16 July 2016

KERISIK NOXXA

ASSALAMUALAIKUM...


Salam semua

Agak slow trafik blog hari ini.mungkin orang tengah  busy buat open house hii,selalunya hujung minggu memang trafik slow.

Wani rasa macam agak lama tak share sesuatu dengan guna periuk noxxa, nasib lah ada periuk noxxa, bulan puasa lepas memang banyak membantu periuk ni, ini kali pertama guna untuk bulan puasa, memang mudah dan menjimatkan, ingat dulu masa memasak ambil masa yang sangat lama terutamanya jenis masakan bersup, kalau bulan puasa tak lari wajib ada sup tulang, ingat sebelum ada periuk noxxa memang agak merumitkan lah sikit nak masak, sebab ambil masa lama. Sekarang dah jimat kan masa sikit. puasa lepas antara menu yang wani dah buat guna periuk noxxa ni kebanyakannya buat sup tulang, air asam, air cheng teng pun wani rebus dalam ni , buat masakan kerutuk daging,tak ingat dah kalau nak list satu - satu. 

Kali ini wani nak share buat kerisik guna noxxa, kerisik pun nak tunjuk demo hii, bila dah selesa guna noxxa nak tunjuk jugak dekat orang lain,sebelum ni pun dah banyak kali buat memang sekarang tak guna dapur dah sebab goreng dalam ni, mode stir fry kalau goreng yang kering - kering boleh la macam goreng kacang, goreng kelapa nak buat kerisik, kalau bab nak goreng ikan atau ayam ke dalam ni memang tak digalakkan sebab stir fry periuk ni sangat kuat, wani pernah try goreng ayam dalam ni terpercik kuat sangat minyak,walaupun minyak letak sikit so tak digalakkan ya..tak nak ambil risiko, lagipun bahaya ..

Oklah kelapa yang wani guna ni dalam 2 biji boleh la sebanyak ni, nak goreng dalam ni kena pantau la sikit, jangan biar je dalam tu tak kacau sekali sekala nanti hangit.sekali sekala tengok la dalam periuk tu dan kacau, goreng dalam ni masak dia sekata, dalam 1 jam jugak la goreng sampai kelapa tu kering dan warna agak keperangan. Bila kita patahkan dengan tangan kerisik tu mudah patah. Dapatlah sebalang besar sikit, banyak guna kerisik bulan lepas sebab asyik buat kerabu.



KERISIK NOXXA

BAHAN - BAHAN

2 biji kelapa yang telah diparut

CARA - CARA

1. Letak kelapa parut dalam periuk noxxa. Tekan mode stir fry dan tekan on
2. Jangan tutup dengan tudung. Kacau sekali sekala sampai warna agak keperangan ataupun bila sentuh dengan tangan kerisik mudah patah.ambil masa dalam satu jam juga
3. Lepas nampak garing, tekan off ,tutup suis baru keluarkan inner noxxa dari periuk, tak boleh tinggal inner dalam tu pad kat bawah tu panas walaupun dah off kan, nanti lama - lama makin garing
4. Bila dah suam - suam kuku boleh simpan dalam bekas kedap udara.simpan dalam peti untuk tahan lebih lama




Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign