KEK BATIK ARORA

ASSALAMUALAIKUM....



salam semua 

salam jumaat nak cerita pasal kek.. entry ni berderet - deret mengekek je kan... ni buat sebab nak tengok butter nak expired hiiii.. dah la main buntu2 time nih rasa macam nak buat kek butter .. lagipun memang dah lama sangat wani tak main putar kek macam ni .. jarang betul nak buat kek2 macam ni.. sebab malas nak keluar mixer hii... apapun terpaksa la buat ..dan kali ini buat kek batik arora .. emm tengok ke resepi macam nak buat kek butter jer cuma ada corak warna warni ..

entah menjadi ke tak aroraku tak beraura mana pun hii... kalau kek2 macam ni memang minum dengan air kopi sedap buat minum petang..kek ni pun memang meletoppp di kalangan blogger dulu dulu..  cuma wani jer angin baking tu lambat sikit ...lagipun resepi ni pun senang jer.. terima kasih sudi kongsi resepi.. panjangkan kat sini pulak.. gambar tak berapa nak cun pulak sebab time tu macam nak hujan .. tak apalah .. oklah ya selamat berhujung minggu 

FOLLOW BUTTON SEBELAH KANAN PALING ATAS ..TQ :))

ARORA BATIK CAKE 

Bahan-bahan :
250 gm mentega
100 gm gula castor
1/2 cawan susu pekat manis - boleh guna 3/4 cawan untuk lebih manis
250 gm tepung gandum
6 biji telur ( wani guna 5 biji telur gred A ) 
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa

Cara-cara :
1. pukul mentega dan gula sampai kembang memutih, masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
2. Masukkan telur sebijisebiji dan pukul lagi. Ulang sampai semua telur habis, setiap satu biji telur diputar dalam masa 30 saat.
3. Ayak tepung, baking powder dan masukkan kedalam adunan telur tadi, pukul lagi sampai adunan 
sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian sama rata.
5. Letakkan pewarna makanan dan perisanya sekali jika suka dan gaul rata.
6. Sediakan loyang yang dialas kertas minyak dan tompok-tompokan setiap warna dalam loyang sampai habis
7. Bakar pada suhu 160-180 darjah celsius selama 45 minit – 1 jam. Guna api bawah sahaja.


nota: wani bakar api bawah dan atas 

Post a Comment

Previous Post Next Post