HOMEGROWN DAUN BAWANG DAN TAUGEH

ASSALAMUALAIKUM...

daun bawang tanpa tanah

Salam semua

MOnday blues ke belaka ni hiii... alhamdulillah bumi Kelantan 3 hari berturut - turut hujan..rahmat Ramadan yang kian hampir barangkali... jadi tak sempat nak rasa panas dah hujan.. syukurlah.. .lagi beberapa hari lagi bulan puasa.. berdup dap dup dap pulak rasanya wani..

mesti korang pelik kenapa wani tiba- tiba up gambar ni.. gambar ni dah lama dah ni tahun 2014 tak silap.. kalau belek folder phone memang banyak gambar .. dah lama nampak gambar ni nak buat entry pun macam nak tak nak jerrr hii..ingat lagi tak ramai pakat share dalam media sosial pasal nak tanam daun bawang tak perlu tanah..hanya ditanam guna bekas telur sahaja.  mula -mula tu, wani macam tak percaya sangat .. tapi tengok gambar yang dikongsi tu kan. ku lihat hijauuuu.. teruja tengok .. betul ke tak betul ni, boleh tanam tanpa tanah.. but yes,, i made it.. incredible but it really worked without soil :D..

tak percaya tengok gambar atas, teruja betul bereksperimen.. hii.. mula-mula tu ingat macam tak nak hidup dah sebab tengok macam lama sangat bawang tu nak bertunas kan.. tapi tak putus semangat sangat selalu siram hari- hari .. hasilnya macam tu la kat atas.. kena siram selalu biar basah bekas telur tu.. bekas telur tu dalam 3- 4 lapis tak silap .. rasa macam tak percaya tapi dah depan mata tengok daun bawang tu naik.. eh eh dah macam keajaiban berlaku..hiii. kena lah berfikir .. out of the box.. kena buat inovasi hii.. tanpa tanah pun boleh hidup :D... bawang tu tak semua hidup ,,ada yang keras kebatu .. tak naik - naik daunnya .. tapi tak apalah eksperimen berjaya

kekadang kalau beli daun bawang ni kalau hari sama nak guna tak apalah kan ..tak kecut,, kalau main banyak hari simpan dalam peti ni dah nampak kecut.. lama dah tak buat,, last 2014 kot... teringin nak buat macam ni balik.. freshhh rasanya.. kalau dah buat mee goreng ke apa ke pagi- pagi.. potong daun bawang fresh dari bekas telur .. hahaaa

taugeh tanpa tanah

ok itu daun bawang dari bekas telur .. satu lagi tanpa guna tanah apa dia, kita"tanam" taugeh pulak.. eh eh yang ni pun teruja jugak tauuu..tapi wani buat sekali lepas tu tak buat dah.. patutlah orang kata best tanam tanaman sendiri perasaan tu lain macam. hiii

hasilnya tengok gambar taugeh tu ya Allah dengan rasa macam freshnya.. tengok kat situ dah tahu masuk mulut krup krap krup krap ,,rangup sebab freshhhh kan... eksperimen ni berjaya jugak tapi nak boleh ke buang kulit hijau tu memang kemalasan la sikit. :D.. sebenarnya sebelum ni pun wani tengok macam-macam cara orang tanam taugeh di youtube.. ,kita nak buang sekali dengan akar terus tu pun ada cara jugak..

nampak gaya macam nak kena menanam sendiri.. tapi prefer nak pilih tanpa guna tanah hiii.. jimat tanah lah.. siapa cakap yang tak ada tanah pun tak boleh bercucuk tanam.. boleh jugak yaaa .tapi rumah wani sekeliling penuh tanah pun sesajerrr nak bereksperimen tak guna tanah ni.. hiii

wani guna lapik tisu nak lapis selang seli letak biji kacang hijau.. ..sekali bukak hari demi hari siram dengan air,, mana la boleh tak siram air .. air ni sangat lah penting dalam proses menanam..  hari yang last ni macam gambar kat atas tu la..tapi biji kacang dia yang keluar tu macam besar sangat .. 

tak tahu lah kot terlebih lama dok dalam periuk ,,wani guna periuk dalam ni haaa...sebab periuk ni ada periuk dalam jaring-jaring.. bila lah nak "menanam" pulak ni.. nanti next entry di lain hari lah ada masa lapang boleh bereksperimen balik.. 

6 Comments

  1. daun bawang tu ok.. Taugeh tu yg x ok.. sbb x suka makan.. hahhaa..

    ReplyDelete
  2. Eksperimen yang bagus.
    Cepat dapat hasilnya.

    ReplyDelete
  3. pasni kena tanam pokok cili pula wani, pokok cili sy dah mula nak berbuah hasil tanam dari biji benih cili tu.. :)

    ReplyDelete
  4. I'm a fan of both. Willing untuk tanam daun bawang, but taugeh... like you, malas nak tanggal kulit taugeh haha.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Good idea Wani..
    Nampak bersih dan kemas.
    Akak nak cubalah..

    ReplyDelete
  6. Ala.. Tak suka makan taugeh.. Hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post