Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Saturday, January 7, 2012

STEAMBOAT ( SOUP & SAUCE)

ASSALAMUALAIKUM............


Lama dah wani teringin nak buat homemade steamboat punya ... baru la ni hajat tercapai.. sebab bila terasa nak buat asyik terbantut je niat .. sebab wani takut tak terbuat ... beli bahan-bahan semua tapi lengah-lengahkan masa nak buat ,,, lama-lama cendawan jadi kecut pulak.. hihi sebab wani tak boleh tengok kalau apa-apa sayur-sayuran disimpan lama dalam peti... bila dah niat ok akan dibuat jugak steamboat ni .. barulah hari jumaat lepas  beli bahan-bahan nak buat steamboat ni .tapi dekat mall tu tak ada banyak jenis sangat fishball... bolehla 3-4 jenis yang berlainan...   tak apalah dah bertekad nak buat ni .. yang penting kena ambil cendawan banyak-banyak ... sebab memang peminat tegar cendawan... ;p.satu lagi yang tiada dalam gambar wani ada guna kubis panjang tu......resepi ni wani ambil dekat myresepi dari kak fida .... memang sedap steamboat ni dari segi sup....tapi wani tambah 2 kuib pati ikan bilis ....kalau letak seafood bagai lagi bertambah kesedapan sup ,, tapi wani tak boleh nak letak.. sebab ibu allergic dengan seafood.. petang tu memang dah tak makan nasi... tapi dari segi cendawan tu lain kali dah tak nak beli yang cendawan butang spesis yang ni punya sebab mak dan abah wani tak berapa nak makan ..mereka cakap cendawan ni agak berbau... tapi wani suka pulak...  wani ada jugak buatkan sos ...bolehla .. tapi kalau bagi wani nak pedaskan sikit lagi....sebab sos steambot ni macam-macam cara orang buat ..tapi wani cuba yang dalam resepi ni la dulu ...siapa-siapa yang dah cuba sos steamboat yang lain boleh la kongsi -kongsi... ..terima kasih kak fida di atas resepi ini...


resepi yang diberi ada 2 jenis sup tapi wani buat yang mudah je ..senangkan .. nak makan steamboat tak susah mana pun buat .... nanti nak try yang korean style punya macam mana...tapi dia cakap ada letak kacang soya .. macam mana tu .. tak faham hihi...
sos steamboat 

STEAMBOAT ( SOUP AND SOS )
SOURCE:  myresepi@kak fida

Bahan-bahan ( 1 famili )

  • SUP A :- (yang mudah)
  • 1/2 kilo tulang ikan atau tulang ayam
  • 2 ltr air
  • 1 kiub pati ikan bilis atau 1 genggam ikan bilis dikisar
  • 3 sk pes bawang putih
  • 2 sk pes halia
  • garam dan gula secukup rasa
  • SUP B :- (Korean Style)
  • 200 g kacang soya
  • 1/2 kilo kepak ayam atau tulang ayam
  • 5 ulas bawang putih - diketuk
  • 1/2 jari halis - diketuk
  • 2 kiub pati ayam
  • secukup air untuk merebus
  • agar- agar laut (seaweed) secukupnya
  • garam,gula secukup rasa
  • BAHAN SOS :-
  • 3 sb cili kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 6 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 5 sb gula perang (boleh dilebihkan atau dikurangkan ikut selera)
  • secubit garam
  • 2 sb cuka atau 1/2 cawan jus limau kasturi
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Untuk cara2 SUP A :-
  2. Rebus tulang2 ikan atau ayam dengan air,dijadikan stok.Setelah mendidih,tapis dan buang semua tulang2.Jerang semula stoknya dan masukkan kesemua bahan2 yang lain dan rebus dengan api sederhana.Tambah air jika kurang dan perasakan lagi dengan garam dan gula secukupnya.
  3. SUP A ini akan bertambah sedap setelah dicelur atau dimasukkan bahan2 seperti udang,sotong,bebola ikan dll...
  4. Untuk cara2 SUP B(Korean Style) :-
  5. Semua bahan2 kecuali agar2 laut/seaweed direbus dengan secukup air hingga kacang soya kembang,tambah air lagi jika perlu dan masak hingga mendidih.Matikan api dan tapis untuk dijadikan sup.Jerang semula sup dan masukkan agar2 laut/seaweed dan bolehlah dicelur dgn bahan2 steamboat yg telah disediakan.
  6. CARA2 membuat SOS :-
  7. Satukan semua bahan2 sos ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga pekat. 

3 comments:

  1. Waniii.... tak tahan tengok steamboat tu!
    kenapa tayang resepi begini... kecur liur tau! bilalah dapat makan begini...adeeehhh

    ReplyDelete
  2. Sup steamboat memang kemaran keluarga kak Ros.Nampak wani buat ni terasa nak buat pulak.Last time buat steamboat last november.

    ReplyDelete
  3. Kalau time hujan2 makan steamboat memang mantap...panas2 gitu...

    ReplyDelete