11 March 2015

IKAN MASAK CUKA

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua

hari mendung tapi nampak macam nak hujan.. tunggu punya tunggu hujan tak turun.. kat tempat kalian semua macam mana ya.. oklah ya teruskan entry hari ini..

sebenarnya hari tu kan fikir nak masak untuk lunch,, wani macam dah jamm nak masak apa dengan ikan...kadang-kadang otak pun jam nak main masak apa,,tiba-tiba bonda wani tersebut kalau buat ikan masak cuka ni sedap masakan sedap.. kalau sebelum ni pernah la buat masak cuka tu tapi yang biasa2.. baru perasan macam dah lama tak buat ikan masak cuka .. sebab wani memang jarang nak letak cuka dalam masakan..

disebabkan dah terlalu lama,, rindu punya pasal.. siap search lagii betul ke bonda cakap ikan masak cuka ni masakan kedah :D.. ehhh bila search.. memang betul la bonda wani cakap nihh.. :D.. resepi ni wani terjumpa dekat dapur kak noor.. kak noor kan orang kedah.. memang tahula masakan ni.. habis dah dok pikiaqqq.. masok je la ikan masak cuka.. kali kedua dah wani buat ni.. kali pertama buat dengan ikan apa entah ..bonda cakap sejenis ikan laut.. wani memang buta ikan...  kalau orang tanya ikan apa.. :D.. kali pertama buat tu semua irang kata sedap,, lebih- lebih lagi bila ikan tu semalaman nak suruh masuk perisa semua ,,, lagiii sedap...

oklay ya jom cuba buat  resepi yang mudah dan menyelerakan ni...

IKAN MASAK CUKA
SUMBER: BICARA KAK NOOR

Bahan-bahan nya

Beberapa ketul isi ikan ( tak kisahlah ikan apa digaulkan garam dan kunyit dan goreng)
1 inci halia dihiris kecil memanjang
7 ulas bawang merah di belah dua
5 ulas bawang putih jugak dibelah dua
1 sudu lada hitam di kisar kasar
1 sudu jintan manis di sangai dan di kisar
1 1/2 sudu cuka
sedikit kunyit serbuk, biji sawi,cili padi dibelah
minyak,garam dan gula

Cara - cara 
Panaskan sedikit minyak tumislah, halia,bawang merah dan putih masukan biji sawi dan bahan kisar dan tumis lah sehingga wangi masukan sedikit kunyit serbuk,cuka dan air secukupnya
Sudah mendidih masukan ikan yg telah digoreng dan cili padi yg di belah jugak garam dan gula sedikit
Masak cuka ni rasa nya mesti ada rasa masam,manis dan masin,jadi kalau buat belum cukup salah satu nya boleh lah tambah apa2 yang kurang ya,kalau tak, tak kick lah masak cuka tu tau!!
Boleh jugak ditambah kacang panjang yg dipatah2kan didalam masak cuka ni
Seeloknya masak cuka ni dibuat dan disimpan semalaman baru best dimakan,menjadikan dia lebih MESRA gitu ..



Komen
3 Komen

3 comments:

Mel said...

ok..terliurr...sebab kegemaran sangat ni. uhuu

Wattie said...

Wani,
Kak pun tak pernah buat masak cuka ni, tp melihat pd resepi rasa mcm nak sama dgn rendang asam, cuma bezanya cuka digantikan dgn air asam jawa, mmg sedapla.

Wattie said...

Wani,
Kak pun tak pernah buat masak cuka ni, tp melihat pd resepi rasa mcm nak sama dgn rendang asam, cuma bezanya cuka digantikan dgn air asam jawa, mmg sedapla.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign