23 October 2015

APAM PANDAN

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

makin teruk dah jerebu kat sini.. lagi teruk dari yang sebelumnya ...kalau kat kelantan dah macam ni.. tak dapat bayangkan kat KL tu macam mana ..semalam abah wani, siap pesan -pesan, sembahyang sunat taubat tu hari2 kalau boleh.. tengok keadaan bumi kita pun  awan tak nampak , matahari pun kuning tak nampak,malam bulan pun kuning,  bau asap lagi.... hari kiamat datang pun manusia dok tengah leka .. allahuakbar . rasa insaf jap.. rasa hari ini ada solat hajat seluruh negara.. mudah- mudahan,hujan rahmat datang turun bawa tiup jerebu pergi.. ya Allah maafkanlah kekhilafan diri kami manusia yang tak lari dari kesilapan.. panjang lebar muqaddimah.. risau tengok jerebu kali ini..


dah beberapa hari tak ada entry, maka hari ini pasal entry kuih.. agak jarang wani nak buat segala jenis apam.. kalau buat pun tak berapa masuk dengan taste wani.. itu yang tak tayang kat blog ,tapi yang paling wani suka apam beras eno tu .. yang lembut sangat.. pernah buat rasanya apam beras jenis yang tak letak eno.. apam nampak naik.. tapi tak gebu.. memilih2 jugak la wani dengan apam ni.. selalu bila time on nak buat apam nak try guna eno ..selalu la tak ingat ohh eno  lupa beli .. sampai sekarang la tak terbuat adoi..

kali ni buat apam pandan sebab ada lebihan baki ekstrak homemade pandan hari tu.. takut jugak simpan lama2 sangat. kesimpulannya .. sedap makan time bila baru angkat kukusan tu.. lembut jer.. bila dah lama sikit hilang suam2 tu.. macam tekstur padat sikit.. tak makan dengan kelapa parut sebab tak ada stok.. bab nak beli kelapa parut ni ,, susah betul bukan senang.. bila kempunan nak buat kuih yang ada kelapa parut.. memang susah sikit nak dapat..

oklah ya perkongsian resepi kat bawah ,, tak tahu pulak siapa owner resepi ni .. banyak sangat orang share kat facebook.. kita reti ambil copy jer.. huu.. apapun terima kasih , sudi berkongsi resepi , panjangkan resepi, kat sini.. selamat mencuba. ..

APAM PANDAN

BAHAN A
1 sudu besar yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu teh gula pasir

( disatukan dan biarkan naik atau berbuih )

BAHAN B
1 cawan gula pasir
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 cawan air pandan ( 12 helai daun pandan + 2 cawan air dimesin halus )
pandan emulco secukupnya - jika tak guna air pandan
pewarna hijau

( disatukan dan dimesin )

BAHAN C
kelapa parut putih
sedikit garam

( digaul rata dan kukus sekejap )

CARA- CARA
1. dalam bekas , campurkan bahan A dan B. gaul sebati
2. biarkan selama 1 jam hingga naik 3 kali ganda
3. acuan disapukan dengan sedikit minyak
4. bila adunan dah naik, masuk dalam acuan dan biarkan sekejap, lebih kurang 10 minit
5. panaskan kukusan dulu, dan kukus dengan api sederhana selama 20 minit atau sehingga masak.. cucuk dengan lidi tak melekat
6. sejukkan, baru keluarkan dari acuan
7. sedap dimakan dengan kelapa parut putih


Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (20) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign