21 August 2016

KEK KUKUS KARAMEL NESTUM

ASSALAMUALAIKUM...


Lama sangat wani tak post pasal baking kan, asyik post benda lain..kali ini nak share resepi yang dah lama tertunggak nak buat macam special sebab ada letak nestum dan kek ini dikukus, hasilnya memang sangat lembut dan bau nestum... Kek ni macam kek gula hangus cuma yang ni letak nestum. Itu jer.

Tengok jer lah gambar, rasa macam banyak gambar dah kali ini,, hii ambik baru puas hati... Tapi entah nape semalam lambat sangat nak upload gambar line slow... Tapi syukurlah berjaya upload kesemua gambar. Tak tahu la kalau tak faham lagi.. Jom tengok resepi kalau ada masa boleh lah cuba buat


CARA NAK BUAT KARAMEL

proses nak buat karamel ni macam panjang, macam nak buat untuk sira pun ada. kalau sampai gula jadi macam  kristal itu dah tahap nak sira macam buat popia sira ke, buat halwa ke .. tapi wani ikut jer resepi tak apalah kita bereksperimen benda baru.. ia tak macam buat kek gula hangus tu.. bila gula dah jadi macam kristal baru ia mula nak menjadi karamel sampailah warna keperangan.. kat situ tak nampak gambar wani tuang air,, kita buat sorang ni tak ada siapa nak pegang phone hiii.. nampak gambar yang dah macam berbuih tu itu tanda wani dah letak air. yang gambar last sekali untuk bahagian karamel ni, dah tuang susu cair, lepas tu kacau..

Kalau boleh semasa gula letak atas dapur tak payah kacau, biarlah ia mendidih sampai nak  jadi buih pekat, barulah kacau sikit. Kalau main kacau selalu ni membuatkan gula lekat dekat senduk. Dalam gambar tu saja wani letak senduk kat dalam kuali






kesemua gambar bawah dari proses mengayak tepung sampai lah siap kukus. wani terlupa nak kacau telur dalam karamel.. masa tengah ayak tepung tengok resepi balik baru teringat telur tak kacau lagi dalam karamel.. karamel dah sejuk dah masa tu tapi tak apa letak telur dan esen vanila dan terus kacau sehingga sebati.wani kukus guna dapur. tudung periuk kena tutup ya dengan kain macam dalam gambar tu baru lah air tak menitik..tengok yang dah siap nampak smooth jer ..tak ada lubang - lubang hiii..perfect!!! loyang pula saiz 8 inci

Periuk mestilah kena panaskan dahulu sampai air mendidih baru letak loyang dalam tu.di sini ada sedikit ubahan dari segi cara sebab wani guna hanya 3 sudu besar mentega tak sukat ikut gram hiii ke dalam gula hangus yang telah dicairkan..macam leceh pulak nak ikut resepi dia.. Sebab malas nak cemarkan bekas lain sebenarnya hiii.. Siapa nak ikut ikut lah, siapa tak nak boleh ikut resepi asal..

Tapi keknya sangat lembut jugak..








KEK KUKUS KARAMEL NESTUM
SUMBER: nestum.com.my

Rasa kek lembap dan lembut ini lebih sedap dengan campuran karamel. 

BAHAN A
Bahan-bahan kering:

175 g tepung
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
50 g NESTUM® All Family Cereal Original

BAHAN B
Bahan Karamel:

200 g gula pasir halus
75 ml air
125 ml air
100 ml susu cair
100 g mentega, cair ( 3 sudu besar guna sudu makan )
2 biji telur, dipukul
1/2 sudu teh ekstrak vanila

CARA - CARA
Langkah 1
Alas tin kek bulat atau segi empat (anggaran 20 sm melintang) dengan kertas pembakar. Ketepikan. Ayak tepung dan soda bikarbonat di dalam mangkuk adunan. Masukkan garam dan NESTUM®. Kacau, ketepikan. 

Langkah 2
Masukkan (200g) gula dan (75ml) air di dalam pan saiz sederhana. Masak sehingga gula cair. Terus didihkan sehingga gula menjadi karamel dan berwarna perang lembut. Tambah (125ml) air, didihkan. Perlahankan api, reneh selama 10 minit atau sehingga karamel benar-benar cair. Tuang adunan ke dalam jag ukur, lihat sama ada mencapai jumlah 250ml, jika kurang tambah air. 

Langkah 3
Tuang susu cair dan mentega cair ke dalam karamel. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan pula telur dan vanila. 

Langkah 4
Buatkan seperti lubang di tengah-tengah bahan kering. Tuang adunan cecair ke dalamnya. Kacau perlahan-lahan sehingga bater tidak berbintil. Tuang bater ke dalam tin yang sudah dialas. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Jangan buka penutup untuk mengelak suhu di dalam pengukus jatuh. 

Langkah 5
Selepas 45 minit, tengok sama ada kek masak atau belum dengan cara mencucuk di bahagian tengah. Jika masak, pencucuk akan bersih, jika melekat, terus kukus selama 10 minit lagi.  Sejukkan kek sebelum potong.


Komen
2 Komen

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign