03 November 2015

KEK BATIK MELETOP ( EGGLESS )

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

dok edit labels, jadi terupdate resepi2 dulu.. mintak maaf banyak2.. rasa nak meminimumkan sikit labels .. terutamanya dari segi kategori masakan.. 


aduhai tajuk memang meletop hii.. tak tahu nak letak tajuk sebenarnya ..asyik sama jer.. Lama dah rasa tak buat kek batik.. Setahun berapa kali mesti buat ,rasa tak lengkap kalau tak buat kek batik ni .. Kek yang mudah, budak2 pun suka.kalau kek batik ni, biasa dah ada 2 versi satu eggless yang satu lagi letak telur. Kalau wani memang lebih suka yang eggless lah.. Tapi ada setengah orang suka letak telur. Terpulang lah atas citarasa masing - masing.

Kalau buat yang eggless seminggu tahan lagi dalam peti.. Tak payah risau sebab tak ada telur hii.. Seingat wani dulu, ada komen pasal adunan coklat terlalu cair la, bila potong tak melekat la dan macam2 lah. Tip yang wani sentiasa buat ni senang jer, adunan coklat tu mesti dikacau sampai pekat likat sebelum letak biskut marie..warna coklat dah bertukar kehitaman. Dan satu lagi kena betul2 tekan biskut marie tu mampat2 masa dalam loyang. inysaAllah melekat la elok biskutnya.. kalau nak makan wani suka keluarkan lebih awal , biar biskut tu lembut sikit. 

oklah ya  resepi yang senang dan mudah .. kalau rasa rindu memang akan buat.resepi ni dah wani olah. tak la terlalu manis. 






KEK BATIK
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU

Bahan - bahan

400 gm biskut marie patahkan dua
100 gm marjerin @ butter
100gm gula
60 gm serbuk koko
60 gm milo
1 sudu teh nescafe
1 1/2 cawan susu cair

Cara membuatnya

1. masukkan marjerin atau butter, gula,serbuk koko, milo nescafe, air dan susu  cair ke dalam periuk

2. kacau sehingga sebati dan panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih

3. Kacau sampai adunan coklat betul - betul likat dan pekat.tengok kat belakang senduk coklat tu melekat tanda dah pekat, teruskan kacau dalam 2 minit dengan api perlahan sebelum tutup api.

4. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan dan gaul sehingga semua biskut bersalut dengan coklat. setelah sebati, masukkan adunan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas timah.

5. ratakan dalam loyang. Ambil cling wrap dan tutup permukaan atas loyang tu..lebihkan banyak sikit ya sebab nanti kita tekan cling wrap tu masuk ke dalam sikit. Tekan dengan tangan perlahan - lahan sambil mampatkan. Ambil sudip atau senduk bersih tekan sama rata macam dalam gambar.tip ni senang sebab tak kotorkan tangan dan sudip

6. setelah mampat, sejukkan adunan di dalam peti sejuk seeloknya semalaman, nanti nak potong telangkupkan loyang buang kertas timah dulu dan terus potong sejuk - sejuk, simpan dalam bekas (permukaan plastik wrap tu arah ke bawah, tak tanggalkan tak apa nanti senang nak potong )


NOTA : sebenarnya kalau nak kacau adunan coklat macam ni , elok kalau guna periuk yang berkualiti sikit, barulah adunan coklat tu panasnya sekata. 








Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign