Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Thursday, July 7, 2011

KEK BATIK ( EGGLESS VERSION)

ASSALAMUALAIKUM..........

kek batik eggless version in the houseeeee....hehe ...those who chocoholic ni memang suka la kalau pasal coklat ni ..dah lama tak buat kek batik ni baru ada masa nak buat.. kek batik ni dah banyak kali wani memang buat, sedap jugalah nak banding yang ada telur tu. sebelum ni memang buat yang ada telur, walaupun anak tekak tak boleh nak rasa ada telur tapi buat jugalah sebab teringin nak makan jugak kek batik ni,tak terlintas pun orang lain dah lama buat kek batik eggless version ni.wani je yang ketinggalan zaman.. sejak dah tahu kek batik eggless version ni memang wani tak buat langsung dah yang letak telur tu.. sometimes, bila keep in the fridge lama-lama wani macam nak makan tak nak makan dah sebab letak telur kan. lagipun wani tak boleh tengok benda simpan lama-lama bahannya yang ada telur hehe tak boleh la...anak tekak tak boleh nak terima..kek batik ni kalau nak bagi lembut sedap dimakan memang wani biarkan sampai 5 jam kat luar,..... bersabar je nak makan, biskut marie tu dia akan lembut coklat tu pun nampak lembap sikit.. sedap makan time tu.. tapi kena simpan dalam bekas tertutup la nanti kalau letak dalam pinggan biar lama-lama macam tu tekstur biskut tu akan kering. ..intai-intai kat blog-blog lain .. sekarang dah macam-macam versi kek batik , letak nestum la .. tak apa nanti dulu ya yang wani buat ni just plain kek batik je .. no addition kat dalam... resepi sebenarnya diambil dalam koleksi resepi yang wani simpan dalam word dah lama dah . tak ingat dah siapa .. sorry banyak-banyak.. tapi resepi dia memang letak telur cuma wani olah sikit tak letak telur .. masih resepi yang sama juga.comot sikit nampak kek batikku ..^^

KEK BATIK ( EGGLESS VERSION) 
SUMBER: KOLEKSI RESEPI 


BAHAN - BAHAN
1 bungkus biskut marie 350 gm  (dipatahkan menjadi dua )
1 tin susu cair
1 cawan gula ( wani kurangkan 1/2 cawan dah sedang elok je ..sebab biksut marie dah manis )
1 cawan serbuk coklat ( wani guna 3/4 cawan je itupun dah nampak hitam keperangan wani guna TUDOR GOLD )
3 sudu besar marjerin

CARA-CARA
1. satukan semua susu cair, gula dan serbuk coklat dan masakkan di dalam periuk hingga sebati semuanya.bila dah mendidih dan nampak sebati bolehlah masukkan marjerin dan terus kacau sehingga betul-betul pekat dan likat,part kat sini memang kena betul-betul tengok ya. dan barulah masukkan kepingan biskut marie.
2. gaul rata sehingga semua biskut diselaputi coklat dan bolehlah letak dalam bekas yang telah dialas dengan plastik atau aluminium foil untuk memudahkan nak keluarkan dan potong nanti.
3. sejukkan dalam peti sejuk semalaman dan bolehlah dipotong-potong


HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

No comments:

Post a Comment