11 November 2017

TIPS DAN PETUA PENJAGAAN KULAT MEKAH ATAU KOMBUCHA

ASSALAMUALAIKUM..


siapa yang dah pernah minum air kulat mekah. kalau yang dah biasa minum macam sedap kan. tapi ada juga yang tak boleh masuk tekak kan. kali pertama wani tengok kulat mekah ni sebab ada rakan facebook asyik post pasal kulat mekah ni, wani asyik tengok gambar sebab jakun kenapa boleh panggil kulat hii. padahal terendam dalam air.

Dikatakan kulat mekah ni banyak khasiatnya sekirannya diamalkan. wani pun macam nak tahu macam mana rasa kulat mekah ni, sampailah adik bagi tahu, rasa macam air bergas perisa epal, lagi lah wani garu kepala. boleh ada rasa "gas" pulak. macam sedap bunyi. kawan adik ada bela kulat mekah ni..

jadi disebabkan abah nampak berminat nak bela kulat ni,kawan adik bersetuju nak serah "anak" kat abah untuk dibela. hii.. kemain bersemangat abah nak bela.. orang lain bela dalam bekas kecik jer kan, ni terlebih bersemangat sampai nak bela dalam bekas besar. kulat mekah ni pertumbuhan saiz tu bergantung seluas mana bekas tersebut. kalau yang bekas sederhana bulat, maka bulatnya pun kecik jugak.

kulat mekah ni dah banyak bulan dah tak ingat bulan berapa bela tapi tahun ni la jugak ya.. makin lama makin membesar dan berlapis - lapis. kalau jual ni agak mahal la jugak. padan lah dengan nak bela tu bukan senang. wani nak share kat sini apa pengalaman wani lihat perkembangan kulat ni.oiii dah macam eksperimen ..best jugak main eksperimen ni sambil tuntut ilmu kaji pasal kulat mekah :D.

tip penjagaan cendawan mekah

kulat mekah ni sekali tengok macam nata de coco pun ada,alaa nata tu, orang buat masuk dalam cocktail pun sedap.  pernah makan kan macam kenyal jerr kalau makan, tapi ada orang saja nak test makan haa, memang chewy2 tapi tak boleh telan..masam pulak tu.ok wani bukan nak cerita pasal makan kulat ni.. wani nak cerita macam mana kulat mekah  melalui proses "fermentation" ataupun proses penapaian. 

gambar atas induk kulat mekah yang telah diambil. nasib baiklah kawan adik murah hati nak bagi. sebab yang dia punya pun dah banyak beranak pinak.nampak besar nya kan bekas .. induk berbentuk bulat sebab bekas dulu yang dibela bentuk bulat. jadi anak pun terbentuk bulat juga..sekarang dah pindah bekas bentuk segiempat. air kat dalam tu adalah air teh bergula yang telah dimasak dan disejukkan, mula- mula ni nampak macam berwarna gelap air teh.


dalam tempoh beberapa minggu, tak ingat dah berapa minggu, gambar kat atas tu, nampak tak macam lapisan macam jeli cerah, itulah nak terbentuk dah "anak" dari induk. yang induk sekeping bulat tu tak berapa nampak dah.Nak boleh penuhkan bekas segiempat yang besar ni makan masa la jugak.


yang ni dah nampak penuh bekas. itu baru nak jadi satu lapisan. nak tunggu layer by layer ni bukan senang.kalau setiap kali buka penutup bekas ni, memang menusuk hidung la bau air ni, maksud dia macam

terexcited lebih ni abah nak bela kulat mekah. air teh kalau boleh kena buat hitam pekat. pilih lah jenama teh yang hitam pekat kaw. hii. permulaan ni memang nampak warna gelap, nanti dah lebih sebulan, warna teh tu macam pudar. nak test air tu dah boleh diminum, kena rasa, rasa nya macam lebih kurang cuka epal, kalau kita ambil air kulat mekah ni, nampak macam small bubble kat dalam gelas tu, macam kita tuang air soda.


wani tak tahu sejauh mana keberkesanan minum air kulat mekah ni. ada orang kata boleh jadi penawar. mula-mula ni memang semangat nak minum,, siap letak dalam peti. lama-lama dah puas huu.tapi sayang nya dah berlapis -lapis dah dalam bekas ni.. sekarang. nanti lain kali kita cerita balik. ya. gambar ni semasa permulaan nak bela kulat mekah

ohh terlupa nak share tips. tak adalah details sangat. cuma apa yang wani tahu dan pantang larangnya sahaja. ada pantang larang ni kulat mekah, bukan senang nak bela. tapi wani syorkan sangat jika korang yang jenis prihatin dalam "membela" walaupun hanya "bela" kulat, kalau yang jenis malas-malas tak disyorkan sangat..hii dah siap bagi warning.

TIPS DAN PETUA PENJAGAAN KULAT MEKAH ATAU KOMBUCHA

1. cendawan mekah hidup sebab ada gula dalam air teh. yang ajaibnya, walaupun air teh bergula tapi rasa airnya masam. jadi, cendawan mekah tak boleh hidup tanpa gula sebab gula tu makanannya.  senang jer buat air teh bergula.

2. air teh bergula mesti disejukkan terlebih dahulu sebelum tuang dalam bekas yang ada cendawan mekah.

3. lapisan cendawan mekah, kalau ia "hidup" ia akan terapung kat atas. kalau dah "mati" lapisannya jatuh kat dasar, tandanya kulat mekah yang kita bela tak jadi, dan air pun tak rasa masam. itu tanda kena buang.
 ( biasanya berlaku semasa kita nak asingkan "anak" dari induk dan letak dalam bekas lain )

4. tak disyorkan untuk potong, walaupun ada yang cakap boleh potong dengan gunting plastik tapi jangan sesekali potong dengan material besi contoh pisau dan gunting. cendawan mekah pantang dengan besi.kalau boleh tarik lapisan "anak" dari induk dengan hati -hati . kalau potong, kemungkinan hidup atau tak hidup.

5. tempoh matang untuk minum air kulat mekah mungkin ambil masa sebulan lebih, bergantung kepada bekas yang digunakan. wani guna bekas besar. jadinya lambat.

6. air kulat mekah mesti rasa masam. kalau lagi lama dalam bekas tu lagi masam.

7. lagi satu kalau tengok kat gambar tu kan, tutup dengan penutup plastik kan, sebenarnya dah ada lubang udara tu kat atas kena bagi kulat mekah ni bernafas, benda hidup kan. jangan tutup penuh. ada orang dia tutup permukaan bekas tu dengan kain nipis.

itu sahaja dulu tips. tapi wani nak pesan ada dengar cerita orang yang bela kulat tu malas sangat nak buat air teh bergula. gula tu dia pergi tabur dalam bekas yang ada kulat mekah.esok, tengok kulat mekah dah tenggelam kat bawah. dah "mati" dah kulat tu. yang rajin boleh lah bela kulat ni. hii

memanglah kulat mekah ni makanan dia gula, tapi tak adalah kena tabur macam bagi makan ikan pulak haa.. :D.. kena rajin buat air teh bergula,


tengoklah bekas besar sangat, masa ni, ada 2 lapisan. sekarang dah berlapis - lapis tebal dah..
Komen
8 Komen

8 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Wani, kakak first time dengar tentang kulat mekah ni tau! Tq for sharing darling.

cik renex said...

first time dengar sal kulat mekah ni. igtkn apa tu

nadhie wueen said...

ilmu baru ni. pertama kali dengar. memang menarik. okay kalau mcm air gas rasa epal tu boleh terima tekak ni rasanya. tp apa sebenarnya khasiatnya?

Sheila Adziz said...

dah 2 kali pelihara tp 2 kali mati... org kata x leh duk tpt panas dan berasap... mmg sy letak sebelah peti ais dan selalu masak air kt tepi botol kulat mekah tu... hukhuk...

Shikin Razali said...

Kak Wani, first time saya dengar nama kulat nie, boleh minum pulak tue.. kat pasaran pun xde pulak dengar nama kulat nie.. Apa khasiatnya..?

Hernee Nazir said...

tak pernah minum.. nanti nak try lah..

Mama Hakim said...

Assalamualaikum sis Wani

tak pernah mama dengar air kulat mekah

Hmmm

Semoga sihat wal afiat bersama keluarga tersayang

Cik Ash said...

wahhh kulat mekah boleh pelihara gak.. teringin nak bela.. tapi rasa x sesuai sbb malas hahhahaha

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign