Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Wednesday, September 21, 2011

IKAN BAWAL 3 RASA

ASSALAMUALAIKUM.......

bila online...  buka facebook  dulu ... lepas tu buka blog .. bila tengok facebook berwajah baru ,, kepala ni jadi pening sekejap..... adoi....adoi.... dalam masa terdekat ni asyik berubah je facebook .. sebenarnya suka ke tak ni facebook selalu je ada update terbaru pasal feature dia tu ..... setengah orang mesti nampak wah dah berubah wajah pulak facebook ..setengah orang lain pulak mesti adoi asyik berubah je facebook bila la nak berhenti .. haha..... nak buat macam mana follow je la hamba-hambanya ini ;p....dan selamat meneroka facebook berwajah baru pulak :D.....

oklah berbicara pula pasal masakan, biasanya resepi ni wani selalu masak untuk ikan siakap.. dahla nama resepi yang diberi pun siakap 3 rasa. dah banyak kali dah buat asyik guna ikan siakap je .. tapi kali ini wani guna ikan bawal pulak... asyik ikan bawal je ni kan .. dah hantu ikan bawal ke ;p .. entahlah bagi wani rasa ikan bawal ni sedap pulak bila dimasak macam ni. resipi ni  wani ambil masa dekat myresepi fanpage dekat facebook ... dah tak ingat dah siapa bagi .... huhu sorry ya .. tapi resipi dari hamba Allah ni sedap .. memang menjilat jari... makan... terima kasih la ya sudi kongsi resepi .. wani copy paste kat sini pulak ya ....Resipi ni pun dah banyak kali wani buat kalau tekak ni asyik nak rasa masakan masam manis...nampak agak kering sikit sebab letak sikit air .. kali ni buat tak letak banyak air pulak.. ...kalau nak berkuah banyak tu sikit letak la lebih air tu ya. sos-sos tu tambah la ya.


IKAN BAWAL 3 RASA

BAHAN - BAHAN
1 ekor ikan bawal - saiz besar / sederhana

Bahan cincang halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi

Bahan- bahan sos:
2 camca besar cili kisar ( x letak pun )
1 camca besar sos tomato
 2 camca besar sos plum - tak ada stok, ganti dengan sos ikan
2 camca besar gula pasir ( agak2 la ya nak letak  )
2 camca besar sos cili
1 camca besar jus limau nipis
1 camca teh kicap manis

Cara Memasak:
Ada dua cara:
1. KUKUS : - Sediakan kukusan. lumurkan ikan dengan garam dan biarkan 10 minit. letak ikan dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. kukus hingga ikan masak. sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. tumiskan bahan-bahan cincang sekejap dan masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata. bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, kicap manis, jus limau nipis, air kukusan ikan ( sikit je) dan garam jika perlu.
masak kuah pekat sedikit dan tuangkan ke a tas ikan tadi. dah boleh ngap.

2. kalau nak buat versi goreng:- lumurkan garam dan serbuk kunyit pada ikan dan goreng sehingga masak / garing. kuah tu boleh buat macam kat atas tu dan curah je. 









2 comments:

  1. salam wani, resipi ni mmg sgt sedap kan.. k.nor dah selalu sgt buat.. asalnya kukus tp k.nor goreng jer.. http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/siakap-goreng-3-rasa.html

    ReplyDelete
  2. salam kak nor, hehe ya kan rata2 wani dah tahu ramai dah orang dah cuba resipi ni ..memang sedap ;)

    ReplyDelete