13 March 2015

KUIH BAKUL GORENG DENGAN UBI KELADI (YAM NIAN GAO FRITTERS)

ASSALAMUALAIKUM......


salam semua

sekarang dah musim panas ni ,, rasa dalam kepala ni nak buat macam2.. nak belajar buat macaroon sampai sekarang tak terbuat2.. rasa nak buat pavlova lah.. ada terbaca tip kalau nak buat macaroon dan pavlova ni kena nanti hari panas,, kalau hari hujan tak berapa nak jadi ..adakah benar teori tu.. ada siapa boleh bagi tahu tak..

oklah ya,  hari tu wani terbeli kuih bakul.. lama sangat simpan.. sebab sebenarnya dah lama plan nak buat sesuatu dengan kuih bakul ni.. kalau dulu ternampak boleh goreng kuih bakul ni. sandwich dengan kepingan ubi keladi ada jugak kepit dengan ubi keledek .. nampak sedap sangat ..membuak-buak masa tu nak cuba buat suatu hari nanti..alhamdulillah tercapai jugak hajat.. memang sedap rasa macam tak cukup.. bila goreng tu kepingan kuih bakul tu jadi lembut memang masuk la goreng dengan ubi keladi ni..



kita goreng macam nak goreng pisang tu.. best masa part makan time baru angkat dari kuali.. memang best makan panas2 ya.. kalau dah sejuk ..kureng sikit.. nanti lain kali nak buat wani nak potong tebal sikit ubi keladi tu.. raya cina dah lama lepas ..wani baru nak pos kuih bakul goreng ni hiii ... kuih bakul ni kebanyakannya mereka nak habiskan ,, mereka akan goreng dengan cara ni.. jom semak resepi,wani ambil dari roti n rice.. lagipun senang cara nak buat.. batter dia tu rangup ..

KUIH BAKUL GORENG DENGAN UBI KELADI 
SUMBER: ROTINRICE

BAHAN-BAHAN
ubi keladi secukupnya boleh dipotong macam gambar kat atas
nian gao aka kuih bakul dipotong empat segi 
minyak secukupnya untuk goreng

bahan untuk batter : 
1 cawan tepung beras 
1 biji telur 
1/2 sudu teh garam 
1/2 cawan air 

CARA-CARA 
1. ubi keladi dipotong dan susun dengan kepingan kuih bakul  macam gambar kat atas tu. kuih bulan simpan dalam peti terlebih dahulu  nanti nak potong senang sebab ia keras.
2. untuk batter, campurkan kesemua bahan dan gaul sebati .. ketepikan sekejap
3. panaskan minyak dalam kuali, celupkan kepingan nian gao tadi ke dalam batter dan goreng biar tenggelam dan masak hingga keperangan ..balikkan kedua-dua belah untuk masak sempurna
4. siap dan sedia terus untuk dihidangkan 


Komen
2 Komen

2 comments:

adda syuhada said...

salam singgah.. emm sedap ni ..

Wani said...

Memang sedap.. nanti next year nak buat lagi hii

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (20) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign