Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Friday, January 27, 2012

BOK CHOY CELUR DAN DAGING BERSOS TIRAM

ASSALAMUALAIKUM......


resepi ni memang ringkas dan sihat sebab memang resepi sayur sebenar .. sayur bok choy tu just dicelur ... ada kuah sikit untuk menambah perasa dekat sayur tu berserta dengan hirisan daging ...  sebenarnya resepi ni wani ambil kat blog moments in my life .. bila google2 terjumpa resepi ni ... sebab dah memang terlintas nak buat sayur bok choy ala celur tu .. dah jumpa yang senang ni ... cubalah jugak... dah hasilnya memang sedap bagi tekak wani .. kalau orang tak minat nak makan sayur tu susah la sikit .. ini memang sayur sihat lah ni ya hihi.... tuan punya blog tu jugak ambil kat dapur CMG... CMG cakap asal dia nak guna ikan masin .. tapi tak ada stok guna je apa2 bahan yang ada kan .. kalau tak ada daging boleh ganti dengan daging ayam .. ataupun nak tabur ikan bilis goreng kat atas tu .. lagi sedap kot ... tak apa wani boleh cuba lain kali... wani sebenarnya nak cari resepi yg guna bok choy celur camni .. nampak menyelerakan ... .. oklah wani share kat sini .. terima kasih buat kedua2 nya  kerana sudi berkongsi ... :))

BOK CHOY  CELUR DAN DAGING BERSOS TIRAM
 SOURCE 1 : MOMENTS IN MY LIFE
SOURCE 2 : CMG

bahan-bahan :
7 pokok sawi bok choy saiz sederhana
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar sos tiram
Sedikit minyak bijan [takde...guna minyak masak biasa je]
Sedikit air
100 gram daging batang pinang, hiris nipis, gaul dengan halia tumbuk
 
cara-cara :
  1. Sawi dicuci bersih, belah dua dan toskan. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan beberapa titik minyak masak. Celur sayur tadi kurang lebih 1 minit. Toskan dan susun dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak, masukkan minyak bijan, dan tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, tambah daging dan gaul rata. Masuk sos tiram kacau dan tuang sedikit air.
  3. Bila daging empuk, rasa kuahnya, jika ok boleh matikan api, curah atas sawi tadi dan hidangkan segera
NOTA :
wani perap daging tu dengan garam dan halia ... so berhati2 masa nak tambah garam bila nak masak daging tu ...



2 comments:

  1. Selamat malam Wani..alahai..lapar pulak tengah malam ni..singgah skejap tengok bok choy celur n daging tu..mana la tau kena hulur sikit..

    ReplyDelete
  2. dari semalam nak singgah sini nak komen utk sayur ni..sedapnya wani..rasa nak buat jugak...sukanya sayu bak choy ni..

    ReplyDelete