SUP AYAM KAMPUNG PEKAT SEDAP NOXXA

ASSALAMUALAIKUM..

sup ayam kampung pekat noxxa
yang ni dah siap masak tabur daun sup atau daun bawang bagi aroma sup tu keluar, sorry ya presentation tak cantik.. bila time malas dalam periuk pun jadi lah nak snap gambar pun :D

salam semua..

lama tak bersiaran,, kan.. bulan ni banyak keistimewaan untuk Malaysia, sukan SEA GAMES dah bermula dan lepas tu tak lama nak sambut merdeka pulak kan.. hari sabtu lepas tak sempat tengok perasmian SEA GAMES..wani sakit kepala yang amat lepas balik seminar GROW YOUR BUSINESS with founder Nurraysa.. itu lain kali wani cerita.. lah ya.. seharian berkampung kat Holiday Villa Hotel.. sedut ilmu dan aura hiii. balik rumah mandi bersihkan diri malam tu terus tidur lepas solat..

kali ini nak berkongsi entri masak-masak pulak.. guna noxxa lagi.. sayang sungguh dekat periuk noxxa ni.. :D.. sebenarnya dah banyak kali buat pun resepi ni.. lama-lama sedap pulak.. sebab ia ada bahan pelik sikit sebab letak  buah keras.. rare la pulak letak buah keras dalam sup ayam ni..

sup ayam ni pejam mata pun boleh buat kan hii sebab macam-macam versi sup ayam sekarang.. ok jom tengok step by step pulak.. rajin la nak buat step by step ni.. korang layan je la ya..



seperti biasa tuang minyak sikit untuk menumis, tekan stir fry dan tekan on, nampak minyak panas sikit boleh letak rempah 4 sekawan bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.


kemudian boleh letak bawang yang telah dimayang, kacau sehingga naik bau sekejap. wani terlupa nak masukkan halia maaf ya, kiranya wani skip halia dalam ni


kemudian masukkan bawang putih dan buah keras yang telah ditumbuk halus.. wani letak terus dalam ni


kemudian masukkan rempah sup, wani guna rempah sup Mak Siti, memang favorite guna rempah sup ni.. tak mengecewakan, sangat sedap.


kalau rasa macam tak berapa cukup minyak tambah minyak sikit, tapi wani ada petua kalau nak tumisan kita tu masak dan naik minyak, tambah air sikit, sambil kacau - kacau sampailah bahan tumisan tu masak dan naik minyak.. itu petua yang wani selalu buat, macam dalam gambar tu kan..

sebab nak elak tambah minyak sebenarnya, nanti masakan kita tu berminyak pulak.. kalau terasa sebelum ni kita dah banyak tuang minyak tapi nampak macam tumisan tak masak, macam ni lah selalu wani buat .. :) tuang air sikit dalam bahan tumisan. sambil kacau, lama- lama minyak tu naikrasa macam tak cukup air lagi tambah hii tapi bukan tambah nak buat kuah ya


kemudian, masukkan ayam, kalau nak offkan stir fry sekejap boleh.. periuk noxxa ni memang cepat panas, takut sambil kita kacau ayam tu, terhangit bahagian bawah pulak.


kacau rata biar sebati ayam dengan rempah semua tu


masukkan air, air ni agak- agak sahaja nak tenggelam ayam sikit. 


masukkan serai yang diketuk, lada burung yang diketuk dan sedikit serbuk lada hitam kasar. nak letak garam boleh letak masa ni.. letak lah secukup rasa..


kemudian tekan high pressure selama 50 minit dan tekan on.. lama sangat kan, biasalah ayam kampung tua,, tak apalah lama pun lagi senang nak gigit :D..tua sangat dah ayam kampung ni


pastikan tombol ke arah pressure. jangan buat- buat lupa ya


ok dah siap masak selepas 50 minit. ohh lupa .lepas bunyi beep tu tekan off dan putar tombol ke steam untuk keluarkan wap sampai wap habis keluar ya. baru boleh buka penutup.


masukkan potongan carrot. carrot ni potong kasar tak ada kecil sangat tak ada lah besar sangat.. tengoklah dalam gambar tu


kemudian tekan stir fry dan tekan on, sambil nak sebati kuah sup tu dan nak bagi potongan carrot tu empuk.


tunggu sampai ia mendidih. tak lama sangat dalam 3 minit. lepas tu tekan off


ok dah siap masak, rasa lah kuah tu macam tak cukup garam ke boleh tambah.. mudah kan.. sedap tau sup ayam kampung pekat macam ni.. ada rasa kelainan lebih lagi guna rempah sup Mak Siti,, tak tahulah favorite korang rempah sup mana kan,, tak apa lah asalkan rempah sup sudah.. hii..

resepi kat bawah, kalau nak guna noxxa tengok step by step bergambar tu

SUP AYAM PEKAT
SUMBER : intai intai dapur fha

Bahan A
1/2 ekor ayam (dipotong kepada ketulan sederhana besar)
Air secukup nya
1 kiub pati ayam
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
4 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 inci halia(dihiris nipis)

Bahan C
3 biji buah keras (ditumbuk halus)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 camca besar 'penuh' rempah sup
1 batang serai (diketuk lebam)
5 biji cili padi merah (diketuk lebam)
sedikit air

Bahan D
Daun Bawang
Daun Sup
Limau kasturi
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis hirisan bawang besar sehingga layu dan beraroma.
2. Kemudian baru masukkan kesemua bahan B yang lain. Goreng sehingga bawang putih bertukar hampir keperangan.
3. Masukkan bahan C,  perlahankan api dan biar rempah masak dengan perlahan dan sempurna. Kacau-kacau selalu untu mengelakkan rempah berkerak.
4. Setelah minyak terbit dari rempah baru dimasukkan air dan besar kan sedikit api supaya ia mendidih.
5.  Masukkan ayam, garam dan bahan perasa. Masak sehingga kuah mendidih semula.
6. 5 minit sebelum angkat, masukkan sedikit hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
7. Tabur dengan tambahan bahan D sebelum dihidangkan.

7 Comments

  1. Best periuk noxxa ni kan.. tp lea tak mampu nak membelinye.. hehehe

    ReplyDelete
  2. nampak sedapnya sup tu wani.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth wai. senang nya ada slow cooker tu

    nak masak sup dan bubur jadi cepat dan masak sempurna

    ReplyDelete
  4. Wah... makin meriah dengan periuk Noxxa ni... senang nak adjust suhunya....

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sup ayam tu. Ratah macam tu lps tu makan dgn sambal cili. Nyum nyum

    ReplyDelete
  6. Alaaaaa...kena la beli pressure cooker ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post