19 February 2016

STRAWBERRY KERING ICEBOX COOKIES

ASSALAMUALAIKUM...


icebox cookies lagi..nama pun icebox cookies sebab doh ni disimpan dalam peti..  kali ini guna strawberry kering ..lamanya Q nak boleh buat,sebab memang wani dah cincang lama dah strawberry kering ni.lama sangat simpan dalam peti.hii  terlintas nak buat sebab suka jenis cookies yang ada masukkan buah-buahan kering macam ni. strawberry kering pemberian adik wani masa pergi Cameron Highland.. guna 1 paket mungkin dapat dalam 1/2 cawan ke 3/4 kot.. memang ikut letak je ni.. ,,boleh dipelbagaikan dengan buah-buahan kering yang lain

biskut ni rangup..kalau yang last wani buat, guna kismis hitam.. kali ini guna strawberry kering .. nampak menarik bila potong ..ada ketulan merah-merah pulak.. suka masa potong ni sebab surprise kat dalam tu..icebox cookies ni bagi wani paling simple buat tak susah.. cuma kena sejukkan dalam peti kalau nak potongan cantik macam ni.. hari ketiga baru wani ambil potong dan bake,, sebab tak sempat masa.. jadi jangan runsing , tak nak bakar pada hari yang sama simpan dulu, kan senang ,,bila-bila terasa nak makan , potong dan bakar,,

satu adunan ni banyak jugak la..resepi  masih sama macam yang wani buat yang ada kismis hitam tu.


STRAWBERRY KERING ICEBOX COOKIES
SUMBER: JOY OF BAKING

BAHAN-BAHAN
1 cawan atau 226 gm mentega
1 cawan atau 200gm gula halus
1 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 2/3 cawan tepung gandum atau 345gm (wani guna 2 cawan tepung gandum dan 2/3 cawan tepung jagung) 
1/2 sudu teh baking powder
3/4 cawan atau 175 ml buah-buahan kering contoh cranberries, mix fruits, dried apricot dicincang halus

CARA-CARA
1. putar gula halus dan mentega sehingga kembang dan gebu
2. masukkan telur dan esen vanila dan putar sehingga sebati
3. dengan guna senduk kayu, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati 
4. masukkan buah-buahan kering dan kacau sehingga doh mesra dan sebati.sekiranya doh lembik boleh tambah tepung sehingga doh boleh dibentuk dan tak melekat.
5. bahagikan doh kepada 3 bahagian,bentangkan cling wrap atau kertas timah.. (bergantung kepada panjang kertas timah atau cling wrap yang digunakan)
6. bentukkan doh menjadi bulat secara memanjang dan balutkan doh tadi dengan cling wrap.. kemaskan di hujung dengan lebihan cling wrap yang ada macam pembalut gula-gula
7. simpan dalam peti sejuk semalaman kalau nak potong dan bakar esok hari.. kalau nak bakar hari tu juga, sejukkan dalam 4 jam. tapi baik simpan semalaman
8. bila nak bakar , keluarkan dari peti sejuk dan terus potong tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Griskan loyang atau lapik dengan baking paper
9. pastikan masa susun atas loyang buang cling wrap yang melekat setiap potongan dengan hati-hati
10. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C dalam 18 minit. Atau sehingga masak keperangan.Kalau tak rasa perang lagi kat bawah boleh tambah masa beberapa minit

11. Dah masak keluar kan dari oven dan sejukkan terus atas wirerack untuk mengelakkan permukaan bawah biskut basah kalau lama2 dalam loyang


NOTA
1. Suhu ikut oven masing - masing 
2. Mesti orang tertanya - tanya kenapa wani potong terus sekali dengan cling wrap.. Ini kerana ikut pengalaman yang lalu, pernah  buang cling wrap dari doh.. Tapi masa nak potong doh tak berapa cantik dan kemas. cling wrap tu macam penyokong untuk kita pegang.. Takut nanti makin lama nak potong lambat -lambat doh berderai. 
3. Guna pisau yang tajam untuk potong doh
4. Masa pembakaran bergantung kepada ketebalan doh yang dipotong
5. nak bagi tahu awal2 doh wani buat ni terlembik ..jadi terpaksa tambah tepung. wani tambah tepung gandum sebab untuk 2/3 cawan tu dah guna untuk tepung jagung walaupun resepi asal tak guna tepung jagung. tak nak terlebih rapuh sangat, so,wani tambah guna tepung gandum.jadi jangan panik kalau rasa doh terlembik ya.. tambah tepung jer gaul sampai la tak melekat dan boleh dibentuk
6. Doh boleh disimpan dalam peti dalam 3 hari atau boleh frozenkan sehingga satu bulan untuk tahan lama



Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign