02 July 2015

7 CARA UNTUK MENGHILANGKAN BAU BUSUK MULUT KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum

                                                           Gambar sekadar hiasan

Salam semua 

Alhamdulillah kita dah melalui fasa kedua ramadan, cepat masa berlalu.makin lama dah makin buntu dah nak masak apa..kali ini rasa nak lebih simple.. walaupun dah 15 hari puasa, rasa semua orang mengalami masalah yang sama kan ..mulut cepat berbau bila tiba time puasa kan.. Jom kita baca macam mana cara untuk menghilangkan bau mulut..sampai ada satu cara yang wani rasa eh kenapa lah tak buat cara ni kan. Bila tengok ke cara ni yang nak dielak makan semua wani makan hii yang pentingnya minum air tu takut badan dehidrasi

Sumber info di SINI .Sepanjang bulan puasa, kita hanya makan dua kali iaitu bila bersahur dan berbuka puasa.
Ini menyebabkan mulut menjadi kering kerana pengaliran air liur yang sedikit apabila tidak makan sepanjang hari.
Apabila mulut kering, sel-sel mati dan bakteria berkumpul di lidah, gusi dan bahagian dalam pipi. Sel-sel itu kemudian mula membusuk dan mengeluarkan bau mulut yang tidak menyenangkan.
Jadi apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau menghilangkan bau mulut busuk ketika berpuasa?
1. Makan sayur dan buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan bau mulut yang kurang menyenangkan ketika berpuasa. Jadi pastikan anda makan sayur dan buah-buahan ketika bersahur.
Sayur dan buah-buahan juga membersihkan gigi secara semula jadi dengan menghilangkan plak gigi.
2. Kumur dengan soda penaik
Soda penaik boleh digunakan untuk menghilangkan bau mulut busuk. 
Campurkan satu perempat gelas soda penaik dengan dua sudu makan lemon dan garam.
Kemudian kumur mulut dengan campuran tersebut yang akan membunuh bakteria dalam mulut. 
3. Elak makan bawang 
Elak daripada makan makanan yang mengandungi banyak bawang merah dan bawang putih. 
Ini kerana bau bawang merah dan bawang putih akan bertahan selama anda berpuasa. Malah bau itu tidak akan hilang walaupun sudah makan makanan lain.  
4. Elak makan keju 
Jika tidak mahu mulut berbau, anda juga perlu elak makan keju dan makanan yang mengandungi keju.  
Namun jika masih mahu makan keju, anda perlu menghisap potongan lemon selepas makan. Lemon berfungsi untuk membunuh bakteria dalam mulut.  
5. Banyak minum air 
Dehidrasi atau kekurangan air bila berpuasa merupakan salah satu punca yang membuat mulut berbau.  
Pastikan banyak minum air ketika bersahur dan juga berbuka puasa. Badan anda memerlukan sekitar tiga liter atau 13 gelas air ketika berpuasa.  
6. Gunakan ubat cuci mulut
Selepas makan sahur, gunakan "Mouthwash" atau ubat cuci mulut.
Selain berfungsi memberi bau mulut yang segar, ubat itu juga membersihkan sisa makanan yang masih melekat pada gigi.  
7. Makan banyak karbohidrat
Kekurangan karbohidrat dalam tubuh boleh menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.
Karbohidrat yang cukup, di tambah dengan pisang, gandum, dan bijirin boleh mencegah mulut berbau.
Namun di samping cara-cara demikian, tentunya ada hadis yang mengatakan bahawa bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dari minyak kasturi.  

Komen
1 Komen

1 comment:

anajingga said...

tips yang baik wani, tq so much :)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign