10 July 2017

HOMEGROWN SAPODILLA.. BUAH CIKU ( PART 2 )..

ASSALAMUALAIKUM...

buah ciku

salam semua.. salam 16 Syawal.. masih di bulan syawal ..

kalau ada yang tertanya- tanya "sapodilla " tu apa maksud.. maksud dia buah ciku.. haaa... pernah dengar in english they called sapodilla...macam nama orang jerr kan :D..  kita jer panggil buah ciku.. dah beberapa hari menyepi ni kita up balik entri pasal buah ciku ni,, siapa ingat.. eh tanya pulak siapa ingat hii.. . wani ada up entri pasal buah ciku ni.. di SINI.. dah lama dah gambar ni dok peram..

alhamdulillah syukurlah,walaupun buah ni banyak diserang monyet,, inilah dapat kutip hasil.. untuk sepokok.. rasa dah habis matang ni,, kena petik jugak dari pokok, takut monyet mari menyerang balik.. besar- besar buah sebesar bola tenis..wani pun hairan jugak.. sebab banyak kali jugak la monyet mari serang pokok ni. tapi bila tengok hasil kutipan.. macam tak percaya iyeee kee buah banyak ni. macam banyak sangat..

sekarang berapa RM sekilo buah ciku ya.. ?


tunggu turn nak dibasuh buah ciku ni,,

buah ciku ni dipaksa peram dengan kabaid.. betul ke ejaan tuh? hii.. kalau tak peram, tak masak lah pulak.. ambil masa dalam 2 malam dah bau dah tak lama sangat peram.. sekejap kan.. buah ciku ni sedap kalau makan sejuk - sejuk kan dah la manis..banyak-banyak ni sedekah kat saudara - mara dan jiran - jiran terdekat..


bila dah "masak" ni bau tu lagi harum.. tapi sayang nya kebanyakan buah ciku ni ada ulat kat dalam. tapi tak semua lah.. yang mana ada ulat tu adalah.. nak tahu ada ulat tu..tengok gambar kat bawah.. najis ulat dah keluar melalui buah.. warna pun macam buah ciku jugak.. hii..

kadang - kadang buah cantik kat luar ,,bila potong ada ulat.. itulah bak kata orang jangan tertipu tengok luaran tapi tengok dalaman macam mana kan


buah ciku ni sebelum ni memang selalu berbuah pun tapi buah tak sempat besar.. dah diserang monyet.. tak tahu lah di lain hari yang mendatang berbuah balik.. sempat nak petik ke tak..

sekian sahaja untuk entri hari ini..


Komen
7 Komen

7 comments:

Ana Suhana said...

Banyak juga tu dear. Ana suka juga makan ciku. Bila dh betul2 masak memang manis.

adda syuhada said...

argghh sedapnyer...

anajingga said...

ore kelate' panggil sawo nilo kan Wani hihi macam sama je dengan dalam BI tu :)

Warisan Petani said...

Suka juga makan buah ciku ni.
Tapi yang lecehnya dia tak masak kat pokok.
Kena petik, basuh, gosok, keringkan dan peram baru boleh makan.

mrhanafi said...

Buah ciku itu masam tak.

Noor Azlan said...

Buah ciku, buah kegemaran saya, tapi malangnya kat Sibu ni susah benar nak jumpa...

Adam said...

Depan rumah saya ada dua batang pokok ciku. Pokok tu ditanam secara tot. Bawak dari kampung. Lebat, sedap pulak tu. Sekarang tupai datang tompang makan. Saya biarkan. Kesian. Kediaman dia pun dah habis musnah.

Belakang rumah pun ada mangga dua batang. Tupai juga datang berkongsi.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign