah hari Jumaat.. Hari terakhir untuk bulan 9. Sekejap nya nak habis bulan 9.

5 Comments

  1. bestnya :) mek kalau orang pergi airport slalu kirim choc. hahah

    ReplyDelete
  2. yeah same... sy suka dark chocolate.. vochele punya so far ok.. pernah try aeon punya dark chocolate? tu pun ok juga.. :D setimpal dgn harga dia la..

    ReplyDelete
  3. Kalau rumah akak ni Wani janji coklat semua suka aje
    Kalau agak tak habis masuk dlm fridge nanti budak mengaji selongkar dah jumpa mereka tolong habiskan:)

    ReplyDelete
  4. rietta pown suka coklat...masa skulah dlu suka van houten....pastu vochell, pastu masa tinggal asrama, kawan kawan perkenalkan cadbury, baru baru ni dah kerja, adeq kenalkan whistake...yumyy...

    ReplyDelete
  5. sy x tgk pun jenama ap..x amik tahu pun sbnrnya..haha asl rsa dia sedap..haa..siap la kena makan! hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post