Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Monday, July 11, 2011

BLACKPEPPER SPAGHETTI

ASSALAMUALAIKUMM...



SALAM semua ....mulakan dengan salam sebab itu budaya islam kita kan.. :)) mulakan dengan senyuman sebab itu merupakan satu sedekah :)).. buat apa menu petang semalam.. wani masak simple2 je. tak makan nasi ..tapi masak BLACKPEPPER SPAGHETTI.. kebetulan 1 pack spaghetti masih ada dalam storage box tu aii bila nak masak guna spagheti ni .. last baru ni dah buat spaghetti bolognese ,masih ada one pack lagi. dah lama dok cari resepi-resepi yang guna spaghetti ni. kejap kejap terjah blog ni kejap kejap terjah blog tu dok main terjah2 la ni macam wartawan melodi lak  hehe tapi tuan rumah tak ada la pulak ingat nak pergi ada sesi temuramah heee ... setelah sekian lama dok main terjah2 macam ni.. terjumpa la satu resepi yang guna blackpepper  ni .. wani pantang kalau ada resepi yang guna blackpepper ..sebab that's my favorite .. .. terjumpalah resepi BLACKPEPPER SPAGHETTI ambil dari blog kak nor secubit garam .. thanks kak nor... dapur kak nor tu dah macam macam ada masakan spaghetti pelbagai versi boleh la wani mencuba nanti.. ya :)) 

tapi resepi ni wani derhaka sikit je ganti daging cincang dengan sotong .. haaaa sotong masih banyak lagi dalam peti ais tuuuu..tak apalah ikut apa ada bahan kat dapur.nak makan tu tabur pepper crush kat atas tu emmmm sedap rasa black pepper..just garnish dengan hirisan timun batang ,, chinese celery tu dah tak ada dalam stok .  wani terlebih buat lepas petang semalam makan ada lagi .. tengok pagi tadi .. dah ghaib dah .. mak wani makan rupanya semalam tu ... hehe... kak nor,  wani copy paste kat sini ya ... sedap makan spaghetti  kalau tak lalu nak makan nasi...BLACKPEPPER SPAGHETTI


BLACK PEPPER SPAGHETTI.
bahan2:
1/2 peket spaghetti-- rebus dan toskan
150gm daging cincang
3 batang sosej-- hiris
1/2 cawan mixed veggie
4 ulas bawang putih-- tumbuk
4 ulas bawang merah--tumbuk
sehiris halia--tumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos lada hitam ~ k.nor tambah 1 sk lada hitam yg ditumbuk ( WANI tambah pepper crush 1/2 sudu teh )
kicap manis secukupnye
garam gula secukup nye
minyak utk menumis

cara2nye:
-tumis bahan2 tumbuk
- masukkan daging cincang dan tambah air skit..masak daging sampai empuk.
-tambah mixed veggie. sosej dan segala sos2, kicap
-akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sebati
-perisakan dgn garam dan gula
-hidangkan..biasanye mokwo suka di hidang dgn daun pudina ..tapi ari tuh x dek lah pullook! (k.nor tak letak sbb tak ada stok)

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

4 comments:

  1. as-salam
    Waaah bestnya blackpepper spaghetti..sungguh menyelerakan

    ReplyDelete
  2. salam.. hehe memang menyelerakan time panas2 tu terus makan :))

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Wani...dtg kunjungan balas.tumpang jamu mata dgn spaghetti Wani hidangkan itu...

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam mamasya ;)) hehe terimakasih ... x pernah try buat spaghetti goreng mcm ni

    ReplyDelete