20 February 2015

LIGHT BLUEBERRY CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM....



salam semua

pada kesempatan ini, nak ucapkan jugak SELAMAT TAHUN BARU CINA, GONG XI FA CAI, XIN NIAN KUAI LE, HAPPY LUNAR NEW YEAR, HAPPY CHINESE NEW YEAR habis ku sebut..kepada masyarakat cina yang menyambut seluruh dunia ni.. .hiii begitulah ya semuanya happy bila hari raya tiba.. maklumlah Malaysia kan terdiri daripada masyarakat majmuk ,, kita pun boleh tumpang cuti hii.. tak gitu kan ..mesti ramai balik kampung ni.. tahun ni tak sempat nak buat kerepek ngaku.. nak kata tak sempat tu.. biasanya bila wani tengok dah kecut.. emm tak apalah nanti tunggu next year la kalau rajin.. rasa tahun ni tak berapa nak rajin..

sebelum terlupa, siapa-siapa yang masih tak join lagi lets masak tu.. jom cepat-cepat join ..boleh klik SINI.wani pun dah siap letak banner kat ruang sebelah kanan..boleh jugak klik kat sana..rugi sungguh tak join tau.. wani sekarang ni macam ada 2 blog pulak hii.. kalau rajin dan cepat ..resepi terupdate awal kat sana la.. sebab dia bukan main boleh cerita macam kat blog ni.. terus taip resepi apa kat sana.. tapi akan update jugak kat sini cuma lambat sikit jer la.. tak palah slow2 kat sana, lama2 jadi bukit..kita bukan taip resepi tu sia sia jer. dapat point lagi dan boleh redeem cash... hii.. sebab itu wani cakap rugi kalau tak join..nak join pun senang jer .. guna link facebook terus join..

oklah ya, terus kepada entry hari ini..kempunan nak makan cheese kek.. maka terjumpalah resepi ni ..walaupun sebelum ni pun dah banyak kali ulang tayang.. tapi resepi lain2 ya.. bila tengok resepi ni ,eh guna 3 biji telur jer.. emm cuma resepi dia tu , dia buat macam lapis2 blueberry filling tu,,wani hanya paipkan permukaan atas jer.. sedap..sambil gigit2 kek sambil telan2 blueberry filling tu ..masuklah jugak..


banyak yang wani dah ubah suai resepi ni,, ikut cara sendiri.. boleh lah tengok nota kat bawah tu..itu untuk permerhatian wani la .. jadinya next time boleh tengok nota tu la.. takut la lupa mana tahu kan.. lagi lama sikit lagi sedap tapi best makan sejuk2 la.. nyaman tekak.. kalau bab2 membakar ni pulak terutama sekali cheese kek ni ..wani kena bakar api bawah sahaja.. barulah kat atas tu tak nak berapa hangit sangat..yang ni pun cantik elok warna kat atas selepas bakar ..hiii puji untuk diri sendiri lak..

terima kasih ha sue.. atas resepi yang mudah dan sedap ni.. lagipun penggunaan telur yang minimum hanya 3 biji sahaja dan guna keju keping tu .. dah boleh jadi cheese kek yang mewahhhh..SELAMAT MENCUBA  dan happy baking



LIGHT BLUEBERRY CHEESECAKE
SUMBER:SU HASUE
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN

300ml susu segar 
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90 gm gula halus
110 tepung gandum 
1 sudu kecil esen vanilla
110 gm mentega / marjerin 
blueberry filling secukupnya 
* 1/8 sudu teh krim tartar ( wani letak ) 

CARA-CARA 
1. panaskan oven pada suhu 180C, gris loyang dengan mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper
2. dengan api perlahan, panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. kacau sehingga cair dan masukkan mentega. kacau sehingga cair dan ketepikan
3. asingkan putih dan kuning telur
4. pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga berbuih baru masukkan krim tartar dan putar dengan kelajuan tinggi sambil diselangseli dengan gula halus sampai la menjadi meringue ( adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan tak tumpah ) 
5. pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yang dipanaskan tadi. kacau perlahan
6. ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati
7. setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
8. masukkan esen vanila dan sebatikan adunan
9. ambil loyang yang sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan. picitkan blueberry filling ( gunakan icing bag atau plastik bersih yang digunting sedikit hujungnya? dengan cara bulatan di sekeliling adunan
10. setelah itu, cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
11. bakar pada suhu oven yang telah dipanaskan ikut suhu oven masing-masing dengan menggunakan kaedah bain marie ( letakkan loyang adunan di dalam loyang yang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar selama 50 minit atau sehingga masak 

NOTA: 
1.biasanya, wani akan pukul kuning telur dulu dan siap untuk adunan cheese, baru wani pukul putih telur sebab tak nak meringue tinggal terlalu lama setelah dipukul siap

2. pukul kuning telur dengan 1 sudu besar gula halus sehingga berbuih dan pucat ( adunan agak berkrim )

3. guna loyang bulat 8"

4. untuk mendapatkan tekstur cheese kek yang sekata, bakar dalam 1 jam 20 minit atau sehingga masak, guna api bawah sahaja suhu 150 C. bakar sampai permukaan atas tu agak keperangan. pastikan suhu oven masing-masing

5. pastikan kek berada dalam oven sekejap setelah masak,, tak nak bagi kek kecut mengejut ,,biarkan dalam 20 minit ,,lepas tu baru buka pintu oven sikit nak bagi wap keluar


Komen
5 Komen

5 comments:

Mel said...

Assalam.

Ya Allah, cantiknya texture cheesecake nI..
Ni yang melonjak2 nak buat juga ni. Tapi kena cari idea tukar blueberry, kurang gemar rasanya..uhuu

---
Btw, domain tu registered url sendirI. Exclusive sikit. Cth galeriduniaku.com @ galeriduniaku.com.my @ galeriduniaku.net @ galeriduniaku.my. Kita buang perkataan blogspot tu.
Renew sebelum tarikh tamat. Setahun sekali gitu. Bayar la sikit. Gituu ^^

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

mai sepotong..

Bbwana adienia said...

light cheese cake wani tu mengancam..wana ni penggemar cheese.. :D

Wani said...

eh ya ke.. sama lah kita hii

Wani said...

oohh baru tau..jakun sungguh..patutla blogger tersohor ada dot com... tapi kena bayar lak hiii

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign