06 July 2013

IKAN PARI BAKAR SAMBAL BUNGA KANTAN

ASSALAMUALAIKUM...


tiap kali beli ikan pari ,masak ini je yang kena dan sedap bagi tekak family wani lah.. bonda dan abah lagi la suka menu macam ni.. dah berulang kali buat kali ini nak post kat sini. walaupun banyak cara orang buat masakan ni tapi yang wani buat ni just basic semua bahan yang ada kat dapur, kalau tak ada lagi bahan ni tak tahulah ,, kena alert la tu jawabnya sebelum kehabisan bahan-bahan nak masak ni ya hihi....yang penting ada bunga kantan,, kalau tak tanam sendiri boleh beli ya hihi.. wani memang dah ada pokok bunga kantan.terima kasih buat bonda yang suka bercucuk tanam ..hasil dah boleh dituai dah lama dah boleh dituainya tapi tak putus-putus asyik berbunga je agaknya ini musim dia kot...  masak menu guna just basic bahan pun dah sedap... ingat kalau masa bulan puasa beli ikan pari menu ni.. penjual tu bakar tak sempat masak.. maklumlah orang beratur panjang gara-gara nak beli ikan pari ni. buat sendiri lagi puas hati.. 

hari tu wani ada bakar untuk 2 ekor .. bertambah selera nampaknya makan.. bulan puasa elok jugak masak  masakan jenis ni.. jenis yang ada sambal..senang je nak buat .. tapi hasilnya sedap.... 

BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan pari sederhana dicuci bersih
7-10 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
7-9 tangkai lada kering *
1/2 inci belacan
100ml air asam jawa atau secukupnya
1 tangkai bunga kantan sederhana dihiris kasar 
garam dan gula 
jus limau nipis secukupnya

CARA-CARA
1.  bahan -bahan yang bertanda * diblender halus
2.panaskan minyak dalam kuali, masukkan belacan dan tumis hingga wangi sekejap dan terus masukkan bahan yang diblender.tumis hingga naik minyak
3. apabila tumisan masak, masukkan air asam jawa dan bunga kantan yang telah dihiris serta masukkan garam dan gula
4. kacau sehingga sebati dan agak kering sikit .perasakan dengan garam dan gula sekali lagi biar seimbang rasa masam manis dan masinnya. apabila hampir nak tutup api, perah asam limau nipis
5. bahan tumisan dah masak, sediakan untuk ikan pari wani bakar dalam frying pan alas dengan daun pisang.bakar separuh masak terlebih dahulu dan letak tumisan masak tadi atas ikan pari dan ratakan. masak lagi sehingga masak nampak macam naik minyak.siap boleh hidangkan dengan nasi panas


Komen
3 Komen

3 comments:

rahel said...

waduh....menggiurkan...leleh liuq..

myda_ahmad said...

seumur hidup x penah lg beli ikan pari,siankan saya....nk wt cam ner,suami x mkn..huhuhu.sesekali tu nk jugak rasa isinya....sedap kot?...

ady said...

salam
wahhh!!!!npk sgt sedap ikan pari sambal ni...mesti power..

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign