03 June 2013

KARI NYONYA IKAN KEMBUNG

ASSALAMUALAIKUM.....


dah 3 hb 6.. entry pertama untuk bulan ni..apa khabar semua masih mood cuti ke hihi...  semalam hujan lebat alhamdulillah ,wani ingat last hujan 12 hb Mei ..hari ni pun mendung nya cuaca. hari ni wani nak share kari nyona ikan kembung. dah lama terperap dalam folder baru boleh nak post hari ini .. memang kelainan resepi ni dan sudah tentu sedap. wani pun guna ikan kembung jugak. kalau ada kepala ikan merah ni lagi best.. ambil dari dapur kak ita .. terima kasih sudi kongsi .. wani panjangkan kat sini pulak.. bila tengok resepi ni dari Pak Engku, teringat wani ada sekali je jumpa dengan  Datuk ni.. tak sangka Pak Engku rupanya sebab nampak lain  .. ohh kenangan manis .. nak cerita panjang sangat nanti kita cerita lain kali :D... oklah ya .. selamat mencuba !!!!


KARI NYONYA IKAN KEMBUNG 
By: Pak Engku

BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan kembung - disiang dan dicuci bersih
8 ulas bawang merah - dikisar
2 inc halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
1 biji tomato - dihiris kasar
5 tangkai daun kari
2 kuntum bunga kantan - dibelah 4
6 biji bendi - ita tak letak sebab tak ada dlm simpanan...
3 biji tomato - dibelah 4
2 camca besar halba campur ( jintan manis, jintan putih, halba dan biji sawi )
4 camca besar serbuk kari ikan
1 camca kecil serbuk kunyit
1 camca besar serbuk cili
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
3 kpg asam gelugur
500 ml santan pekat
300 ml air asam jawa
50 ml minyak masak
garam
secukup rasa

CARA-CARA
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dam daun kari sehingga naik bau.
Masukkan halba, serbuk kari ikan, serbuk kunyit dan serbuk cili. tumis seketika sehingga wangi.
masukkan sedikit air, asam gelugur, bunga kantan, bendi dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan, santan, air asam jawa dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan bendi dan cili hijau. Jika terlalu pekat, tambahkan air.
Komen
5 Komen

5 comments:

Amie said...

Sedapnya buat lauk makan tengahari ye Wani... dah cukup lengkaplah tu siap dengan tomato & bendinya sekali, tak yah dah cari lauk lain.

Qhaifa Nur said...

hari-hari makan pun tak kisah he..he..
sedapnya kari...

Bbwana adienia said...

salam wani..

sedapnya lauk..kalau makan ni memang tambah nasik..heheh..

Sury Abil said...

Dappp nya kari tu...menguda je..:-)

rahel said...

Salam Wani...
Kalau yg namanya hidangan kari tak kira la kari ayam ke kari daging k kari ikan k semua kita suka...cepat laku...hihi

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign