09 January 2016

MERAH JAMBU JADI KENYATAAN


setelah mendapat pelbagai reaksi dari netizen pasal stadium kelantan akan dicat warna merah jambu, maka keputusannya memang stadium akan dicat warna merah jambu.. perasaan wani amat bangga sebab ada orang yang sudi menaja nak menaikkan balik pasukan bola sepak Kelantan..usahawan wanita Kelantan pulak tu..  tak kisah lah apa orang nak kata,,, Nak condem ..Dato Vida.. dia ada strategi dia sendiri... kalau pergi Kota Bharu, stadium tu boleh lah dikatakan land mark tanda mercu di Kota Bharu, tapi sayangnya makin lama tengok, cat pun dah nampak pudar dah tak ada seri.. serius wani cakap.... tak nampak usaha nak cat semula,, dari pihak lain mungkin tak ada penaja barangkali.. bersyukurlah dato vida sudi nak taja dan nak cat balik memerlukan peruntukan RM 1 juta.. tak sabar pulak nak tengok hasil macam mana stadium dah berubah wajah.. mungkin stadium pertama di dunia cat warna pink hii... 

Kuala Lumpur: Pengasas produk kecantikan Pamoga Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida bersetuju untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan lebih daripada RM16 juta.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya juga bersetuju melantik usahawan kecantikan itu sebagai Penasihat Kehormat pasukan Kelantan.
"KAFA lantik Datuk Seri Vida sebagai penasihat kehormat KAFA dan pasukan. Beliau mempunyai idea yang sangat baik dan akan dapat mencampuri urusan dan kaedah tata kelola pasukan Kelantan," katanya selepas bermesyuarat dengan usahawan itu kira-kira dua jam di sini, hari ini.
Sementara itu, Datuk Seri Vida berkata, beliau gembira dengan perkembangan ini apabila KAFA turut bersetuju dengan 33 lagi syarat tambahan yang dikemukakannya dalam mesyuarat berkenaan.
"Dua syarat utama yang saya berikan sebelum ini bukan sekadar gimik dan mencari publisiti kerana saya mahu bawa satu anjakan dalam bola sepak Kelantan dan Malaysia," katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida menyatakan kesudian menaja pasukan The Red Warriors dengan dua syarat iaitu mahu Stadium Sultan Muhammad IV dicat semula dengan warna kegemarannya iaitu merah jambu.
Syarat kedua pula adalah menamakan semula pasukan Kelantan sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix
Satu majlis menandatangani perjanjian dan sidang media antara kedua-dua pihak akan diadakan pada 15 Januari ini di Kuala Lumpur.SUMBER DARI HARIAN METRO 


Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (20) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign