Cara Buat Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Salam semua, sebut sahaja bubur lambuk mesti teringat bulan puasa. Bubur lambuk ada pelbagai resepi ikut negeri masing - masing kan. 

Menu buka puasa popular pada bulan ramadan yang dibuat untuk berbuka puasa. Bubur lambuk yang biasanya dibuat ramai - ramai dan orang masjid memang akan agihkan bubur lambuk ni. 

Sekarang ni dah boleh masak sendiri bubur lambuk mudah dan sedap dengan adanya noxxa.

Wani buat sekali jer dalam periuk noxxa, setelah sekian lama, ini kali kedua buat balik. Rasa lama tak makan bubur lambuk. 

resepi bubur lambuk

Sebelum ada noxxa ni tak pernah terasa nak buat sebab dah tahu memang payah la sikit nak rebus beras tu ambil masa lama.

Main kacau selalu kat dapur. Memang tak terbuat la jawabnya. Kali ini nak kongsi resepi bubur lambuk, senang jer nak buatnya. 

Walaupun ambil jugak resepi dari orang sebab macam - macam resepi. Last wani berkenan dengan resepi ni sebab ada kelainan letak halba.

Resepi dah banyak tolak tambah. Faham - faham lah tolak tambah tu,  ada tolak bahan,ada tambah bahan lain. Kat bawah ni panduan guna periuk noxxa.

Beras tu wani tambah, taklah guna segenggam sebab macam sikit. Jadi pandai - pandailah nak tambah.

Air dan santan pun sama. Nak pekat macam mana. Pandai - pandai lah. Tak susah pun buat benda ni. Semua noxxa yang buat.

Biasa bubur lambuk Kelantan ni memang ada letak pucuk midin, jadi wani suka hati la tambah pucuk midin tu. 

Sedap sebab dah terbiasa makan macam tu..resepi asal tak letak ya.

Gambar dah banyak ni. Tengok lah step by step. Bila terlebih rajin.

resepi bubur lambuk

resepi bubur lambuk

resepi bubur lambuk

resepi bubur lambuk

resepi bubur lambuk


Resepi Bubur Lambuk Noxxa Mudah Dan Sedap 


Sumber : MAMAQAIREEN


Bahan - Bahan
200gram Daging (potong kecil2)
Sedikit Udang Kering (ditumbuk sehingga hancur) tak letak
Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2) tak letak
3 ulas Bawang Merah (hiris)
2 ulas Bawang Putih (hiris)
2cm Halia (hiris)
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1/2 sudu teh Lada Hitam
2 batang serai yang diketuk
Sedikit Halba
Santan 1/2 cawan
Lobak merah yang didadu ikut suka
Daun pucuk midin ikut suka
1 kiub stok daging
Garam secukup rasa.

1 genggam Beras seeloknya rendam terlebih dahulu

Cara - Cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Lepas tu masukkan pula lada hitan, halba dan 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
3. Bila dah garing sikit, tumis pula udang kering dan daging. Kalau macam kering sangat, letak air sikit.
4. Kacau sikit, kemudian masukkan lobak masin. Jangan risau, bila lobak masin ni dah masak, dia tak masin.
5. Bila semua dah sebati dan dah masak, periuk tersebut bolehlah di penuhkan dengan air.
6. Saya letak air 1/2 periuk dulu, saya masak macam masak nasi biasa, lepas tu bila dah nak kering saya tambah air lagi, pastu nak kering saya tambah air lagi. Ohh ye lupa pula, jangan lupa masukkan beras juga. Nanti tak jadi pula bubur lambuk sedap ni tau.
7. Bila bubur dah hampir masak, last sekali masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5minit, pastu bolehlah tutup api.
8. Siaplah Homemade Bubur Lambuk Sedap Dan Mudah. Mudah je kan? Selamat mencuba


Cara Guna Periuk Noxxa
1. Tekan stir fry, letak minyak sikit untuk menumis, dah nampak panas boleh letak kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan halba.
2. Tumis sekejap, kemudian letak bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau sampai naik bau
3. Dah garing sikit, boleh masukkan daging. Kacau sekejap biar sebati dan masukkan beras.offkan stir fry
4. Masukkan santan dan stok daging. kacau sebati bersama beras
5. Masukkan lada hitam kasar dan lobak merah. Kacau sekejap untuk sebati
6. Tudung periuk noxxa dan tekan high pressure selama 30 minit dan putar tombol ke pressure
7. Selepas bunyi beep, putar tombol ke steam sehingga wap habis keluar baru boleh buka tudung. Kalau terasa nak tambah air boleh tambah.
8. Masukkan daun pucuk midin, tekan stir fry. Biarkan mendidih sekejap nak bagi sayur layu boleh offkan stir fry.tambah garam secukup rasa
9. Sedia untuk dihidangkan. Tabur bawang goreng sedap !

Nota 

1. Walaupun guna periuk noxxa, beras seeloknya direndam terlebih dahulu,, nak bagi beras tu cepat lembut bila direbus.
2. Kalau nak lagi cantik simpan semalaman dalam peti, buat macam ni beras kembang cantik.

3. Kenapa masa dalam 30 minit HP ? puas hati beras tu kembang dalam 30 minit sebab pernah buat bawah pada masa tu. Tak berapa nak cantik kembang. 

Resepi bubur lambuk banyak dan ada pelbagai cara masak. Kalau nak cuba cara ini boleh lah cuba. Boleh juga cuba resepi kuih tradisional untuk berbuka puasa nanti. 

Baca Juga : 


6 Comments

  1. Kakak hari itu nak buat tapi tak jadi sebab ada hal tetamu dtg nak bagi makan bubur aje macam tak sesuai pulak.

    Kakak suka kalau yg banyak sayuran:)

    ReplyDelete
  2. bagusnye periuk noxxa nie..

    ReplyDelete
  3. Bubur lambuk makan masa puasa je. Bagus nampak periuk noxxa ni. Para isteri pasti gemar :)

    ReplyDelete
  4. Mek tk prnah try bbur lambuk. Bbur biasa mkn pulak. Hr ni nk try buat paprik belut entah jd ke tidak --'

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post