17 June 2017

KENGSOM SIAKAP GORENG

ASSALAMUALAIKUM...

kengsom siakap

salam semua.. dah beberapa hari menyepi ..tadi dah menaip punya lah panjang.. tiba- tiba tengok balik dalam draft kosong .. nak marah ke nak gelak ni :D.. tak apalah rajin nak taip balik, kena mood slow down dulu baru boleh menaip balik.. .dugaan blogger macam ni lah .. macam fikir dah save.. tapi rupanya hilang..

oklah.. entri kali ini pasal menu iftar. dalam beberapa hari lagi kita nak sambut raya rasa mesti korang semua dah buntu idea dah nak masak apa kan.. macam wani pun kekadang dok termenung kat dapur fikir nak masak apa.. aduhai.. bulan puasa ni boleh naik stressed jugak.. tapi kena bersaborrrr..kekadang otak ni ligat nak fikir apa menu ya ..huu

menu ikan siakap ni kerap kali jugak kalau dijadikan menu buka puasa.. tapi kat rumah ni memang bukan semua jenis tekak suka  masak stim lah atau masak berkuah kalau ikan siakap. memang kena goreng dan buah lah rencah apa yang nak dimakan dengan ikan siakap ni..

ikan siakap kalau salah masak pun boleh hanyir, sebab badan ikan ni ada lendir  semulajadi kan.. kena cuci dengan jus limau nipis nak hilang semua tu.. sebab itu wani tak pernah masak stim rasanya.. :D.. sebab semua tak suka.. tapi tak tahulah kalau mari semangat nak try masak stim pulak kan..

kengsom nama diberi masakan dari Thailand. wani google maksud dia asam pedas siam,, macam-macam resepi jugak.. biasalah tu tak tahu dah original yang mana satu hii.. dan sudah tentu bahan-bahan seperti daun limau purut, serai dan bunga kantan sinonim dengan masakan Thai.. cuma kat sini wani derhaka tak ikut resepi ,, kat sini pelik bagi wani sebab ada masukkan kunyit.. hii jarang wani buat pes macam ni masukkan kunyit.. tapi ternyata ada bau kunyit dalam pes ni sedap..dan bila dah siap masak pes ,,macam boleh buat pes letak atas ikan pari  bakar pun ada.

resepi asal macam rebus ikan tu tak goreng, tapi wani dah olah ikan siakap diperap dengan garam kunyit dan digoreng garing.. wani belah rama-rama ikan ni.. tapi bila masuk dalam minyak panas dah jadi seekor balik haaa. susah nak balik ikan besar..bila belah rama-rama ni isi tebal pun ada lah nampak garing..

kalau korang nak buat macam wani boleh jugak.tak salah kot derhaka resepi.. hii. sebab tengok resepi baru tahu ikan tak digoreng sebenarnya..  kat bawah resepi asal..ikan tak digoreng..  wani fikir bahan kat bawah pun dah boleh dijadikan pes ikan bakar.. sedap bau aroma kunyit dan bunga kantan. semua masuk selera makan

lepas siap masak pes dan siap goreng ikan,  barulah ambil ikan gaul mesra dengan pes tadi.. sampai ia naik minyak..

cubalah ya .dalam beberapa hari nak habis puasa ni 

KENGSOM SIAKAP
Sumber : my rasa
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup | diracik
3 keping asam gelugur ( ganti dengan asam jawa )
1 batang serai | dititik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan | diracik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
  1. Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
  2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit. ( wani kisar kesemua kunyit )
  3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  4. Setelah tumisan berbau harum, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Seterusnya bolehlah diperasakan. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Biarkan ikan masak dan bolehlah dihidang.
Komen
5 Komen

5 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Sedap nampak menunya.. sesekali tukar menarik nie..

Adam said...

Pertama kali dengar nama masakan ni.

Lea Azleeya said...

Tak pernah lagi dengar nama resepi ni.. tapi nampak gambar tu menarik dan sedap.. :)

nadhie wueen said...

Amboi sedapnya... mengecurkan liur sungguh. hihi

Shikin Razali said...

Wah, first time saya dengar resipi nie, nak kena cuba buat nie.. Thanks kak kerana berkongsi resipi.. =)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign