07 December 2015

KISMIS HITAM ICEBOX COOKIES

ASSALAMUALAIKUM...


kali pertama wani buat icebox cookies masa last ramadan tahun ni.. masih lagi tahun ni ya.. hii.. coklat icebox cookies..walaupun dah lama save resepi tapi tak sempat nak buat.. last tertunai hajat bila buat masa bulan puasa nak buat untuk cookies raya..  bila dah buat kali pertama, dah jatuh hati dah sebab cara dia tak ambil masa lama sangat..cuma nak sejukkan dalam peti je la.. wani jenis orang sabar.. kalau buat hari ini simpan dulu esok ke boleh la potong-potong dan bakar ,, mudah tak payah main terap.. wani suka dengan cara macam ni.. rasa suka main potong-potong dah dari main terap-terap.. leceh kerja..

biskut sebenarnya kalau kita home bake macam ni lebih sedap makan terus kalau simpan lama tak berapa nak fresh kan.. simpan tu boleh tapi tak la lama sangat.. bila buat macam ni.. senang kita potong ikut kita bajet nak makan pun tak apa.yang ni wani dapat dalam 3 gulung ..ada yang baki tu gulung jugak dapat 1/2 gulung.. wani cuma potong guna 1 1/2 gulung.. boleh la dapat satu bekas sederhana..ni pun ada baki 1 1/2 gulung lagi ingat nanti simpan dulu, terasa nak makan biskut ..ambil terus potong.aii mudah kan..

sesiapa suka konsep " make ahead and bake later" boleh la buat cara macam ni.. nama lagi icebox cookies..wani guna kismis hitam kering ..sebab tengok masih ada banyak ..fikir nak buat cookies.. terhasillah icebox cookies..kalau nak guna buahan kering lain tak kisah.. atau nak campur pun tak kisah jugak.. campur kekacang ke tak kisah jugak.. semuanya tak kisah hii..biskut ni rangup.. Cubalah ya.. Lepas ni tak payah nak terap2 doh dah



KISMIS HITAM ICEBOX COOKIES
SUMBER: JOY OF BAKING

BAHAN-BAHAN
1 cawan atau 226 gm mentega
1 cawan atau 200gm gula halus
1 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 2/3 cawan tepung gandum atau 345gm (wani guna 2 cawan tepung gandum dan 2/3 cawan tepung jagung) 
1/2 sudu teh baking powder
3/4 cawan atau 175 ml buah-buahan kering contoh cranberries, mix fruits, dried apricot dicincang halus

CARA-CARA
1. putar gula halus dan mentega sehingga kembang dan gebu
2. masukkan telur dan esen vanila dan putar sehingga sebati
3. dengan guna senduk kayu, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati
4. masukkan buah-buahan kering dan kacau sehingga doh mesra dan sebati.sekiranya doh lembik boleh tambah tepung sehingga doh boleh dibentuk dan tak melekat.
5. bahagikan doh kepada 3 bahagian,bentangkan cling wrap atau kertas timah.. (bergantung kepada panjang kertas timah atau cling wrap yang digunakan)
6. bentukkan doh menjadi bulat secara memanjang dan balutkan doh tadi dengan cling wrap.. kemaskan di hujung dengan lebihan cling wrap yang ada macam pembalut gula-gula
7. simpan dalam peti sejuk semalaman kalau nak potong dan bakar esok hari.. kalau nak bakar hari tu juga, sejukkan dalam 4 jam. tapi baik simpan semalaman
8. bila nak bakar , keluarkan dari peti sejuk dan terus potong tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Griskan loyang atau lapik dengan baking paper
9. pastikan masa susun atas loyang buang cling wrap yang melekat setiap potongan dengan hati-hati
10. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C dalam 18 minit. Atau sehingga masak keperangan.Kalau tak rasa perang lagi kat bawah boleh tambah masa beberapa minit
11. Dah masak keluar kan dari oven dan sejukkan terus atas wirerack untuk mengelakkan permukaan bawah biskut basah kalau lama2 dalam loyang


NOTA
1. Suhu ikut oven masing - masing 
2. Mesti orang tertanya - tanya kenapa wani potong terus sekali dengan cling wrap.. Ini kerana ikut pengalaman yang lalu, pernah  buang cling wrap dari doh.. Tapi masa nak potong doh tak berapa cantik dan kemas. cling wrap tu macam penyokong untuk kita pegang.. Takut nanti makin lama nak potong lambat -lambat doh berderai. 
3. Guna pisau yang tajam untuk potong doh
4. Masa pembakaran bergantung kepada ketebalan doh yang dipotong
5. nak bagi tahu awal2 doh wani buat ni terlembik ..jadi terpaksa tambah tepung. wani tambah tepung gandum sebab untuk 2/3 cawan tu dah guna untuk tepung jagung walaupun resepi asal tak guna tepung jagung. tak nak terlebih rapuh sangat, so,wani tambah guna tepung gandum.jadi jangan panik kalau rasa doh terlembik ya.. tambah tepung jer gaul sampai la tak melekat dan boleh dibentuk
6. Doh boleh disimpan dalam peti dalam 3 hari atau boleh frozenkan sehingga satu bulan untuk tahan lama







Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign