17 January 2016

MEE WANTAN SUP

ASSALAMUALAIKUM...


Baru nak post pasal masak-masak. minta maaf lah .. kurang sikit post pasal masak - masak.. dok merapu post benda lain kan ..tapi bila wani tiap- tiap hari cuba post entry baru..tengoklah trafik macam meningkat . tak adalah blog ni sunyi sangat..tak kisahlah wani post apapun, kalau berminat nak baca silakan, kalau tak berminat pun tak apa..   kalau masakan wani tu menjadi dan bersemangat nak ambil gambar boleh la post.. sebab kadang -kadang mood pun merudum bila nak ambil gambar.

baru nak guna mee wantan, baru- baru ini, buatlah mee wantan sup yang paling simple, yang penting cukup bahan. kalau nak gunakan ayam pun boleh tak kisah, tapi yang ni wani gunakan daging.. biasanya wani buat stok daging rebus ni.. rebus la dalam 1 kg..lepas masak dan empuk hiris nipis- nipis dan frozenkan.. sejak ada periuk noxxa wani buat macam ni memudahkan kerja,  senang kalau nak guna kemudian hari nak masak tom yam ke,, yang goreng-goreng yang bersup ke.. mudah.. stok daging tu kalau planning hari tu nak buat mee bersup ke,, gunalah stok daging ni tak adalah membazir, semua guna,, otak pun kena jadi bijak dah sekarang ni. yang penting planning kan.


mee wantan ataupun istilah bahasa inggeris egg noodles,  kalau tengok banyak resepi biasanya dimakan sekali dengan wonton maknanya untuk side dish..sebenarnya ada stok wonton skin tu,, tapi malasnya nak mengelim... nak buat yang simple lah dulu..lupa nak snap mee wantan..  mee wantan ni banyak kenangan, jatuh cinta pandang pertama kat JOhor, wani nak merasa ni kat Johor,, jauhnya cintaku, jarak bukan penghalang ,timur bertemu selatan haaa haa.  dahlah satu-satunya ada kat cafe Kolej 11, tempat wani belajar kat uni dulu.. oklah ya resepi dah wani olah ikut tekak wani sendiri.. macam-macam variasi boleh buat goreng pun boleh , tapi wani suka jenis bersup.. nak buat dalam periuk biasa pun boleh..sebab sup ni tak ada tumis-tumis

MEE WANTAN SUP

BAHAN - BAHAN
1.7 liter air atau secukupnya
Mee wantan 3 ketul 
1 kiub stok daging 
Daging 1 kg untuk rebus 
1/2 sudu besar serbuk lada putih 
Daun sup secukupnya hiris kasar 
Fishball secukupnya 
4 biji cendawan shitake kering direndam dengan air panas,air rendaman jangan buang 
Garam secukup rasa 
Minyak bijan 
Bawang goreng 
Sayur sawi secukupnya dicelur lepas sup masak yang masih panas

CARA - CARA
1. Mula - mula high pressure daging selama 50 minit. Air letak untuk tenggelamkan daging. Daging tu potong dalam 3 bahagian, jangan letak seketul terus. Tekan button hp 50 minit, tombol ke pressure dan on kan button
2. Lepas bunyi beep, lepaskan tekanan dengan putar tombol ke steam sehingga wap habis keluar, baru boleh buka tudung 
3. Keluarkan daging, letak dalam pinggan dan sejukkan. Lepas tu hiris melintang nipis - nipis. Stok daging tadi simpan untuk buat sup 
4. Ambil cendawan shitake, perah dan basuh sekejap dan buang batang yang ada kat  bawah, kalau besar sangat potong 2. 
5. Masukkan air rendaman cendawan shitake dengan menapis masuk ke dalam periuk noxxa
6. Masukkan fishball, daun sup, kiub daging dan serbuk lada putih 
7. Tekan low pressure 10 minit dan tekan button on.lepas bunyi beep keluarkan wap tekanan dengan putar tombol ke steam, lepas habis wap keluar boleh buka tudung. masa ni boleh lah tambah garam secukup rasa
8. Didihkan air dalam periuk untuk rebus mee wantan sehingga masak tak lama sangat, nampak lutsinar dah boleh angkat dan toskan
9. Toskan dan masukkan dalam mangkuk tuangkan sup dan letakkan bawang goreng, daun sup, titikkan minyak bijan sikit baru rasa pure chinese. Hidangkan

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign