29 November 2016

KURMA DAGING NOXXA

ASSALAMUALAIKUM...


Dah mula hujan dah hari ini selepas beberapa hari sebelum ni panas mendung, mulalah badan ni terasa beku.. 

Oklah ya, perkongsian resepi la pulak asyik dok beriklan jer .. ni pun lama dalam draft.. kurma daging noxxa.. semudah abc dah.. sebenarnya ada sekali masak kurma daging dalam noxxa.. tapi  terlebih empuk ubi kentang..pasal masuk sekaligus.. hii.. lama bereksperimen baru wani faham kenapa dah tak boleh nak masuk awal-awal ubi kentang ni ..silap-silap boleh hancur ubi kentang tu sebab dah ada pengalaman :D

kali ini nak cuba guna rempah kurma keluaran faiza..wani rajin hari tu nak perap bagai daging tu .. sebab ikut resepi kalau perap tu lagi la terasa rempah nya tu.. wani bukan setakat perap.. pergi simpan dalam peti dan frozen kan daging perapan pulak.. selalu rajin kalau bab perap nak buat awal .. tapi kalau terlebih rajin buat la macam wani ya ..orang kata perancangan memasak pun macam ni jugak kan.. bila datang angin rajin nak memerap bagai ni bukan senang hiii..



resepi kurma ni banyak variasi dan selalunya kalau masak kurma tak pernah nak goreng bawang, kali ini rajin ikut resepi rasanya kalau goreng bawang ni masakan lagi wangi.. siap masak semua total 30 minit.. wani memang high pressure daging dalam 25 minit + 5 minit untuk ubi kentang untuk masa terakhir..bukan setakat sedap makan dengan nasi.. buat cicah dengan roti pun boleh..

resepi kat bawah.. panjangkan resepi dekat sini.. harap perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk orang lain..lain kali boleh lah buat macam ni ,, memang sedap kena perap dulu daging tu. 







Daging Kurma Noxxa
Sumber: Lenny Marlynna

Bahan-bahan...
  • 700 gram daging batang pinang yang telah dipotong
  • 1 paket rempah kurma
  • Bawang merah, bawang putih, halia dikisar dan garam secukup rasa dicampur dengan rempah kurma. Gaulkan dengan daging
  • Bawang besar, dimayang
  • Rempah ratus 4 sekawan 
  • Kentang dan lobak merah 
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan diikat
  • 2 keping asam keping
  • air asam jawa secukupnya
  • gula melaka

Cara-cara :-
1) Set pada Noxxa pc pada "Stir-Fry" mode dan tekan on. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dimayang dan rempah ratus 4 sekawan sehingga wangi
2) Masukkan daging yang telah diperap tadi. Tumiskan seketika biar bahan tumisan nampak naik minyak sikit.offkan stir fry 
3) Masukkan daun pandan, gula melaka, air asam jawa dan asam keping 
4) Masukkan santan separuh kotak, air dan garam. Air lebih kurang paras daging.tudung periuk noxxa
5) Set pada HP mode selama 25 minit. Pastikan tombol menghala ke arah Pressure.
6) Dah bunyi beep, tekan off dan putar tombol menghala ke steam untuk melepaskan wap..  
7) kemudian, masukkan ubi kentang dan lobak  yang dipotong sederhana. tutup tudung
8) High pressure selama 5 minit sahaja dan tekan on, selepas bunyi beep, tekan off, lepaskan wap, buka tudung, tekan stir fry nak bagi kuah tu sebati, didihkan dalam 2 - 3 minit
9) dah siap, ubi kentang tak terlalu hancur kalau nak pegang pun.. boleh hidangkan..



Komen
8 Komen

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Betul kalau perap rempah dia meresap
Tapi kakak ni sebab guna Noxxa kan cepat empok jadi memang malas nak perap-perap.

Unni Anje said...

BEST TUL PERIUK NI

adda syuhada said...

Sedaonyer..

Busyra Bt Takiyudin said...

alahai sedapnya wani. busyra suka masak kurma!!

Intan Saffyna said...

NAMPAK SEDAP SANGAT NI.. TERUS LAPA.. HEHE

Fhatin Amelia said...

sedapnya sis lapar dah ni hehe
jemput join ya
http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/12/end-year-mini-giveaway-by-mellya-friends.html

Siqah Hussin said...

Bestnya periuk ni. Berkenan pulak haa..

Shahida Dzulkafli said...

Lagi sedap e kalau perap dulu..
Nanti nak cuba jugalah..

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign