Alahai sejak semalam lagi dok draft resepi ni .. tapi tengah taip.. mata la pulak mengantuk plus line internet tak berapa la clear disebab kan hujan tak berhenti- henti 2 hari ni ,,,kesukaran bagi wani nak guna internet ni.. slow sangat ... tu la jadi mood nak update merudum .. lepas tu,bila line ok ... macam mood lagiiiii malas balik ... hihi.. sudah kerja lah......tapi tak boleh la ,, kena tolak ke tepi jugak mood malas tu , kena rajin-rajinkan diri jugak nak update.. jari - jemari tangan ni nak kena gagahkan balik jugak nak taip kat keyboard... oklah , marilah jom kita layan ayam tandoori, wani ambil dari blog kak ayu ..tapi yang kak ayu buat versi goreng .. yang wani buat ni bakar dalam oven .. wani akui wani tak pernah makan ayam tandoori kat kedai .... kali pertama wani makan masa dekat rumah mak su wani ..itupun yang dia beli dalam rempah dalam peket .. ambil ayam just perap je ... ..tapi yang wani makan tu ayam tandoori yang goreng punya .....memang bahan perapan tu lain dari yang lain kan ... itulah yang sedapnya .. sedap tau patut cuba .. kalau nak lebih sedap .. peraplah semalaman ya .. nanti bahan perapan tu terasa masuk ke dalam tulang hihi ... lain kali wani nak garingkan sedikit .. gambar ambil ikut snap je .. jom layan resepi ni .... ohh satu lagi kak ayu guna chicken wings ,,wani guna ketulan- ketulan ayam je .. semua rempah-rempah tu agak-agak je ... wani guna 1/2 sudu besar untuk setiap rempah-rempah tu ....
AYAM
TANDOORI
SOURCE: curlybabesatisfaction@blogspot
Sources:-From Sayasukamakan
Sources:-From Zaliedana@Ummieisya
Sources:-From Ayu
@curlybabesatisfaction
Bahan2:-
+ 2 ekor ayam – belah 4-(Ayu
gunakan 3kg chicken wings)
Rempah ratusnya:-(Ayu
gunakan semua sudu besar except garamlah)
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam +serbuk perasa-(Ayu tambah)
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam +serbuk perasa-(Ayu tambah)
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah
Cara2:-
Langkah pertama sekali untuk
membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam
1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair
tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu
ini.(Ayu gunakan plain yogurt aje)
Lepas itu, masukkan kesemua
bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji
buah lemon ke dalam pengisar.
Kemudian, masukkan tairu ke
dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
Bila sudah selesai mengisar
bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini
dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
Ok, sekarang masukkan
ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik
kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan.
Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting
supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang
diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam
sahaja.Bakar 170C selama 1 jam.
(Ayu tak bakar sebab nak
cepat so goreng aje..heheh)
Waniiiii....
ReplyDeleteAmie bawa roti nan....ada lagi ke ayam tandoori tu, kita makan sama-sama bawah pokok nak...
salam wani...akak pun dah bawa pinggan ni..mkn ramai2 bawah pokok lg best...kan Amie? hihihhii
ReplyDeleteSelamat petang...emmm wanginye ayam tandoori..lama dah tak kena ayam tandoori...
ReplyDeleteWani...ayam tandori akak punya lg special, ayam tunjuk kt kedai mamak..hehe..
ReplyDeleteaduii ayam tandori..sedap nih...lama betul tak makan...:)
ReplyDelete