15 June 2016

BROWNIES "KEDUT" TERBAIK

ASSALAMUALAIKUM...



syukur alhamdulillah selesai sudah 10 ramadan esok dah 11 ramadan,,

Kali ini nak share balik brownies kedut yang menjadi viral tahun lepas. Kali pertama wani buat tahun lepas memang tak terkata betapa gembiranya, rasanya itulah resepi brownies yang paling sedap setakat ini, apabila dah sekian lama berusaha nak kedut kan brownies, akhirnya berhasil jugak, walaupun wani dah try banyak resepi yang lain, tapi resepi yang ni tahap kemanisannya sedang sedang. Terima kasih banyak buat pemilik resepi.

Wani dah buat ni sebelum puasa sebab dah craving sangat nak makan something chocolatey, jadinya nak buat brownies, tiap kali buka blog tak tahan godaan asyik tengok masih dalam list popular post, terpaksa la kena buat hiii. Sekarang ni brownies kedut dah tak termasuk popular post dah, musim orang nak cari juadah lauk pauk pulak maklumlah puasa. 

Kali ini beserta step by step alhamdulillah kali kedua buat ni kedut jugak, kalau guna bahan yang berkualiti lagi la berkedut kedut, sebab terbaca ada guna chocolate chip brand hershey tu,wani tengok gambar lagi berkeduttttt kat atas tu cantik, coklat chip tu mahal kan sepeket. 

Be careful, brownies ni ada kolesterol tinggi jadi jarang jugak buat nih, tahun lepas buat tahun ni pulak buat ,lama sangat tu gap.seperti biasa wani guna serbuk koko van houten dan chocolate dark compound jenama selborne . Tukar pulak tahun lepas guna jenama beryls. masih sama kedut jugak.

ada yang bertanya wani bakar api bawah saja ke, brownies ni wani bakar api atas dan bawah. dan satu lagi pertanyaan yang tanya boleh ke guna coklat putih untuk brownies ni, setahu wani, brownies kena guna  dark coklat bukan coklat putih huuuu tak pernah wani dengar mana mana resepi brownies guna coklat putih,, jadi ikut resepi ya.

kepada yang craving brownies bulan puasa ni boleh la cuba resepi ni, orang yang baru mula nak mula belajar buat brownies inilah resepi yang sesuai






BROWNIES "KEDUT"
SUMBER : FACEBOOK AFZAN MOHD , ONE BOWL BROWNIES

BAHAN 1
100 gm butter suhu bilik ( boleh guna butter cup or real butter (scs dll )
100 gm gula biasa
90 gm gula perang
2 biji telur

BAHAN 2
40gm dark chocolate button jenama beryls ( atau apa -apa jenama favorite ) wani guna milk compound chocolate 
secubit nescafe

BAHAN 3
100gm tepung gandum
40gm serbuk koko ( guna serbuk koko van houten )
3gm garam ( wani tak letak )

* kesemua bahan tepung ini diayak dan digaul sebati dengan spatula

BAHAN 4
90 gm dark chocolate button jenama beryls

p/s : kalau boleh pastikan guna periuk yang berat atau berkualiti sikit, nanti panas dia lebih sekata

CARA- CARA

1. masukkan gula, gula perang dan butter bersama. panaskan di atas  api perlahan  sampai butter cair kena selalu kacau jangan sampai gula tu caramelized
2. bila sudah ada nampak macam ada lapisan minyak di permukaan, berhenti kacau. proses ni penting untuk buat kedut2 yang menggoda tu.
3. tambah telur ketika masih suam, kacau sehingga sebati, adunan akan jadi likat.
4. kemudian ketika masih suam, ( penting buat ketika masih suam supaya coklat cair ), masukkan coklat button 40gm dan secubit nescafe. kacau sehingga coklat cair dan sebati
5. coklat ni penting juga untuk dapatkan permukaan kedut yang licin dan berkilat
6. tukar kepada spatula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama dan diayak. kacau secara kaup balik, sehingga licin
7. selepas siap, masukkan tepung tunggu sekejap 5 minit,nak bagi adunan tu suam-suam kuku.lepas tu baru masukkan dark coklat button 90 gm. kacau secara kaup balik, sekali dua sahaja.
8. tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 atau 7 x 7 boleh tapi tebal sikit  yang telah dialas dengan parchment paper.kalau nak letak topping kacang atau coklat button boleh letak.. tapi sebelum tu kacang perlu dipanggang sekejap
9. bakar pada suhu 160C  dalam 25 minit sahaja. jangan overbake nanti jadi biskut.tentang oven ni kena faham dengan suhu oven masing-masing. yang pasti suhu kena rendah ya

untuk loyang ni, wani guna 9 x 9


TIPS KEDUT

1. Butter dan gula jangan sampai gelegak, bila dah cair tutup api, kacau2 sedikit masukkan telur
jangan masukkan telur ketika panas, nanti masak kurang kilat

2. masuk coklat 40 gm dan tepung ketika masih suam2 panas

3. jika sudah masuk dalam bekas untuk dibakar, jangan biar diluar terlalu lama, kedut kurang

4. jangan biarkan ketulan coklat kat atas tu, nanti coklat cair merebak tak kedut

5. paling penting, jangan underbake, tak kilat dan tak kedut

6. jangan overbake juga, kilat tapi keras

7. nak alas loyang tu guna kertas parchment paper kalau tak nak brownies melekat.  sebab ada 2 jenis kertas baking..
Komen
1 Komen

1 comment:

Qhaifa Nur said...

Salam ramadhan...

lama juga tak singgah sini, wani..
sekali tgk wani buat brownies kedut..yg hot tu
hajat mmg nk buat tp entah bila..

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign