Lazada Malaysia

14 April 2017

LOBSTER MASAK BUTTER

ASSALAMUALAIKUM...

Salam semua.. ada yang rindu takkk hiii. Lama sangat wani bercuti dari berblog . Lama ke hari ni dah 14 last entry 8 hb lepas.. lama ke tuuu :D.. tak kisah lah lama ke tak.. 3 hari lepas ni wifi tak berapa nak jadi... lagipun busy dengan benda lain kan.. maaf lah tak dapat nak blogwalking lagiiii... cubalah nak blogwalking.. 😊😊😊😊

Tayang entri menu makanan lagikkkk.. hadaplah korang.. :D.. ini kali pertama wani tengok lobster.. sebelum ni tak pernah tengok depan mata. Kita bukan orang kaya nak belek - belek lobster.. lobster ni kalau 1 kg boleh cecah RM 98 .. korang bayangkan lahh.. isi dah la sikit.. harga mahalllllll.. ini dah bernasib baik sebab adik ipar wani ni dia kaki pancing.. selalu kalau balik kampung, dia akan pergi memancing dengan ayah dia kat laut.. alhamdulilah rezeki dah ada orang nak bagi lobster kan.. 

Ada lebih sikit kita kongsi kongsi.tapi sebelum ni pun macam macam mak nenek ikan dah bagi,, ikan tenggiri ada, ikan kerisi ada, ikan yang wani tak pernah tengok pun ada :D. Baru ni dia dapat tangkap sotong "gebeng".. besarrrr sangat.. itu kali pertama wani tengok 😂😂😂. Nanti lah next entri kita kongsi, menu makanan lagikkkk.. 

Tak apalah, tak lama dah nak puasa, mesti lagi banyak keyword kat blog naik nama resepi.. syukurlah ada lah sedikit sebanyak perkongsian resepi yang dikongsi... tapi kalau menu lobster ni tak boleh buat menu hidangan nak buka puasa dah... ,puasa - puasa nak menu mewah mewah bersederhana sudah la wani oiii.. 

Ok tanpa melengahkan masa, wani share resepi LOBSTER MASAK BUTTER,, buntu jugak sebenarnya nak masak apa, cari - cari resepi berkenan dengan resepi ni, ala western dan ala melayu,, sebab letak cili padi hiii.. dan hasilnyaaa tak sia - sia walaupun kali pertama cuba. Sedapppp sangat taww.. 😍😍😍. Abah wani dia siap sapu roti kat kuah ni.. 

lobster

Lobster ni kena dibersihkan dulu. Agaknya pengepit dia tu dah dipotong,sebab dia dah bagi macam ni siap.. jakun tengok.. 


Terbalikkan dia pulak.. wani tak boleh nak bayang macam mana lobster ni dok dalam laut..

lobster kukus

Kalau ikut resepi kena kukus, sebelum ni, ada jugak tanya kat group macam mana nak masak benda ni sebab tak reti.. ada orang cakap kukus... tak sempat nak ambil gambar yang ada dalam periuk kukusan.. tup..tup dah ambil dah siap masak dah hiii 😁😁😁.tak boleh kukus lama takut isinya liat .. macam udang lah kan masak lama pun tak sedap dah


bersedia untuk dipotong 2. letak atas papan pemotong. wani ingatkan kulit lobster tu keras.rupanya tak. tekan dengan pisau terus terbelah 2..


dah dibelah 2 panjang macam ni.. kita kena bersihkan otak lobster kat atas ni, gambar ni dah dibersihkan.. ia macam kuning- kuning.. kena korek - korek buang lepas tu basuh balik kat bahagian kepala lobster sampai bersih ..takkan nak masak sekali dengan otak pulak.. jadi otak udang lah :D

lobster masak butter

ok gambar yang dah siap masak.. jarang wani buat jenis masak- masak butter macam ni .. ke tak pernah buat, tak ingat :D.tapi lobster memang masuk dengan butter macam ni. walaupun dalam kuah ni ada letak telur.. untuk bagi lemak - lemak berkrim .. masih lagi sedap.. dalam ni wani ikut tuang jerr telur tu.. walaupun dah pecahkan 2 biji.. tapi tak masukkan semua semasa tuang.. nampak pekat jerrr kuah tu terus berhenti.. takut pekat sangat. pandai - pandai lah.. lebihan telur tu buat goreng biasa.. tak nak lah membazir kan..

boleh masak tak ..manalah tahu rezekii tergolek ada lobster kan ..:D. boleh lah masak cara macam ni ..sedapppp sangat..isi dia lebih kurang macam udang ..tapi bukan udang hiii.. makan saja pun macam tak sesuai jerr nak makan dengan nasi

Resepi Sumber dari 
  
 Lobster Masak Butter

Bahan-bahan : 
Lobster 
1/2 buku butter (125 gm)
5 ulas bawang putih (cincang kasar)
11 tangkai cili padi (hiris kasar)
3/4 tin susu cair
2 biji telur dipukul sedikit (guna garfu) - terlupa nak letak
2 tangkai daun kari (lurut daun sahaja)
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya 

Caranya : 
1. Panaskan periuk kukusan. Bersihkan lobster, buang janggut dan tongkatnya. Kukus lobster 15 - 20 minit. Belah dua lobster. Cara mudah membelah, belah dari bahagian bawah (kaki) lobster.
2. Dalam kuali, panaskan butter sehingga separuh cair. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
3. Masukkan susu cair. Kacau sekejap-sekejap. Api perlahan. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan telur yang dipukul tadi dengan mencurah tinggi sambil sebelah tangan kacau dalam kuali.
5. Kacau cepat-cepat kemudian masukkan lobster yang dikukus tadi.
6. Taburkan daun kari, serbuk lada sulah dan lada hitam. Balik-balikkan lobster dalam kuah sehingga kuah agak meresap.
7. Matikan api dan boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng cina.
Komen
9 Komen

9 comments:

Raihanah Ahmad said...

boleh terasa kesedapannya

Seorang Syed said...

Untunglah kak pandai masak boleh share recipe banyak2 hehe. Keyword pun mesti sentiasa masuk ni kak. Share la sikit lobster tu, tak pernah makan lagi haha.

Raihanah Ahmad said...

sedap lobster, terliur sudah

Mrs. A said...

Adoi...mengiurkan betul lobster masak butter.

Mrs. A baru aje makan udang butter tapi bukan lobster lah

Nour Adieb said...

Erm nyumnyumnyum 😍 Tempat kami dekat dengan pantai, kalau ada nelayan dapat lobster tu cecepat beli. Dapat harga murah sikit dalam RM40-50 sekilo

Ana Suhana said...

awat lah menggoda sungguh lobster butter ni. mana nak cari skrg ni. huhuhu

Ahmad Hasif said...

waa nampak sedap tu wani.. sy belum pernah lagi mkn lobster ni.. :D :D

Shahida Dzulkafli said...

Sedapnya wani.. meh masakkan untuk sha.. hehehe

Siti Yang Menaip said...

yaaaa rabbi !!!! dugaan apekah ini!! hahaha..

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Labels

Ceritaku (240) Cake Recipes (51) Giveaway (41) advertorial (35) NOXXA PRESSURE COOKER (26) Contest (25) Sudut Agama (25) Chiffon Cake (24) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (15) Masakan Sayur (13) My Blog (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (11) Segmen (11) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Cooking & Baking Tips (7) Masakan Pasta (7) Masakan Seafood (7) Bubur / Desserts (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Greetings (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Sup (5) TIPS KESIHATAN (5) Agar-agar Resepi (4) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Informasi (4) Muffins (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Mee (3) Salad Resepi (3) Sambal Resepi (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign