02 June 2015

MOCHI BIJAN

ASSALAMUALAIKUM...


Dah masuk bulan 6 dah .. Tak kurang 2 minggu lagi nak puasa.. Pergi singgah kat mydin semalam dah mula jual segala keperluan nak raya.. Tak sempat puasa pun lagi huu masuk dalam tu macam dah suasana nak raya.. ...blog ni pun beberapa hari menyepi.. Wani share untuk hari ini entry yang tertangguh

Mochi sebenarnya berasal daripada perkataan jepun dan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung pulut ni sangat terkenal juga dekat Jepun..ia macam ala snek kat sana dan biasanya bentuknya bulat dan diletakkan dengan pelbagai jenis inti kat dalam tu. colorful pun ada.. Kreatif orang Jepun ni. Dan mochi ni disalut dengan tepung jagung tak nak bagi melekat masa kita bulat bulatkan tu.


Disebabkan kuihnya mempunyai kesamaan dengan kuih orang cina ,jadi Muah Chee, panggilan dalam bahasa cina juga menjadi salah satu kuih ataupun snek kat Malaysia.wani dah banyak kali buat mochi ni sebab mudah dan simple kalau ikut resepi ni.. Kalau buat untuk pencuci mulut nak buka puasa pun amat direkomenkan sebab mudah. Sebelum ni pernah baca dekat web,tradisi orang dulu -dulu, mochi ni main kukus pun ada..dan zaman sekarang ni nak guna microwave pun boleh.  Bagi wani nampak renyah nak buat cara macam tu. jadi ikut resepi ni, biasanya buat untuk bahan salut mochi tu hanya dengan campuran kacang tanah, bijan dan gula .tapi kali ini wani buat ala savory mochi sebab salut dengan bijan panggang sahaja.. Rasa malas time tu nak mesin kacang semua tu hiii dan mochi ni ada bawang goreng kat dalam..


Ikut resepi asal hanya guna minyak bawang, tapi wani tak nak bazir so gaul sekali dengan bawang goreng tu.. Dah goreng bawang tapi tak guna..hasilnya, Tak menghampakan sedap jugak.. Gigit jugak bawang goreng tu dalam mochi. Kepada sesiapa nak ikut resepi asal tak kisah ada kat bawah.. Kalau nak kelainan letak sekali dengan bawang goreng tu.. Sedap jugak. 

Satu adunan ni ngam2 untuk sorang paling tidak pun 2 orang hiii.. Yang penting kena ada pemanggang ajaib nak ikut resepi ni ya.. Mesti setiap rumah ada pemanggang ajaib kan.. Memang ajaib sungguh la .. Bila guna pemanggang ni kan. Sekarang ni pun dah murah. Tak rugi kalau beli macam macam brand pulak kat market.resepi yang wani dah olah..selamat mencuba !!

MOCHI BIJAN
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN -BAHAN
1 cawan tepung pulut
3/4 cawan air
1 sudu besar gula halus ( wani guna sudu makan ) 
2 ulas bawang merah dihiris nipis
1/2 cawan bijan  panggang secukupnya

CARA-CARA

1. Satukan tepung  pulut dan air ke dalam satu bekas. Masukkan gula halus.. Kacau sehingga sebati. Ketepikan
2. Mula- mula kena sediakan untuk minyak bawang. Panaskan minyak letak sikit sahaja minyak dan Goreng bawang merah sehingga keperangan 
3. Tuangkan campuran tepung pulut tadi ke dalam  pemanggang ajaib dan dengan api yang sederhana, kacau sehingga ia bertukar menjadi bebola doh yang lembut 
4. Masak dalam 3 - 4 minit sampai doh menjadi licin tak melekat dan nampak transparent.
5. Angkat doh tadi dan letak atas pinggan yang telah diratakan dengan separuh bijan panggang. Sebenarnya tak nak bagi melekat kat pinggan.
6.tekan -tekan sikit biar doh jadi nipis dan boleh potong dengan pisau untuk saiz kecil seterusnya salut dengan lebihan bijan panggang tadi.
7. Boleh dihidangkan terus. 

NOTA: buat tengah hari dan tahan sampai ke malam.. Tekstur chewy tak berubah.



HOMEMADE MUAH CHEE IN 15 MINUTES
SUMBER: ELLENAGUAN

Ingredients
1 Cup Glutinous Rice Flour 
3/4 - 1 Cup Water
 1/2 Teaspoon Sugar 
1.5 - 2 Tablespoons Shallot Oil/Cooking Oil 

Peanut Coating:
 1.5 Cup Peanut Powder
 1 - 2 Tablespoons Caster Sugar, optional 
 1 Tablespoon White Sesame Seeds, optional 


Method:- 
1. Prepare shallot oil either using microwave method(HERE) or directly from the HCP. (saute 4 thinly sliced shallot with 2 tablespoons of oil in HCP over low heat till golden brown, remove the shallot and leave the oil in the pan) 
2. Place glutinous rice flour and sugar in a mixing bowl, slowly stir in water with a whisk till well combined. 
3. With HCP on medium low heat together with the shallot oil, slowly swirl in the flour mixture and stir it using a wooden spoon/chopstick or spatula till it begins to form a soft dough. 
4. Lower the heat and continue to toss and cook the dough for another 3 - 5 minutes (depending on the heat) till the dough is smooth and slightly transparent on its surface. Remove and set aside on a oiled plate/container. 
5. Using kitchen paper towel, wipe off the oil from the HCP and add in the sesame seeds. Toss it over low heat for about 2 minutes(stirring in between) before adding the peanut powder and stir till fragrant(another 2 minutes or so). Set aside to cool for about 3 minutes before stirring in the caster sugar and mix well. 
6. Transfer the cooked glutinous rice dough to the peanut mixture, toss well and cut it into bite size pieces and serve. 

Komen
2 Komen

2 comments:

Mayang ABDUL RAZAK said...

selalu beli mochi inti kacang merah.. mmg suka.. manis....

Mel said...

uniknya. tak pernah makan ni. ke pernah makan tapi tak tahu..hohoh

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign