20 November 2016

TIP PENTING UNTUK BROWNIES KEDUT

ASSALAMUALAIKUM....


Kali ketiga post brownies kedut guna resepi a keeper,, rasa lah tak nak ambil resepi lain dah walaupun terlalu banyak resepi yang mengatakan resepi brownies kedut paling kedut..kedut juga yang laku.. :D sebab ada banyak wani buat perbandingan resepi brownies kedut lain dengan resepi yang ini. Resepi brownies kedut yang lain terlalu banyak menggunakan gula dan juga kadang - kadang terlebih coklat compund.. coklat compound tu pun dah manis dah.. sebab itulah terlebih kedut sangat sebab terlampau banyak gula hiiii...tapi sangat memikat orang yang ketagih dengan brownies..apakan daya. oh no !!! gula penyebab diabetes tapi makan juga brownies yang berhantu ini.

kalau nak tengok yang pertama dan kedua wani buat

1. BROWNIES KEDUT CONFIRM MENJADI 
2. BROWNIES KEDUT TERBAIK 

kemain keyword brownies kedut.. kiranya 2 kali wani buat tahun ni.. tak adalah sebulan sekali ..kalau terasa rindu sangat baru boleh buat.. sebelum ni, wani stressed sebab setiap kali belajar nak buat brownies tapi tak jadi kedut.. memang pelik orang boleh buat kedut, kita tak boleh buat..  dah jumpa dah resepi a keeper.. jadi di luar sana yang baru nak berjinak - jinak  nak buat brownies wani rekomen sangat ikut resepi yang ni..

kali ini pergi test kurangkan gula putih 10 gm .. memang akui kalau ikut tekak wani .. walaupun pemilik  resepi ini cakap dah kurang manis,, bagi wani masih manis lagi hii.. sebab campur dengan coklat compound tu lagi bertambah manis sikit.. dah kurangkan gula 10gm tu pun masih terasa manis.. haaa ..tak tahulah tekak kalian macam mana.. bonda wani makan pun dia cakap ya Allah manis nya ko buat..kurang gula 10 gm jer pun.. agaknya kalau nak kurang lagi .. jangan harap kau nak panggil brownies.. kau boleh panggil kek je lah ya tak pun biskut.. asyik nak kurang gula jer..hiii  pesan diri sendiri la jugak ya.. brownies bukan tekstur kek. sebab tu la jarang sangat wani buat brownies..sebab faktor utama jadi kedut tu adalah gula..dan coklat yang banyak

hasilnya, lepas kurangkan gula macam gambar kat bawah, masih kedut walaupun kedut tak berapa nak menggoda sangat..bagi wani ok dah  cukuplah nampak kedut dah terasa bahagia sangat.. cuma ada tip lain tambah lepas bereksperimen, lepas masak tu ,tinggal dalam oven sekejap selama 15 minit, pintu oven direnggangkan sikit, sebab ikut yang dibaca nak suruh lagi berkedut, tinggal sekejap dalam oven..nampaklah kedut tu kan

bahan - bahan seperti coklat compound, cocoa powder dan butter yang lebih berkualiti , lagi menghasilkan brownies kedut yang menggoda..

Bolehlah cuba resepi yang berhantu ini..SELAMAT MENCUBA 


BROWNIES "KEDUT"
SUMBER : FACEBOOK AFZAN MOHD , ONE BOWL BROWNIES

BAHAN 1
100 gm butter suhu bilik ( boleh guna butter cup or real butter (scs dll )
100 gm gula biasa
90 gm gula perang
2 biji telur


BAHAN 2
40gm dark chocolate button jenama beryls ( atau apa -apa jenama favorite ) wani guna milk compound chocolate 
secubit nescafe


BAHAN 3
100gm tepung gandum
40gm serbuk koko ( guna serbuk koko van houten )

3gm garam ( wani tak letak )

* kesemua bahan tepung ini diayak dan digaul sebati dengan spatula

BAHAN 4
90 gm dark chocolate button jenama beryls


p/s : kalau boleh pastikan guna periuk yang berat atau berkualiti sikit, nanti panas dia lebih sekata

CARA- CARA

1. masukkan gula, gula perang dan butter bersama. panaskan di atas  api perlahan  sampai butter cair kena selalu kacau jangan sampai gula tu caramelized
2. bila sudah ada nampak macam ada lapisan minyak di permukaan, berhenti kacau. proses ni penting untuk buat kedut2 yang menggoda tu.
3. tambah telur ketika masih suam, kacau sehingga sebati, adunan akan jadi likat.
4. kemudian ketika masih suam, ( penting buat ketika masih suam supaya coklat cair ), masukkan coklat button 40gm dan secubit nescafe. kacau sehingga coklat cair dan sebati
5. coklat ni penting juga untuk dapatkan permukaan kedut yang licin dan berkilat
6. tukar kepada spatula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama dan diayak. kacau secara kaup balik, sehingga licin
7. selepas siap, masukkan tepung tunggu sekejap 5 minit,nak bagi adunan tu suam-suam kuku.lepas tu baru masukkan dark coklat button 90 gm. kacau secara kaup balik, sekali dua sahaja.
8. tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 atau 7 x 7 boleh tapi tebal sikit  yang telah dialas dengan parchment paper.kalau nak letak topping kacang atau coklat button boleh letak.. tapi sebelum tu kacang perlu dipanggang sekejap
9. bakar pada suhu 160C  dalam 25 minit sahaja. jangan overbake nanti jadi biskut.tentang oven ni kena faham dengan suhu oven masing-masing. yang pasti suhu kena rendah ya


untuk loyang ni, wani guna 9 x 9 


TIP KEDUT

1. Butter dan gula jangan sampai gelegak, bila dah cair tutup api, kacau2 sedikit masukkan telur
jangan masukkan telur ketika panas, nanti masak kurang kilat

2. masuk coklat 40 gm dan tepung ketika masih suam2 panas

3. jika sudah masuk dalam bekas untuk dibakar, jangan biar diluar terlalu lama, kedut kurang

4. jangan biarkan ketulan coklat kat atas tu, nanti coklat cair merebak tak kedut

5. paling penting, jangan underbake, tak kilat dan tak kedut

6. jangan overbake juga, kilat tapi keras

7. nak alas loyang tu guna kertas parchment paper kalau tak nak brownies melekat.  sebab ada 2 jenis kertas baking..




Komen
8 Komen

8 comments:

Mazni Azmi said...

Memang nak kena bagi berkedut ke baru sedap sis? 😂

Busyra Bt Takiyudin said...

busyra kurang sikit makan kek coklat2 ni. tp kalau brownies tak boleh tolak. haha :p

Wani Sukarno said...

ada orang suka kedut2 ..tapi kedut tu seksi sebenarnya hiii

Shahida Dzulkafli said...

Makan dgn aiskrim vanilla memang best.. Sha pula tak kisah sangat kedut ke tak.☺Yang paling penting mesti mewah dengan rasa coklat..

Unni Anje said...

fav ni!!! seksi yerr :'(

Warisan Petani said...

Dh namanya brownies kedut,
Kalau Xde kedut kira Xjadilah.

ayunie ramli said...

sedap cikkk oiiii --' rumah ek tkde oven

Lea Azleeya said...

Dapnyeeee wanie...

Nak sikit.. Nak buat malas.. hahaha

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign