Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Tuesday, August 23, 2011

KERABU MANGGA

ASSALAMUALAIKUM........

Salam yang ke 23 ramadhan semua ..wahhh dah makin sibuk mengukis2 ..ya ... macam2 tengok jenis biskut dok buat tayangan amal.. ya.. hari ni wani ada buat cookies tapi malas nak tayang lagi ... nak tayang menu yang tertunggak ..rata-rata orang dah lama buat ataupun tak pernah buat hehe... .makin nak dekat raya ni makin malas la pulak nak update blog hehe... excited nak raya ni XD...  malas nak berbicara panjang ..sejak 2 hari lepas ni asyik letih je. ..lenguh rasa sendi- sendi ni.. huhu... yang ni menu iftar masa ke 16 ramadan layan je la ya .... kebetulan ada mangga siam ni kena ambil tak sempat masak pun .. sebab tak boleh nak simpan lama kat pokok dek dimakan tupai .. dah la pokoknya tu jenis susah nak berbuah .. kalau berbuah pun tak lebat dalam 4 biji je .... dah 2 biji dimakan tupai tapi tak makan habis nya si tupai buah ni makan separuh lepas tu lempar kat tanah .. alahai ... abah terus ambil yang lebih tu kat pokok .. haa apa lagi menu yang best kerabu mangga la jawabnya. resepi ni tak letak santan... senang je .. tumbuk bahan - bahan dan just gaul-gaul ..itu je...makan meratah pun sedap meh tengok resepinya



KERABU MANGGA  

BAHAN-BAHAN

1ekor ikan selayang dibakar dan diambil isinya
4 ulas bawang merah
sejemput lada hitam ( sikit je tak banyak sangat )
3 sudu besar kerisik ( ditumbuk)
garam
gula

CARA- CARA
- bawang merah dan lada hitam ditumbuk dan masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sampai lumat ..lepas tu boleh la masukkan kerisik tumbuk lagi .. nak bagi rata
- bahan yang telah ditumbuk tadi masukkan ke dalam mangga yang telah diparut dan gaul rata bersama dengan garam dan gula. dah siap boleh makan. selamat mencuba !!













1 comment:

  1. opss tertinggal nak masukkan mangga kes nak cepat hehe .. sorry ya .. wani guna 1 biji mangga siam tu ..

    ReplyDelete