Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Saturday, November 19, 2011

NASI DAGANG KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM.......


memang dah terasa lama tak buat nasi dagang kelantan ni ..selalu masa wani budak-budak mak wani la yang selalu buat ... disebabkan penyediaan yang agak rumit sikit menyebabkan hidangan ni jarang dibuat hihi.. selalunya terasa nak makan beli je dekat kedai .. especially masa time breakfast ... pagi-pagi keluar pergi beli nasi ... kalau dulu abah wani tanya nak nasi apa .. wani cakaplah nak nasi dagang . ini kebetulan ni nak buat hidangan ni ..sebab abah wani tersilap ambil ikan tongkol orang lain... nak beli ikan patin tapi tukang yang tolong kerat-kerat bahagian ikan tu dia terberi ikan tongkol orang lain  .. abah wani pulak tak terlintas nak check betul ke ikan patin kat dalam tu .. sampai rumah baru check .. alamak... ikan tongkol la .. 2 ekor pulak yang besar-besar lagi .... kasihan pulak kat orang yang dah tempah ikan tongkol ni .. mungkin dia dah nak cadang resepi nasi dagang kot .. balik tu sambil-sambil cuci ikan dah terlintas nak buat nasi dagang .. lepas tu wani cadangkan dekat mak nak buat nasi dagang la dengan ikan tongkol ni ...



nak buat nasi dagang ni kena la ada gandingan dengan gulai ikan tongkol ..kalau ditambah lagi dengan bahan sampingan lain iaitu gulai udang.. lagila sedap... yang wani buat ni gulai ikan tongkol je dan bahan sampingan lain acar mentah dan juga telur .. lama betul planning nak buat nasi dagang ... wani ada terjumpa banyak resepi pasal nasi dagang dan gulai ikan tongkol ni ..  ada separuh wani ambil, ada separuh lagi wani ambil apa yang mak bagi tahu ... nasi dagang kelantan ni dia istimewa sikit sebab guna beras special. resepi yang wani rujuk sila tengok SINI dan SINI . terima kasih kerana sudi berkongsi ..  lepas tu mak wani la sibuk-sibuk nak beli beras nasi dagang ...dan pada masa yang sama kebetulan orang yang jual beras nasi dagang tu pernah buat nasi dagang ni untuk dijual ..  .. banyak petua yang dia beri masa penyediaan nak buat nasi dagang ni ..oklah dah banyak bercakap-cakap .. marilah pulak nak jamu mata sambil tengok- tengok resepi ya .. wani buat hidangan ni banyak  guna 1.5 kg beras nasi dagang dan ikan tongkol memang besar ... kebetulan esok pagi tu nak balik kampung,jadi bawa balik hidangan ni sikit dekat saudara mara dekat kampung.petang tu wani dah mula buat gulai ikan tongkol ni ikut petua yang Kak Mah bagi nak bagi rasa lagi sedap untuk keesokan harinya... kan kalau yang jenis bergulai ni kalau simpan lama lagi sedap kan.. hihi malam tu pulak  dah mula tugas dekat dapur .wani kalau nak buat seorang diri  memang tak terlarat ... sebab tu la ada mak.. part gulai, wani buat yang part nasi, mak dan wani buat sama-sama  ...macam tu lah kan saling bantu membantu =) .. kalau ikut cara wani , mula-mula sekali mesti kena sediakan ikan rebus tongkol yang telah direbus dengan awal....

BAHAN-BAHAN UNTUK IKAN TONGKOL REBUS



2 ekor ikan tongkol bersaiz besar
15 keping asam gelugor
garam - wani letak 5 sudu besar  tapi kalau nak letak tu adjust-adjust la ikut saiz ikan tu ya
air
lengkuas ( dihiris )

CARA-CARA
rebus ikan bersama bahan-bahan diatas  ( kalau ikut cara wani, wani selang-seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas  nak bagi rasa  tu sekata .. bila ikan tu disusun dalam periuk...dan direbus sampai la kering air ikan tu..

NOTA:
Wani guna periuk tanah nak rebus ikan ni lagi sedap dan lagi satu jangan terkejut ya .. ikan tongkol rebus ni wani simpan sampai seminggu lamanya sebelum nak buat gulai ikan ... hihi memang bertambah kemasaman ikan ni.. sedap.. dah macam kat kedai ..  .. dan isi ikan pun tak lah hancur .. kalau nak simpan lama-lama ni baik guna periuk tanah lagi selamat berbanding periuk besi tu .. sebab periuk jenis besi ia akan bertindak balas dengan garam  .. periuk tu boleh tembus. so, tak selamat.


GULAI IKAN TONGKOL


BAHAN-BAHAN
2 biji bawang merah besar*
1 biji bawang besar*
21 tangkai lada kering*
11/2 lengkuas*
11/2 kunyit*
kari ikan 2/12 sudu besar
3 keping asam keping
nisan 11/2 keping
garam ikut kesesuaian
cili hijau 4 biji
santan - wani ikut letak tak sukat .. wani agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus tu

CARA-CARA
1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
2. sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan .. kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur ..
3. kacau santan bersama-sama bahan tadi  sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan  mendidih lama sikit.
4. masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. jangan letak banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan  turun.. jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. biarkan mendidih.
5. barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah tu sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit .. air garam dekat ikan tu akan turun lagi ..so berhati- hati...
6. biarkan mendidih sehingga dekat atas permukaan atas tu nampak macam pecah minyak ... dan pekat sedikit... setelah nampak pecah minyak ,tutup api .siap untuk dihidangkan.
7. gulai ikan tongkol ni tak boleh nak cair sangat .. sedang-sedang elok pekat je sebab nak makan dengan nasi kan..


NOTA:

gulai ikan tongkol ni wani buat petang tu untuk esok pagi makan.. barulah bertambah kesedapan gulai ni..


NASI DAGANG


BAHAN-BAHAN

1.5 kg beras nasi dagang
8 biji bawang merah dihiris
11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
1 sudu besar rata halba
santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
santan cair 21/2 cawan

CARA-CARA
1.beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.
2. letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk .kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit )
3. kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia ... dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit.gaul sebati dan kukus balik. kukus dalam 15 minit
4. akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.. kukus sekejap je dan balik-balikkan . bila nampak nasi sudah masak dan warna dia dah pucat  atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak la.

NOTA:

 - nak masak nasi dagang ni tak boleh nak leka sangat bab -bab kukus tu,  takut nasi tu dah jadi pecah sebab dimasak terlalu lama. jadi nampak dah tak cantik dan juga tak sedap
- sebaik-baiknya , semasa nak angkat kukusan kali pertama tu ada petua nya .. pastikan beras tu bila kita picitkan diantara dua jari kita .. beras tu dah mudah putus, walaupun beras masih belum masak sepenuhnya .. dah boleh angkat gaulkan bersama santan cair, bawang merah, dan halia tu dan kukus balik untuk kali kedua. dan begitulah seterusnya .. jangan leka sangat ..
- wani nak cakap ikut timing pun tak boleh sangat ... sebab ia bergantung kepada jumlah beras yang nak dikukus.
- nak letak beras ke dalam pengukus buatkan lubang ditengah-tengah supaya wap mudah masuk..


BAHAN SAMPINGAN LAIN,ACAR MENTAH



JADILAH NASI DAGANG........




11 comments:

  1. adeeeehhhhh......Waniiiii!
    lama tak makan nasi dagang ni...teringinlah pulak nak buat, harap cuti sekolah nanti ada masa nak cuba masakan ni, dulu pernah buat (kawan ajar, memang sangat sedap terutamanya gulai ikan tongkol tu....lain kali kena buat lebih sikit...)

    ReplyDelete
  2. owh..tak tau plak nasi dagang qlate n nasi dagang ganung berbeza...i like nasi dagang gulai udang :>

    ReplyDelete
  3. sedapnya lama tak makan nasi dagang ni...

    ReplyDelete
  4. kak amie : harap2 ada la curi2 la masa nak buat nasi dagang marvellous ini hihi

    asma qushna: ohhh berbeza kedua2 tu nasi dagang ganu dia x guna beras macm ni :))

    zures ; sedapkan jom buat hihi

    ReplyDelete
  5. wani, dlm bahan2 utk gulai tu, wani ada sebut nisan. amende lak 'nisan' tu??????

    ReplyDelete
  6. ruff: ohh nisan tu gula melaka ....ingat dah tahu sebab rata2 orang blogger ni dah istilahkan nisan hihi ..sorry ya .. lupa lak nak tulis kat situ @gula melaka

    nani : haha... ho la lamo doh x make .. 5 tahun dah x buat neh XD

    ReplyDelete
  7. wani..sedapnya nasi dagang..kak mieza ni org kelate sejati..kalau ditayang menu kelate ni mmg akak tergoda jatuh terjelepuk la dik wani oiiiii..ni akak datang bawa pinggan nak makan nasi dagang nani ni..gulai ikan tu nampak sedap sgt! Kalau dok dekat2 Tg Malim akak dah gi serbu dah umah wani ni tau!

    ReplyDelete
  8. Salam kenal wani.Sedapnya gulai ikan aye tu...buat kak ros rindu kat mak kat kampung la.....kak Rose join mieza katas tu bawa pinggan jugak...kak Ros dah follow ya.

    ReplyDelete
  9. kak mieza: hihi ..yaa x tau lak kak mieza ni ore kelate jugok la.. ;p....nanti lain kali la blh datang ya kak mieza.. jauhnya dok kat Tg Malim hihi.. kalau dok sebelah rumah dah bagi dah sebekas nasi dagang ni

    kak ros : salam kenal juga kak ros .. kak ros ni pun asal kelate jugak la... hihi thanks ya kak ros follow blog wani ni... alahai kalo sebelah rumah ni dah lama dah bagi nasi dagang...

    ReplyDelete
  10. slm..sy mtk resepi ye, nk cuba buat esok=)

    ReplyDelete