22 January 2015

KEK CHIFFON OREN MARBLE ( GUNA TEPUNG BERAS )

ASSALAMUALAIKUM...



Salam semua, rasanya blog wani ni sampai sekarang hitam jer design.. tak tertukar langsung .. tak reti nak main tukar.. kalau ada sape2 nak sponsor ... bagi langsir baru blog wani ni alangkah leganya hati hiii.. oklah kita teruskan ceritera hari ini

kek chiffon untuk kali pertama tahun 2015.. lama jugak plan ni last last pilih resepi ni sebab nak habiskan buah oren dalam peti.. lama sangat dah buah tu.. :D.. dan kali pertama jugak  guna tepung beras untuk buat kek chiffon ni.. sebenarnya dah lama tengok resepi yang guna tepung beras buat kek chiffon ni .. tapi tak ada keberanian nak mencuba.. kalau guna tepung jagung tu dah biasa dengar... 

first time experiment ni macam biasa2 ajeee... tekstur pun macam kek cipon la jugak.. ish dah nama pun kek cipon hiii.. buat effect marble pun tak kurang nak menjadi.. ..resepi kek ni lari sikit dari versi asal... wani dah melayukan resepi ni hii.. nampak cara dia buat tu macam putar belit bagi nampak susah.. jadi wani dah translate bagi nampak senang pulak.. oklah ya .. harap faham lah ya ... terima kasih penyumbang resepi ... panjangkan kat sini pulak...

ORANGE MARBLE RICE FLOUR CHIFFON CAKE 
SUMBER: easy recipe
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN- BAHAN A

5 biji telur kuning ( saiz A )
15 gm gula castor ( wani guna 1 sudu besar )
40ml minyak jagung
50 ml jus oren dan parutan kulit ( tak letak parutan kulit oren )
60gm tepung kek ( wani guna tepung biasa jer )
30 gm tepung beras
1/4 sudu teh garam ( wani tak letak )

BAHAN-BAHAN B

5 biji putih telur
1/4 sudu teh krim tartar ( optional )
45 gm gula castor
30 gm coklat masakan ( dicairkan dengan cara double -boiler dengan 1 sudu besar susu ( wani guna susu cair
1 sudu teh esen coklat ( optional )

CARA- CARA
1. ayak kedua jenis tepung dan campurkan garam ..sekiranya letak garam.
2. asingkan putih dan kuning telur dalam mangkuk yg berasingan
3. pukul kuning telur dan gula sehingga sebati, masukkan minyak jagung dan oren jus serta parutan kulit limau.. pukul lagi sehingga semuanya bergaul sebati.
4. masukkan tepung sikit demi sikit sehingga sebati
5. dalam mangkuk lain, putar putih telur sehingga berbuih , masukkan krim tartar, putar lagi dan masukkan gula perlahan -lahan ..( masukkan dalam 3 kali ) dan putar kelajuan tinggi sehingga menjadi kembang dan bertanduk ( jangan terlebih putar )
6.ambil dalam 3 sudu besar bahan A dan gaul sebati dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan ambil dalam 1/4 meringue dan kaup balik sehingga sebati.
7. putih telur yang selebihnya dikaup balik dengan bahan A sehingga sebati. tuangkan kedalam loyang chiffon berselang seli dengan adunan coklat. buatlah corak marble kalau nak.. hentak sikit loyang sebelum bakar nak bagi keluar buih buih yang terperangkap..
8. bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 45 minit dalam suhu 150 C
9. bila dah bakar, terus keluar dari oven dan terbalikkan loyang tu tunggu sehingga suam suam sikit baru terbalikkan dan keluarkan kek dari loyang chiffon

NOTA: MASA BAKAR TU SEKIRANYA DAH NAMPAK MACAM BROWN KAT ATAS TU DALAM 25 MINIT PERTAMA , BOLEH COVER DENGAN ALUMINIUM FOIL TAK NAK BAGI HANGUS .. WANI SELALU BUAT MACAM TU... 



Komen
6 Komen

6 comments:

Nooriah Abdullah said...

assalmualikum wani, kaknoor pun mmg tak arif pasal tukar2 langsir ni selalu anak2 yg buatkan hehee kaknoo tau jalan jeee btw kek chiffon tu mcm gebus gebas je nnt boleh kaknoor try

Liza said...

salam wani..lama dah akk tak mengcipon...hihihi

Bbwana adienia said...

cantiknya kejadian kek sifon walau guna tepung beras kan wani..wana baru tau pula hari ni yang boleh guna tepung beras..wani, jom belanja wana kek sifon..teringinnyaaaa sebab wana x terer buat kek sifon..huu

Mel said...

Nampak gebu tu.. nak cuba kena p cari krim of tartar ni

Wani said...

hiii adei nak belanja tu jauh sangat pulak... nak post rasa macam x padan hii berkulat dulu gamaknya kek..

Wani said...

hii boleh try buat ya

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign