MUSIM HUJAN 2 Disember 2016

ASSALAMUALAIKUM...


sejak khamis lepas lagi hujan.. hari ini nampak mendung sikit.. tengah hari tadi sekejap panas, lepas tu mendung.. masa malam Jumaat lepas, wani ada terbangun pukul berapa dah.. tak ingat.. hujan lebat sangat mencurah-curah bunyi luar rumah.. mula lah flashback balik tragedi yang berlaku pada  hujung tahun 2014.. tahun tu bah kuning besar berlaku di negeri Kelantan..selepas kejadian bah besar di Manik Urai Kelantan, mulalah orang ramai gelabah sebab air dari Manik Urai akan turun

walaupun kampung Wani tak ditenggalami air , tapi jalan-jalan nak menghubungkan ke jalan lain tak boleh nak lalu.. 2 hari tak silap tak ada elektrik.. semasa orang lain kecoh nak pindah.. sebab air makin naik.. kalau dengar di kampung lain dah ramai pindah.. ..sebelah malam tu, wani tak boleh nak tidur langsung,, bunyi hujan lebat sikit,, wani terjaga terus, bunyi sikit terjaga,, nak katanya traumaaaaa dan takut.. walaupun diri sendiri tak pernah nak alami pengalaman pindah sebab banjir... air masa hujan lebat tak boleh main-main.. air ni nampak jauh lagi nak naik kan..sekali ia naik memang laju .. terus ,,terutamanya kalau hujan sebelah malam.. bah besar tahun 2014 yang berlaku di Kelantan, memang kebetulan dengan air pasang besar..

adik wani masa tu ,,dah gelabah nak pindah kereta ... sebab nak cam kalau air naik kat belakang rumah wani dah tahu dah setakat mana,, walaupun jauh ..sebab belakang tu jauh lagi sebenarnya ada macam paya.. paya pun tapi berhubung dengan sungai.. serius wani,,, masa adik wani cakap macam -macam .. wani tak lalu nak makan langsung.. siap suruh kemas dokumen penting.. lagi.. huuu..


akhirnya tak jadi juga.. jiran depan rumah wani tak gelabah langsung pasal air naik.. famili wani yang lagi gelabah.. huuu..mana taknya ,,kerap kali wani dengar helikopter lalu atas bumbung rumah ni..sebab kes nak pantau penduduk kampung di Manik URai dan kawasan yang terjejas akibat banjir .. wani rasa semua orang pun masih ingat tragedi ini..

dah terlebih cakap pasal flashback 2014.. sebenarnya ..hari Jumaat lepas 2 Disember .lama tak tengok suasana wet day,,,wani memang susah sikit nak pergi jalan-jalan kalau hari hujan.. ni keluar sebab nak pergi lawat rumah mak saudara.sejak keluar rumah sampai ke pintu rumah mak saudara hujan sepanjang jalan, biasalah hari hujan macam ni kereta pun bersusun - susun jugak.. tapi tak lah teruk jam nya. Walaupun musim ni penuh musim kenduri kendara.. cuti sekolah kan



paling nak tengok bila lalu atas jambatan sungai Kelantan ni.. nak tengok air sungai.. kalau orang lain, bukan main tanya ,,pergi tengok air bah ke.. bagi wani tak ada keseronokan sangat lah nak tengok air bah, mengundang bahaya ada la... bulan hujan ni,, tolong berjaga-jaga ya ibubapa .pemantauan tu penting kat budak-budak yang terlalu aktif bermain ni.. main air nampak seronok,, tapi boleh mendatangkan bahaya...


                    
 Pemandangan luar : sungai Kelantan,, kalau hujan lebat macam ni, kat bawah memang nampaklah mungkin dahan kering atau kayu hanyut dibawa arus... 

sekian sahaja lah coretan di bulan hujan..bulan 12 ni memang bulan hujan.. ya Allah tahun depan nak  2017.. saja snap gambar dah banyak hari dah tak tengok langit biru ..terasa rindu ,,harap-harap sinaran mentari kembali bersinar...dan harap - harap hujan yang turun ini membawa keberkahan buat penduduk bumi ..

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ مَهْدًا وَجَعَلَ لَكُمْ فِيهَا سُبُلًا لَّعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

“Dan yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur).” (QS: Az-Zukhruf : 11)


7 Comments

  1. dekat sini pun musim hujan juga wani...
    semoga xdela ditimpa banjir besar lagi utk tahun ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Harap2 X berlaku banjir besar tahun ni.
    Klau dengar berita tadi, tempat2 yang banjir kt kelate dh surut.

    ReplyDelete
  3. skrng ni mmg musim hujan. dekat sini pun hujan. huhu. kalau drive tu mmg susah nak tngok. cermin kabur.

    ReplyDelete
  4. dasyat banjir tahun tu kan..

    Rumah mak jie tengelam terus..

    ReplyDelete
  5. paling risau kalau banjir. moga2 hujan rahmat lah harapannya

    ReplyDelete
  6. Samalah kat sini pun..
    Hujan je sepanjang hari..
    Berturut-turut lak tu sampai kena bawa baju gi dobi keringkan..
    Tapi best, suasana sejuk je.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Sejuk je bila musim hujan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post