05 October 2011

LEMPENG BAWANG

ASSALAMUALAIKUM........

Alhamdulillah... petang tadi seawal pukul 2:11 pm dah sampai kat airport... nasib baik la tak ramai orang .. nak parking kereta pun masih banyak kosong lagi... takut jugak tak dapat nak masuk kat dalam.. sebab Mama, ibu saudara wani cakap jemaah haji seramai 300 orang berkumpul kat sana.. sebelum bertolak penerbangan ke Kuala Lumpur pada pukul 4 petang. sebab airport sini ruang dia tak luas so takut tak dapat nak tampung dengan jemaah haji yang ramai ditambah lagi dengan kedatangan sanak-saudara. tapi bila masuk dalam masih lagi tak ramai orang .. hampir nak dekat pukul 3 petang ya Allah too crowded orang ramai kat dalam airport .. sampai nak jalan pun cakap "tumpang lalu.. tumpang lalu..." hihi.. ramainya saudara-mara datang menghantar ..camera sana camera sini,, flash sana flash sini  semuanya nak bergambar nak buat kenang-kenangan..dengan insan tersayang yang akan menjadi tetamu Allah di Mekah nanti.. terharu tengok .. kasihan tengok baby-baby asyik menangis je ...


ok habis bercerita .. tak habis-habis wani bercerita kan.. hihi masuk part resepi pulak  .. hari ini ya entry pasal lempeng bawang ..mula-mulanya resipi ni wani ternampak dalam blog CMG.. dimana resepi ini diambil dekat blog Mamafami bila tengok gambar lempeng tu  rasa dah lama tak pekena lempeng ni..lepas tu senyap.senyap..senyap... . beberapa hari kemudian keluar pula entry yang kak yatie pun buat lempeng ni.aih tak boleh jadi ni.. semangat nak buat lempeng ni pun datang hihi ...  wani pun cuba lah nak buat lempeng ni .. walaupun tak secantik bulat molek macam kak yatie buat dan  Encik Mat buat .. hihi.. sedap jugak lempeng bawang ni sebab ada rasa daun tu dengan bawang sekali ...kalau cicah dengan kari ayam ke daging ke .. sambal ikan bilis atau  apa-apa yang boleh dicicah la...  memang masuk ni ..  terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi ..wani copy paste kat sini pulak..:)).. kepada sesiapa yang sudi mencuba .. cubalah ..tapi sebelum tu masaklah apa-apa kuah yang boleh dicicah...


LEMPENG BAWANG
SOURCE 1 : DAPUR TANPA SEMPADAN @CMG
SOURCE 2: YATIEMEMORIES@BLOGSPOT

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 1/2 cawan air (ikut pekat)
2 camca besar minyak masak
5 pokok kuchai, hiris halus
Garam secukup rasa
1 biji telur
1/2 camca teh baking powder
Sambal tumis untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis dan air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak. Bila panas, tuang 1 senduk adunan tadi, kita kurang tambah sedikit lagi. Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing. Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap. Hidangkan dengan sambal tumis sebagai sarapan pagi.
Komen
2 Komen

2 comments:

nuwairani ismail said...

kreatif betol tuan resepinya kan? kalau roti canai bawang tu memang kita dah biasa dengar. sekarang dah ada lempeng bawang pulak...makan cicah kari pon sedap kalo mcm ni..

Wani said...

nani: haha tu la kan .. resepi dah diadvancekan hihi... kalo ada kari ni memang sedap :))

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign