15 March 2015

CHOCOLATE CHEESE TART

ASSALAMUALAIKUM...





salam semua 

cuti sekolah dah bermula..selamat bercuti buat yang bercuti ..kadang-kadang terfikir macam benda sama jer taip..maklumlah dalam setahun ada musim perayaan, musim sekolah, musim cuti.. musim buah, musim kahwin hii macam-macam musim lagi.. 

oklah tanpa melengahkan masa update yang ada dalam draft.dah lama betul wani tak buat cheese tart..terbelek folder lepas wani buat cheese tart kali pertama..senyum sorang-sorang pulak tengok gambar.. kurang nak menjadi tak comel pulak tu.. rasa ni kali ketiga wani buat dan post kat sini..kali ini buat chocolate cheese tart.alhamdulillah rasa puas hati lah ..simpan semalaman doh dalam peti sebelum press ke dalam tart mould keesokan hari..satu adunan ni dapat dalam 21 biji tak silap 

tip yang kak nor bagi tu untuk bakar cheese filling tu menjadi.. alhamdulillah taklah hangus kat atas tu.biasa wani bakar mesti kering dan nampak nak hangus.. huu oklah ya kita semak resepi ..terima kasih penyumbang resepi.. mesti orang terkejut untuk susu segar tu wani gantikan dengan susu tepung hiii.. masuk susu tepung ni crust jadi rapuh ..wani suka.. 

cucuk kat dasar tu ya tak nak bagi puff up.. itu pun wani ada tertinggal dalam 3 bijik tak ingat cucuk hii






CHOCOLATE CHEESE TART 
Bahan2:
Pastri:

125g butter
60g gula kaster
1 sk esen vanila
1 sb susu segar ( ganti dengan 1 sudu besar susu tepung )
1 biji kuning telur
200g tepung gandum, diayak
50g serbuk koko, diayak

Cara2 membuat pastri:
1. Pukul butter bersama gula & vanila hingga kembang & gebu.
2. Masukkan kuning telur & susu segar, pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum & serbuk koko yang telah diayak. Gaul rata hingga menjadi doh. Balut guna plastic wraper & sejukkan selama 15 minit.
4. Bentukkan doh dengan kemas dalam acuan. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau hingga pastri garing tetapi tidak hangus. Biarkan sejukkan atas wirerack.

Cheese filling:
250g cream cheese
20g butter
60g gula aising
1 sk esen vanila
1 biji telur
120g fresh cream ( tak letak ) 

Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese bersama dengan butter, vanila & gula hingga lembut.
2. Masukkan telur & pukul sebati.
3. Kemudian, masukkan fresh cream & pukul hingga agak pekat. Masukkan filling kedalam piping 
bag, gunting sedikit hujungnya.
4. Paipkan cheese filling kedalam pastri yang telah sejuk tadi. Boleh letak apa2 perisa inti jika suka
5. Bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau hingga filling masak, guna api bawah sahaja. Sejukkan dahulu sebelum di hidang. Hiaskan jika suka.

# Inti akan naik sedikit apabila sudah masak, matikan oven, buka pintu oven sedikit & biarkan inti 
turun baru dikeluarkan dari oven supaya tidak merekah.



Komen
1 Komen

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign