01 October 2013

SAMBAL BELACAN 1 MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM...


selamat pagi... dah beberapa hari blog ni kesunyian..dah bulan oktober dah .. pejam celik je.. oklah hari ni cerita pasal sambal belacan..  sambal belacan masuk blog..apa kes dengan nama sambal belacan 1 Malaysia lagi hihi jangan terkejut ya  jangan main main dengan sambal tau.. sambal belacan ni simbolik the unity of malaysian people sebab semua orang suka...indian suka, chinese suka ,malay pun suka.. hihi...kalau tak kenal dengan sambal belacan tak tahulah.. tak umphhhh kalau makan nasi tak ada sambal belacan kan..kalau pergi mana-mana kedai pun sambal belacan wajib ada .. tak sah tak ada.

wani agak jarang buat sambal belacan, entah nape hari tu nak buat sambal belacan .sampai buat banyak kali ,, habis buat lagi.. dan lagi dan lagi .. sedap sangat tak ada lauk pun tak apa tapi ada ulam lagi best ...sampai macam tu kata.sampai kan tekak wani rasa perit dek kerana belacan kot.. so berhenti sat.. huhu..walaupun senang wani pergi jugak kat dapur orang takut ada kelainan sikit..biasanya wani tumbuk la lagi original punya kan ada sekali je main blender sebab lada banyak sangat.. boleh kurang sedap jugak tapi tak sesedap tumbuk dalam lesung..

macam-macam style sambal belacan,, yang nyonya style pun ada ...kalau tengok dalam resepi tu ada letak air asam jawa,, biasanya wani tak letak.. ikut selera tekak nak rasa ,,cukuplah ada perahan air limau kasturi dan hirisan kulit tu wani letak.. lagi sedap 


nilah dia nasib baik ada pokok limau kasturi ni atau orang putih kata calamansi lime.. banyak-banyak buat sambal lebih suka perahan limau kasturi..kalau dulu susah sangat nak berbuah sebab ada pokok lain lagi tinggi,, so dia kurang cahaya maka terbantut la sikit tumbesaran dia.. sejak pokok sekeliling dah tebang dan dah dapat cahaya yang cukup .. dah kena macam tiap tiap minggu kena pergi petik ni.. memang lebat berbuah 

SAMBAL BELACAN
Bahan-bahannya:

7 biji cili hidup segar - dibelah dua dan dibuang biji
5 - 6  biji cili padi merah - (boleh dikurangkan dan ditambahkan, bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki)
1 sudu besar pati asam jawa Xtra ABADI
2 sudu besar jus limau kasturi
Belacan secukupnya - dipanggang/dibakar terlebih dahulu
1 sudu besar sos ikan atau sos sotong
Garam, gula, serbuk perasa

Masukkan semua bahan di atas di dalam blender basah bersama sedikit air 

gunakan air mineral, air masak, atau air yang telah ditapis).  Air yang 
digunakan tidak boleh banyak, nanti sambal cair.  Agak-agaklah, sekadar untuk bahan-bahan di dalam blender tadi boleh dikisar.  Kisar jangan sampai lumat.  Kalau kita buat dalam kuantiti yang banyak, boleh dimasukkan di dalam tupperware dan disimpan di dalam peti ais.  Selain dimakan 
bersama ulam, sambal belacan juga boleh digunakan untuk menggoreng sayur kangkung dan memasak nasi goreng, dan dicampur dengan kicap dan gula 
sebagai bahan pencicah mangga. 
Komen
5 Komen

5 comments:

rahel said...

perghhh....meleleh liur...

Qhaifa Nur said...

sedap nama sambal ni...

mala said...

mmg laju la makan nasi kalau ada sambal belacan

chefgunawanjamil Obie said...

teringin nak rasa....

tun_telani said...

Salam wani.. tun mkn belacan semanjung, mmg jenuh la bersin manjang.. sebab resdung. sejak duk sarawak nih, ok pulak mkn belacan dia. baru la rasa sedapnyer sambal belacan. kt sini belacan buat ngan udang geragau, fresh2 dia kering n tumbuk wat belacan. jd x gatal.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign