16 October 2011

BUAH MATA KUCING BRAZIL.........

ASSALAMUALAIKUM....


ada sesiapa pernah tengok buah ini? saja letak sekali dengan tangkai tu nak bagi nampak tangkainya. hihi... sekali tengok macam buah limau sebab kulit dia bila kita kupas macam nak kupas limau... tapi saiz buah agak besar. inilah dia buah mata kucing kalau versi kat Malaysia yang buah dia buah mata kucing juga tapi  bulat kecil keperangan tu kan..tapi ini buah mata kucing brazil, saiz buah agak besar dan biji dia kat dalam tu pun lain sikit.. isi pun dah macam 5 kali ganda dengan mata kucing biasa ni. rasa dan isi  masih tetap sama cuma rupa je berlainan dan pokok pun berlainan juga. pokok ni didatangkan khas dari Brazil..hihi... taklah... sebenarnya memang pokok mata kucing Brazil ni berasal dari Brazil sebab itulah dipanggil buah mata kucing Brazil. pokok ni daun dia agak lebar dan panjang-panjang tirus. dan ketinggian pokok ni pun boleh mencapai sehingga ketinggian bumbung rumah.



dalam gambar tu ada 4 biji je. sebab pokok ni susah nak berbuah.. kalau nampak bunga je ,, cepat sangat bunga dia gugur..nak kata tak kena dengan cuaca, kat Brazil pun hutan khatulistiwa macam negara kita juga. yang buah ni pun nasib baik la berbuah nak bagi tuan merasa macam mana rasa mata kucing ni .. selepas 2 tahun setengah tanam baru nak berbuah.last-last yang ni je hasilnya... tak apalah mungkin baru nak belajar berbuah .. malu-malu sikit...  hanya ada 2 pohon je pokok ni kat kawasan rumah... harap-harap suatu hari nanti berbuah lagi lebat.. itupun bukan boleh perasan macam mana nak tahu buah ni masak ke tak .. sebab tinggi sangat buahnya tu mana la nampak masak ke tak .. ada la suatu hari ibu pergi jalan-jalan lalu kat bawah pokok tu dia nampak buah tu jatuh sebiji atas tanah ,,, aih apalagi abah wani terus ambil galah jolok-jolokkan.. nasib baik ada galah buluh ni haaa.. ;p rupanya dah masak dah atas pohon tu..

Komen
4 Komen

4 comments:

Ucu Faridah said...

sedapnya mata kucing...kalau mcm tu rupenya harganya mesti lah mahal..nanti kalau dah lebat calling2 lah...

nuwairani ismail said...

akak...orang kata musim buah sekarang 2 tahun sekali...tahun ni kurang menjadi sikit...tunggu tahun depan la..mesti buah elok je...

rahel said...

Ada lagi k buah mata kucing tu? nak sikit.

Wani said...

ucu; tak tahulah xp ernah ternamapak di pasaran.. hihi insyaAllah kalu lebat nanti calling2 panggil ucu datang makan..

nani: oh ye ke nani .. kak wani perhatikan pokok ni susah nak berbuah .. keluar je bunga terus gugur aih payah betul ..


rahel: hihi dah x de buah ni habis masuk perut ;p

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign