17 August 2017

KERIAN VALLEY GARDEN || THE GARDEN WEDDING PLACE

ASSALAMUALAIKUM

kerian valley resort

salam semua...

tak lama dah negara kita ni nak sambut merdeka. tajuk entri pasal merdeka pun tak ada lagi :D.. asyik dok entri tertangguh kan,, tapi  gambar entri kali ini tertangguh sejak tahun lepas hii.. nak buat review sikit tempat ni.. KERIAN VALLET RESORT,. rupanya berdekatan jugak la dengan rumah wani sebenarnya .. cuma tempat ni tersorok masuk bawah lembah , tapi pemandangan kat sini sangat cantik..

tahun lepas majlis perkahwinan sepupu wani kat sini bulan 10 tak silap.. lamanya tertangguh cerita .. mak pengantin dah beranak dah pun haaa.. bulan 7 lepas..

Kerian Valley Resort ni terletak di Kubang Kerian. perasan ada perkataan "Valley" kan. sebab  kedudukan resort ni bawah lembah sikit.. kalau sekali tengok macam mansion house pun ada .. macam villa dah kan.. gambar bawah, sebab kat sini wani parking kereta.. nampak lah kedudukan sebelah sisi belakang resort.. gambar atas tu main gate nak masuk kawasan padang park kereta.. .kiranya kemudahan untuk park kereta sangat mudah.. siap boleh pusing- pusing padang lagi..


masa berlangsung nya majlis ini, cuaca sangat panas.. berpeluh - peluh dibuatnya.. tapi yang pelik nya kuat angin kat sini..macam dok kat pantai pulak.. mungkin sebab kedudukan bawah lembah..

sepupu sepapat yang lain  ada yang bermalam kat sini,, nak siapkan persiapan sebelum majlis berlangsung. tapi wani tak pergilah ingat nak pergi malam tu nak join sekaki tapi tak jadi.. wani tak ingat dah rate harga berapa untuk satu malam..

resort ni kalau tengok luaran macam rumah ,tapi bila step kaki masuk kat dalam, ia ada bilik - bilik macam bilik hotel gitu.. wani naik sekejap nak tengok hii.. setiap bilik ada nombor ya..kemudahan memang disediakan oeh pihak resort, kalau tengok kat official page facebook, dah macam - macam event kat sini, nak buat majlis birthday pun boleh, tetapi biasanya banyak function untuk majlis perkahwinan, macam - macam tema, dan kalau tak silap wani,ia siap sekali dengan wedding package kalau customer nak.


laluan nak pergi ke bilik.. kena naik tangga nak sampai ke bilik hii..


kawasan resort ni luas.. kalau pergi tengok kat official page, majlis kahwin siap letak carpet merah lagi.. ok gambar kat bawah dah complete details. nampak tak. kalau siapa tinggal area Kubang Kerian, boleh lah buat event kat sini..wani pun tak tahu kewujudan Kerian Valley Resort ni haa.sepupu nak kahwin baru tahu.. 🤣🤣


majlis persandingan buat tingkat atas tu, nampak kan tangga naik kat depan tu..ada dayang- dayang cantik kat bawah.. kat situ dah ada prop bagai dah.. kalau tetamu nak bergambar dengan pengantin, kena naik tangga tu..dan dari situ jugak la wani pergi tengok bilik - bilik.

sekali wani tengok dah macam rumah besar. Khemah kat kawasan lapang ni ada 2 tent. Yang selebihnya tu meja - meja makan tapi tersorok,resort ni ia jenis tiang tinggi, jadi kat bawah lah tempat tetamu makan, hidangan lauk pauk pun kat situ jugak.

boleh pergi ke official facebook page klik KERIAN VALLEY RESORT.. kalau nak tengok servis yang disediakan oleh pihak Kerian Valley Resort. belanja sekeping gambar sepupu kahwin.. pasangan pengantin cantik dengan busana keemasan kena naik la nak sampai ke tempat pelamin..



Tapi wani satu family makan bawah khemah.. panas betul cuaca masa ni..sambil - sambil saudara wani dari kampung nak datang jugak. Tu yang duduk bawah khemah tu..  korang nampak tak mansion house satu lagi kat tengah padang tu dah naik semak samun..lama dah rumah tu terbiar, tak sempat siap.. ada cerita di sebalik rumah besar  tuuuuu.. hiii. Wah dah macam nak buat entri seram pulak. Tak pernah - pernah nak buat entri seram :D. Ok lah nanti next entri lah wani nak cerita pasal rumah ni..

Setakat itu sahaja..



Komen
3 Komen

3 comments:

mamapp said...

Cantiknya tempat dia

HeNRieTTa JoSe said...

cantiknye tempat dia....

mamapp said...

Tetiba nak tau Pula cerita mansion Tu. ceritalah.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign